Razzi Rahman @ Brother love

Laman Penulis @ Razzi Rahman.com Tanya Brother love

home @ Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com ebook cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Blog Cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Forum Cinta Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com Karya Cinta @ Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Brother Love @ Razzi Rahman.com

Penulis @ Razzi Rahman.com
profil penulis

~ Achikz ~

  Achik @ Razzi Rahman.com


Nama pena
Email

Karya-karya :-
: Achikz
achikz2004@yahoo.com



--------------------------------------------------------------------


Achikz @ RazziRahman.com

Kisah Cinta Achik


This is my 4th love story...

 Kami berkenalan kira2, 3 thn lps, semuanya keje abg angkat aku yg ada angan2 nk jd cupid... after 1 year of hanya dgr suara tanpa rupa (aku budget dia ni mesti x ensem.....), akhirnya kami berjumpa... tu pun sbb dia dpt offer keje kt kL..(b4 dia duduk m'ka).. slps pertemuan demi pertemuan(dia mmg x ensem sgt, tp blh la... tersasar anggaranku itu... hahaha...) kami semakin rapat... perasaan syg mula timbul.. dia mengambil berat, sgt penyayang wpun x romantik... 1 sifatnya yg membuatkan hubungan kami hanya bertahan selama 2 thn ialah panas baran...

pernah pada bln december 2006, kami bertekak hanya krn perkara kecil (aku mls nk ikut dia jmpa kwn2 dia), dia pggl aku tuuuttt dan aku dgn ganasnya telah menampar dia... disbbkan dua2 panas baran, berlakulah adegan wrestling mcm the rock vs stone cold.... of course la aku yg kalah... tp pastu dia menyesal sbb buat camtu... dia bwk aku g klinik (bygkan betapa parahnya aku..), dgn darah2 yg keluar dr bibir, hidung, nasib baik xde fracture... doktor suruh aku buat report polis, tp syg punya pasal (bodohnya aku time tu) aku x g buat... aku kata kt semua org aku jatuh.. (aku tau ramai yg x percaya, tp lantak la...) dia janji xkan buat lg.... dia mmg xde buat lagi mcm tu, tp.............

setiap kali bergaduh, dia akan pggl aku tuuuttt...tuttt...tutt.... dan tuuttt.... sakit ati je kalau korg tau... aku akui, aku bknlah seorg yg baik, tp layakkah dia menggelarkan aku sedemikian sdgkan dia 18x lbh jahat dr aku?? selama 2 thn aku bersabar, dan berharap supaya dia berubah, tp semakin hari semakin menyakitkan kenyataan yg harus ditelan...

akhirnya, aku berterus-terang... aku x mahu lg dilakukan spt tunggul, disygi & dihargai bila diperlukan, tp dihina, dicaci, dimaki bila2 yg dia suka... aku mesti bangkit.... takut keseorangan dan kesepian bkn lagi m'jd 1 sbb kenapa aku mesti meneruskan hubungan yg menyakitkan hati... aku masih punya ego yg mesti dijaga... aku masih punya harga diri yg harus aku pertahankan... aku xkan biarkan dia memperlakukan aku sebegitu lg.....


dan akhirnya, aku telah single semula.... skrg aku rasa lbh bahagia dr dulu sbb aku faham skrg apa yg bro kata "sygi diri sendiri sblm menyayangi org lain..."

Oleh : ~ Achikz ~

GO TO TOP PAGE


--------------------------------------------------------------------


Achikz @ RazziRahman.com

Cinta, jodoh dan pertemuan

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
 
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
 
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
 
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
 
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, jatuh terjerumus, tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
 
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari…dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Oleh : ~ Achikz ~

GO TO TOP PAGE


--------------------------------------------------------------------

Achikz @ RazziRahman.com

Lelaki punya hal

  Kisahnya mcm ni… She’s a successful women… blh la dikatakan that she’s one of my boss.. manager @ sumwhere that i cannot tell… she’s 30, ada everything i’ve ever dream off… cuma yg dia takde, L.O.V.E, dari seorg lelaki…Walaupun saya cuma orang bawahannya, cuma kami berdua yg masih single kat ofis tu, and that make us close… sebelum ni, dia pernah dikecewakan, untuk itu, dia telah menutup pintu hatinya utk lelaki… cuma 3-4 bln kebelakangan ini, dia nampak happy…saya korek2 rahsia dia kelihatan gembira, dia cakap, dia dah jumpa someone… i feel happy for her, but at the same time, i’m worried… sebabnya, dia seorg yg fragile, mudah terluka….and my worries come true when this morning, dia sms saya, smsnya begini…

“boyfriend i beritahu yg dia mintak i lupakan dia psl parents dia nk calon isteri dr keturunan  —– jugak! I sedih sangat & cried the whole conversation. Dia suruh i jangan sedih & nangis selalu, tp i tak boleh. Dia kena turut kemahuan parents dia dan janji nak jumpa I lepas dia balik dari bandung. I mcm nk pujuk dia to hold on the relationship & bawa i jumpa famili dia bila i jumpa dia nanti”

    Rasa mcm nak tumbuk je mamat tu… jantan ni kalau saya jumpa dia (we work for the same company, cuma lain branch) mmg saya tendang dia… pada saya, dia bukanlah lelaki, tp jantan tak guna yg cuma pandai tabur janji mcm2 tp sbnrnya BACUL, DAYUS…

Memang kita wajib ikut suruhan org tua, demi untuk kebaikan… TETAPI, apa kebaikannya kahwin dgn pilihan keluarga tp mengecewakan org lain??? Dia tak sepatutnya menjalinkan hubungan kalau dia dah tau org tua dia taknsuka…. Tolonglah jgn bohong kata dia tak tau… dia bkn bdk2 lagi…. dah 30++…..I feel sorry for my fren…. dia baru kehilangan nenek yg sangat rapat dgn dia 2-3 hari lepas…lelaki ni pulak terus putuskan hubungan…. saya betul2 marah dgn lelaki yg mcm ni…. BETUL2 MARAH!!! kalau saya jumpa dia one day, saya akan marah dia no matter what, walaupun saya akan kehilangan kerja….(jantan ni pun boss jugak..) but i don’t care…

    The thing is, skrg ni mcmana nk menghiburkan hati kwn, & mcmana nk pastikan yg dia x terlalu bersedih dgn what had happen? kalau ada daya, biarlah saya yg rasa semua ni, (dah pernah rasa) tp utk lihat dia yg baik, lembut, x pernah marah2 org, melalui semua ni, hati saya rasa mcm x puas hati… yg pastinya skrg ni saya rasa sgt marah pada jantan tak guna tu….

Oleh : ~ Achikz ~

GO TO TOP PAGE


--------------------------------------------------------------------

Achikz @ RazziRahman.com

Setiap yang berlaku ada hikmahnya

Kadang2 aku x percaya dgn kata2 itu... pada aku, kata2 tu semakin basi, tiada makna.... tp setelah beberapa peristiwa berlaku, aku semakin mengakui, ada kebenarannya....

Peristiwa Pertama : 7 April 2006, seorang bayi lelaki telah dilahirkan ke dunia... anak yg tidak diinginkan oleh bapanya sendiri, dilahirkan dengan penuh kepayahan dan debaran oleh seorg ibu yg ditinggalkan... bila dilihat, aku x mengerti apakah hikmah yg dikatakan, tapi ternyata, ibu itu, menjadi semakin matang, tidak lagi bergantung pada lelaki.. dia menjadi semakin kuat, semakin tabah... ada atau tiada lagi lelaki lain dlm hidupnya skrg bknlah lg 1 masalah, kerana dia sudah mempunyai waris... waris yg akan mendoakannya, selepas dia pergi kelak... dan sang bapa, hingga kini masih gagal mendpt bahagia, wpun ada isteri cantik, kaya dan bergaya...

Peristiwa Kedua : Disebalik hidup yg penuh tekanan, kedukaan, kesedihan, Tuhan berikan aku 1001 keistimewaan & kekuatan...  utk menjadi aku yang aku, aku yg masih tersenyum dan tertawa, aku yang masih berjalan dikala ada insan lain terbaring menanti belas... aku yang masih mampu mendengar kala ada insan yg hanya mampu memandang.. aku yg masih mampu melihat kala ada insan yg hanya mampu membayangkan.... aku masih punya keluarga, sedangkan ada teman2ku yg keseorangan di dunia.. aku masih punya teman2, sedangkan ramai lagi yg dipulaukan... aku masih punya seseorang (atau mgkn lebih) yg masih menyayangi aku lbh dr sekadar teman... aku masih mempunyai otak utk berfikir dan belajar, aku masih mempunyai cita2 utk berada di atas puncak, aku masih mempunyai tubuh yg sihat utk mencapai impian....

Peristiwa Ketiga : 9 tahun yang lalu, saat dia pergi, aku sedih... aku menangis.. aku kecewa... aku semakin terluka dan kelukaan itu mengubah aku menjadi seorg yg sangat berani... berani utk berdendam, berani utk membalas kata2 dan perbuatan jahat org lain terhadapku... tp hari ini, stlh 9 thn, aku percaya, Tuhan tlh memberikan apa yg setiap org berhak menerima... Perempuan itu, yg membuat dia pergi, sedang sakit, menjangkiti penyakit kelamin dari suaminya sendiri(dia!!).. Andai dia x pergi kala itu, akulah perempuan malang itu, dan aku bersyukur, kerana BUKAN AKU.... Bukan aku berdendam, pun bukan aku bergembira dgn kepayahannya, tp aku bersyukur, kerana Tuhan menjauhkan aku dari itu semua....

pun, aku yakin, setiap yang berlaku, ada hikmahnya........ 


Oleh : ~ Achikz ~

GO TO TOP PAGE


--------------------------------------------------------------------


Untuk ke blog cinta sila
klik di bawah :
tanya brother love

*Anda  dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali  tanpa kebenaran pemilik www.razzirahman.com

Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman Sdn.Bhd.