
profil penulis
~ Beego ~

Nama pena
Email
Dreams
Karya-karya :-
|
: Beego
: beego_wdp@yahoo.co.uk
: Mahu membantu memulihkan masalah gejala sosial.
|
--------------------------------------------------------------------

Berhenti merindu
Atas nama cinta aku tidak berani bersumpah untuk segalanya.Apa
yang aku tanggung ini pun sudah amat membebankan.Namun aku bersyukur pada Tuhan
kerana akalku boleh membawa diriku kearah yang benar menerima hakikat ada
hikmah di sebalik yang terjadi biarpun dalam parah.
Kadangkala kata-kata tidak memberi erti,kalau banyak berkata ada yang tak
mengerti.Aku yang amat menyayangi mu,aku yang ingin selalu mendampingi mu kalah
dan pasrah dalam lelah untuk memadamkan semua tentang mu.Hilang kata-kata buat
mu,tiada lagi janji untuk aku beri kalau kau tak mengerti.
Pintamu untuk aku terus mengejar kebahagian,biarkan dirimu terus terluka.Dan
kau mahu agar aku tidak menoleh lagi,biar kisah silam terus padam.Kau mohon
agar aku terus sejahtera,biarpun kau tahu kita sama-sama terluka.Kau hadiahkan
aku dengan kalimah suci milik NYA sebagai penawar hiba di hati dan menemani aku
yang kemana jua.Terima kasih pada mu..tapi sampai saat ini adakah kau mengerti
kenapa kita perlu menamatkan hubungan ini?
Aku kah yang berkorban atau kau yang terkorban..tiada sudah jawapan untuk ini
lagi.Biapun sudah lama berlalu namun aku tidak dapat lari untuk selalu
merinduimu dan sebenarnya aku ingin berhenti dari merindui mu kerana merindui
diri mu amat membebankan,menyiksakan.Berselisih dengan mu di stesyen LRT masjid
Jamek dan di Cafe tempohari adalah ujian yang mencabar jiwaku.Semuanya tiada
dalam fikiran namun semua yg berlaku itu dengan izin Allah.Takpe lah..
Bagai seekor burung terbang bebas,aku pergi dan aku pulang,menimba dan
menyusuri cerita kehidupan aku dan manusia sekeliling.satu persatu orang yang
aku sayangi pergi dariku untuk selamanya.Kau tahu itulah ujian Allah buat
ku,aku terima kerana kata mu,aku di uji kerana aku kuat.Dan di sisa-sisa hidup
ku ini kau kini pasti mengerti kenapa aku terus bersendiri dan meminta kau
pergi..kerana aku tidak mahu kau lebih merana dan terus tersiksa dengan apa
yang aku tanggung dan hadapi,biarpun ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan namun
aku mahu Tuhan temukan kau dengan yang lebih baik untuk masa yang panjang.
Dan..aku tika sujud pada NYA,tidak pernah lupa bersyukur kerana di temukan
dengan mu dan aku mohon maaf jua kerana menoktahkan semua ini.
Akhirkata,Kasih.. kupohon maafkan diriku... aku ingin berhenti merinduimu..
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Satu cinta, satu kasih pada satu janji
Cerita antara kita bukan hanya mimpi
satu ceritera cinta melara hati
parah terukir ke dalam hati
bagai diri di tusuk duri
Turutkan hati
ingin aku terus menemani
menurut apa jua yang kau ingini
Tanpa ada rasa sangsi dalam hati
Namun bila simpulan cinta sudah tidak lagi rapi
berselerak di bawa hanyutan diri
Batasan keluarga yang tidak mengerti
membenam cinta untuk di bawa pergi
apa daya lagi untuk ku berdiri
andai kau jua tidak sudi menemani
apa daya untuk kau berlari
andai aku sudah lelah mengejari
pada satu cinta,satu kasih tidak terganti
Dan andai ku bawa cinta ini sampai mati
mungkin kau akan terus mengerti
cinta ku belum dimiliki
kerana aku masih ada janji.
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Aku dan diri
Adakah aku yang lupa diri
setelah hati dilukai
tanpa ada rasa
peduli
pergi terus membawa diri
Akukah yang kalah dalam mainan
diri
aku pulang dan aku pergi
tanpa ada rasa peduli
walaupun ada yang
cuba mengerti
Aku tekad dalam diri dan hati
kerana letaknya harga
diri
tanpa ada rasa peduli
biar hingga kini terus
sendiri
Teman,
ucapmu kekal di akal dan hati
peluang hanya ada
sekali
Yang baik datang dari Illahi
Yang buruk dari diri
sendiri
Tuhan,
Pada Mu ku pohon doa suci
sebelum aku kembali
kedunia azali
ampuni hamba Mu ini
aku tidak ingin terus menyesali
pada
semua ujian Illahi
Hulurkan kasih suci Mu
buat aku yang mula mengerti diri
sendiri.
(19th Nov.2005-NC UK.)
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Andai itu yang kau mahu
Ibu,
andai impianku tiada restu
apalagi yang aku mampu
dalam hidup yang terkeliru
tiada daya boleh ku rayu
melainkan terus jadi si bisu
kalau ada hati yang terluka
tidak mengerti apa yang ku mau
Ibu,
Berat hati membiar semua itu berlalu
dalam hidup di penghujung rindu
melihat dia pergi tanpa aku
menjadikan hati ku kian beku
mencari apa yang kau mau
biar bertaburan rindu
aku tidak tahu mana pergi cintaku
maafkan aku kerana begitu
menyimpan tangis kelu
yang kini jadi debu
siapa yang tahu
Ibuku,
Biar pandangan mu kelabu
diri ku akan tetap di situ
di bawah tapak kaki mu
mencari bahagia untuk mu
kerana itu yang kau mahu...
*Ibu,maafkan anakmu andai belum kau bahagia
26/6/2005 NC-UK
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Jangan menangis sayang
Jangan menangis sayang
dunia masih luas untuk kau jelajahi
biarpun
dikaburi kabus pagi
teruskan berlari
waktu masih ada untuk kau
kejari
pandang ke depan dengan mata hati
Jangan menangis
sayang
Lihat ke depan ada sinar menanti
jangan rosakkan hati
untuk
terus bersendiri
menyimpan rasa di dlm hati
tanpa ada yg
mengerti
Jangan menangis sayang
jangan kau tolak takdir Illahi
Ku
doakan dengan sepenuh hati
agar esokkan terus menemani
memberi sinar
secerah mentari
untuk kau terus meniti
Jangan menangis
sayang
kerana masih ada yg sayang..
buat tatapan temanku M..dun give up..!
Izinkan ia
pergi...
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Di saat-saat akhir...
Disaat-saat akhir..
jangan lagi kita bicara tentang luka ku
biar cerita sendu lalu terus jadi debu
biar ia terbang bersama angin lalu
Yang aku mahu rasa bahagia dengan mu
Disaat-saat akhir..
jangan lagi kita nyanyikan lagu rindu
yang menguriskan hati kau dan aku
membuat hati kita terbenam lesu
kerana aku ingin kau terus tahu
setiap saat,masa dan waktu
doa suci dari mu itu yang membantu
memberi kekuatan ke dalam kalbu
Disaat-saat akhir..
aku akan terus cinta pada Mu
biarpun takdir itu tidak bersatu
kasihmu ada dalam diri ku
bersama kata yg di padu
pada masa yang terus berlalu
tanpa mahu menunggu
Andai itu takdir ku..
menerima ujian dari MU
di saat-saat akhir ku
ampuni dosa-dosa ku
di hari ini dan di hari lalu...
AMIN!
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Aku yang sepi...
Sepi dan aku adalah satu
didalam dunia ku
bertemankan rindu
pada yang sudah berlalu
berkasihkan alam berjiwakan lagu
Aku didalam sepi
di belit kenangan
yang ada suka ada duka
lalu airmata lah yang setia
memujuk aku dikala hiba
bersulamkan zikrullah
agar kebahagiaan mengunjungi
bila hati ku sepi
jangan sampai aku hilang diri.
Dari kamar sepi..
25th Dec.2005 NC UK.
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Last night the stars fall down so fast
I'm never able to make a wish..
But the Angel know............
I can't stop dreaming about you..
Tersenyum aku seketika membaca kad yang aku terima ini, selama ini aku
lihat dia seperti biasa saja terhadap aku.Oh..ada surat bersama kad
ini. Aku terus membuka nya...
Dear Beego, Firstly sorry my english not good but i hope you will
understand.
Beego, so hard to say
"goodbye..". I feel so sad.You are good man, you are good for everybody
here in especially to Ricky. I know he like you and respect you so
much. How.....I can say I Love YOU...Many times..you know I feel to
tell you this but i know you are my boss! I want to be with you
always...Dont forget people need the same thing like you want. "You
know that.."!!!
Beego, Learn more and
more, learn from mistake like Ms.Hilda said..about "Life.." YES! "Life
is Life.."Learn how to be happy and safe....NO ONE WIL HELP YOU, EVEN
YOU ARE NOT HELP YOUR SELF FIRST..AND BE UNDERSTAND ABOUT HUMAN
BEING..Thats the way you know very well.."I Believe.." than Who know
you more than you. Dont worry about anything, if you want to do
something dont worry..the way where you are and what you do...believe
in your self!! And last thing I believe you will get what you want my
dear!
Please take care and hope your GOD blessing you all the time. You know..You will be in my mind always.."Aku tidak boleh melupakan mu". (My friend help me to write this letter to you)
With so much love for you
NXXXXXXXXX RXXXX
-------------------------------
Sepanjang membaca surat ini perasaan ku biasa sahaja namun aku
tersenyum bila minah yang berasal dari Filipina ni meluahkan rasa tanpa
malu tapi yang lebih membuat aku suka sangat ialah kata-kata nya yg
motivate aku..up kan aku.
Saat aku mahu berhijrah ke lain, meninggalkan mereka staffs and kawan2
disitu. Kad dan surat itu aku simpan hingga sekarang. Sering juga aku
membacanya tatkala aku rindu pd waktu2 lalu. Sebenarnya
aku ni jenis serius gak masa keje tapi ada gak staff yang berani datang
kat aku ajak2 makan dan ingin berkawan dengan aku. Tapi minah Filiphina
ini masa keje memang serious gak, tak pernah pulak cuba-cuba macam nak
ngorat aku, kecuali pasal keje..dan sebenarnya minah ni memang cute..
aku tengok dia,aku ingat Julia Robert , nampak Julia Robert aku ingat
dia..ramai gak yg syok kat dia tapi yang aku tahu, dia ibu tunggal
walaupun baru 26thn.alamat dia tentang dia aku tahu sebab aku boss
dia..aku memang suka dia sebab...mmmm bukan sebab aku gatal nak ngorat
dia tapi sebab dia memang rajin. Off day pun keje...! dalam hati
sebenarnya aku senang dengan dia..itu aje, jauh sekali untuk
menjalinkan hubungan dengan dia.
Namun sepanjang aku
berada jauh darinya, dia kerap menghantar email kepada ku. Aku jarang
membalas hingga lah suatu waktu aku terserempak dengannya di KL (itu
pun selepas 3thn). Masa tu aku jumpa ex boss di Hotel XXX aku tak
sangka lak minah Filiphina tu transfer ke situ.
Di pendekkan cerita,aku
bertemu minah ni di masa aku betul2 tengah benggang dengan mak we aku,
di tambah masalah keje lagi..masa ini aku down and dia upkan aku. Habis
keje aku dating dengan dia. Aku senang dengan dia..hingga satu saat aku betul-betul jatuh cinta padanya. Tapi aku cepat sedar bahawa hubungan ini tak dapat aku teruskan.
Hari tu..hari
terakhir aku di sini di Malaysia, aku tekad bahawa semuanya perlu di
noktahkan samada dengan minah ni..atau mak we aku. Sepanjang aku kat
KLIA sampai nak naik train pun Mak We aku dok menalipon beberapa
kali..menangis, merayu..! Aku serah pada Takdir kerana itu pilihan
aku..dan pada minah Filiphina ni aku cakap terus terang..ada benda yg
baik, ada yang tak baik untuk kami bersama. Aku pernah kecewa, dia pun
pernah kecewa..kami agak matang bila berbicara walaupun kekadang
terpaksa menelan pahit demi kebaikan bersama.
Mak we aku? Dia masih muda..jarak aku dan dia 12thn. Dia pilihan aku dengan restu ibu..aahhhh..lain kali aku citer bab ni... Sepanjang
aku di UK.. aku lupa semua! Sememangnya hati aku tenang walaupun masih
ada persoalan yg perlu jawab pada ibu disini. Kes....break off gan mak
we aku!!!!
Ramdhan yang
dingin, menyejukkan hati aku..benarlah sesungguhnya doa seorang
musafir, org yg teraniaya, doa org yang berpuasa di terima Allah tanpa
halangan. Ketenangan yg aku cari..benar2 wujud, tekadku memulakan
langkah baru didunia baru.
Pasal mak we and
Minah tu pun aku hindarkan. Dipendekkan cerita lagi sampai la aku balik
Malaysia, kawan2 aku bagitahu Minah Filiphina tu sentiasa mencari aku,
sampai jatuh sakit..terima email dari dia aku senyap, tak balas
sehinggalah selepas 5bulan aku di Malaysia, aku phone dia. Banyak kali
janji nak jumpa last2 aku kensel..senyap seketika..hingga lah di Hari
jadi aku..aku hantar email padanya, aku mohon maaf padanya kerana aku
tak mampu untuk menjadi pasangan yg baik untuknya...
Aku masih ada ibu, kakak yg perlu ku jaga kerena aku anak lelaki
tunggal. Begitu juga dia, ada ibu dan ayah serta anak yg berusia 7 thn
di Filiphina.
Aku terima balasan email dari nya..
Beego,
im also cannot be good to you.Im sorry! I dont want you to forget me
bcos we are friend! I will go to South Africa end of this month!
Please take care of yourself..I want you to be better and beter.Dont
forget your medicine!
Thank You!
Semuanya
berakhir begitu, aku dan dia terus menjadi kawan, walau kekadang ada
rasa rindu, kini hanya sebulan sekali je aku send email kat dia,
pendek...dan dia pun jwb pendek..agaknya dh jumpe pak we baru maklumlah
'Julia Robert!!..' Dan aku harus terima apa yg aku nekad kan demi
kebahagiaan bersama. Aku fikir tindakan aku betul!! Korang fikir camne..?
Kisah Cinta : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Mungkir bahagia
Mungkir Bahagia...
« on: May 28, 2008, 11:57:01 PM »
Seperti yg
aku janji kan dlm kisah 'Bukan pilihanku',aku nak citer camne aku kenal
dan putus gan makwe aku.andainya cerita aku ni..di baca oleh org2
berkenaan dari hujung kaki hingga hujung rambut aku mohon
keampunan..tiada niat memburukkn sesiapa kerana setiap apa yg terjadi
itu dengan izin NYA jua.
Namun ceritaku adalah milikku,kenanganku,dari dlm diriku yg juga ada
kekurangannya tika bersama.. Apa pun kita mesti sedar," Yang baik
datang dari Allah,yang buruk datang dari diri sendiri..".Dan setiap yg
terjadi ada rahmatnya...
Dia hadir dalam diriku tanpa diduga dan tanpa dlm otak aku nak cari 'somebody special'.
Semuanya bermula ketika
aku cross training di sebuah city hotel.Aku kena training kat satu
Department tu and dia secretary disitu.So,banyak benda aku kena tanya
dia dan dia kena bantu aku.Cam biasa walaupun waktu keje aku 9pg-5ptg
aku awal dah mula keje and time balik aku pukul 9mlm belum tentu
balik.Balik awal ke bilik aku tak buat apapun kecuali tengok TV or
tidur.Keje macam aku ni makan minum tak menentu kekadang kul 4ptg baru
nak lunch.Tapi sejak aku situ..dia ni(ex makwe aku)hari2 ingatkan aku
time makan,ada hari dia bawa bekal kat aku.Aku pernah jugak dinner
dengan dia 2,3kali, dari situ aku banyak tahu tentang dia.
Pendekkan
cerita,2 bulan kat city hotel tu..aku kena balik semula ke
Resort.Selepas tiga hari aku balik,aku terima satu parcel dari dia
(secretary @ makwe aku tu..la).Wow..satu ofis dok perli aku!!!!Apa aku
terima? Biarlah Rahsia....hahaha.. .Pastu aku kol lah dia cakap thank
you..mulai hari tu..hari2 dia kol aku.Dan aku pun kol dia gak.Dan
semenjak itu kami menjadikawan. Aku anggap dia seperti kawan baik takde
feeling pun, seriously! masa tu lah...
Satu hari tu..dia
datang bercuti ke tempat aku keje.As my guest aku layan lah dia.Bawa
dia dinner menikmati angin malam kat tepi laut.. sambil di hembus angin
laut cina selatan..romantiknya!! Dan
kebetulan pulak masa dia kat situ,family aku pun ada bercuti sama.Masa
dinner malam kedua tu baru aku kenalkan dia pd family aku.Pendekkan
cerita lagi,rupa2nya masa aku keje mak aku keluar jalan2,shopping di
temani oleh dia.Dari situlah family aku kenal dia.Aku dan dia terus
berkawan baik.Dia pulak rajin menalipon mak aku bertanya khabar.
Dua bulan selepas itu,dia bagitahu aku sesuatu yang mengejutkan jugak...mak aku suruh dia ajak aku kawin. Sebabnya
mak aku tak berani tanya aku..takut luka lama berdarah kembali.Aku
tanya pendapat kakak2 aku, mereka pun bersetuju kalau aku rasa ok.Aku
sendiri tanya dia,adakah aku ni calon yg sesuai utk dia dan di
persetujui mak ayah dia sebelum ni dia pernah putus tunang.Dia kata itu
dia boleh handle dan bagi aku,terus terang saja,aku boleh terima dia
dan boleh mengikat tali pertunangan dengan tapi tidak terus kawin.Aku
masih ada impian untuk dikejar.Itupun aku minta tempoh sebulan untuk
berfikir.Tolak,campur,bahagi,darab dan masa berlalu pantas
tup..tup..kakak aku kol,family aku nak hantar cincin tanda kat dia.Aku
kata terserah andai itu jodoh aku.
Sebenarnya aku tak pernah merancang nak ada gilfren ke,kawin
ke..betulll!!!selepas aku kehilangan cinta pertama yg penuh
tragedi..sebab mak aku tak bagi kawin gan Syikin(1st gilfren aku)yg aku
sentiasa ingati.. hingga kini tiada penganti.Ini cerita lain..ada masa
aku cerita di lain title.
Masuk tahun baru,aku
resign dari bidang perhotelan.Aku sambung belajar dalam bisness.Dan
dengan takdir Allah masa itulah nenek aku sakit.Sempatlah aku jaga
dia,berulang alik ke hospital dan masa itulah juga ex makwe aku pun
tukar ke KL dan tinggal di rumah nenek bersama dua orang pembantu.Dia
pun banyak membantu masa aku sibuk dengan kelas.Usia nenek tak panjang,
nenek tinggalkan kami ketika aku sedang sibuk nak exam.Hidup mesti di
teruskan.......
Aku ingat pesan
arwah nenek,belajar pandai2 mesti di berada ditempat yg
terbaik.Alhamdulillah.. aku pelajar terbaik!!Dan memulakan bisnes
aku.Pasal kawin aku aku tak fikir,sebab aku mesti kukuhkan company aku
yg baru bermula ni.Bakal isteri aku pulak masih tinggal di rumah arwah
nenek bersama pembantu yg dah mcm family.Aku tinggal tempat lain tapi
sesekali ada masa,ada hal aku balik,ada waktu aku tidur jugak kat sana.
Di tahun
pertama,mula2 nak bisnes makwe aku banyak bagi support,tolong aku tapi
akhir2 ini dia mula merungut sebab aku tak ada masa utk dia..nak
shopping,nak tengok wayang...jarang sekali..dan mak we aku mula ada
rasa cemburu..itu yg aku tak tahan!Dengan secretary aku pun dia nak
jelous...ni yang paling aku lemassss..aku rasa lelaki lain pun rimas
kalau asyik2 kol..asyik2 tanya kat mana.....dah tu kalau bagitu dgn
betul..tak caya pulak!!!!...mulalah tension!
Pendekkan cerita,satu hari tu..makwe aku bagitahu dia nak balik rumah mak ayah dia sekejap.Aku no hal!!! Dan
malam dia balik ke rumah semula,dia di hantar oleh seorang lelaki.Malam
tu pulak hujan lebat,gelap..aku ambil payung menyambut dia di pintu
kereta,dlm gelap tu lah dia kenalkan dengan mamat tu,yg kononnya sepupu
dia baru balik dari oversea..Ok la tu!!!!
Seminggu lepas
tu..Aku ajak mamat tu dinner kat rumah sebab aku nak tahu dia ni
siapa,anak sape..Malam tu aku yang masak.Aku tengok makwe aku bukan
main hepinya..cam2 cerita lah hal2 masa kecil diorang keluar. Pendekkan lagi cerita..kita sambung lagi esok sebab aku dah ngantuk!!!
==================================
Hari-hari terus
berlalu,aku tengok makwe aku memang rapat gan mamat ni..mula2 aku tak
syak apa2 aku terima mamat ni cam adik aku.Dia jemput hantar makwe aku
kemana aje..Kerana tak mau sesuatu yg buruk berlaku aku cuba berubah
dengan spend kan masa aku gan makwe aku.shopping,tengok wayang,
karaoke..apa dia nak aku ikut jerr dan tak bestnya kekadang mamat tu
pun ikut sama.
Akhir2 tu..pulak
makwe aku rajin sangat MC,pening la,sakit perut lah...bila nak hantar
ke klinik,ada org dah awal2 hantar.Aku kah yg terlewat atau aku yg tak
diperlu kan...?satu persoalan yg belum terjawab dan aku
bawa makwe aku bercuti,disana aku slow talk gan makwe aku tentang
hubungan kami.Bila aku cakap pasal kawin dia pulak yang mengelak,dia
kata dia nak sambung belajar lagi.Aku pula terus terang cakap tak mahu
kehilangan dia,aku perlukan dia disisi aku untuk motivate aku dan
bersusah senang bersama..aku tersedar diri dan cuba sedaya upaya
memperuntukan hari lapang aku padanya sejak kemunculan mamat tu...!!
Pendekkan cerita, Aku
ada masalah dengan bisnes partner,pengajaran pertama dlm bisness bila
'terlalu percaya gan org lain'. Aku betul-betul down masa itu.Aku tak
berkesempatan nak bagitahu makwe hal ni..aku yang dia tahu
kesibukan..dan dia pulak buat-buat sibuk gan mamat tu.Tolong buat paper
work lah,ada aje alasan diorang nak bersama.Lama-lama Harimau dah
tunjukkan belang.Aku jadi benggang gan mamat ni..tapi aku tak tunjuk
marah dan meluat aku cuma aku tunjukkan pada dia yg makwe aku
tu..(merangkap sepupu dia)milik aku so dia tak perlu sibuk2!!!!hubungan
aku gan makwe aku tegang sedikit sebab dia kata aku terlalu cemburu.
Suatu hari tu
aku betul-betul stress,aku perlukan kawan bercakap lalu pergi jumpa
ex-boss aku (yg dh jd kawan baik) di tempat kerjanya.So kat dialah aku
menceritakan hal bisnes dan termasuk hal makwe aku(Dan masa inilah juga
aku berjumpa dengan minah Filiphina tu.)Malam tu aku terus tidur kat
hotel,dibilik boss aku. Juga hari-hari seterusnya bilik hotel boss aku cam bilik aku jugak! Habis kerja aku balik sana.
Sampailah ketika
dah sejuk sikit aku ajak makwe aku ikut aku jumpa ex boss aku.Dia
setuju.Ex boss aku sebenarnya tak begitu suka pada makwe aku,dia kata
makwe aku ego,berlagak dan tak sepadan gan aku. Lepas kerja hari itu
kami sama2 ke hotel tapi belum sempat kaki nak turun kereta kat parking
hotel tu..makwe aku buat hal.Dia nak balik jugak masa tu jugak!!!
sepanjang dlm kereta asyik bersms,last2 aku syak ni..mesti pasal mamat
tu!kami bertengkar and boss aku terpaksa masuk campur.Malam tu makwe
aku balik dengan teksi dan aku terus balik ke kondo bujang aku.Aku
terus solat dan baca yasin untuk ketenangan jiwaku.
======================================
sambung semula..episod terakhir.
Alhamdulillah,dua jam
selepas itu makwe aku kol,dia minta maaf dan bla...bla..bla....dlm
tangisan yg tersedu sedan dia kata,kalau aku tak perlukan dia lagi,dia
nak keluar dari rumah arwah nenek yg dah mcm rumah dia tu.Aku suruh dia
fikir balik apa yg dia kata.Aku suruh dia tunggu aku datang sekarang
jugak.
Sampai je aku kat rumah tu..mamat tu pun ada.Aku terus ajak makwe aku masuk bilik aku,Aku tutup pintu bilik. Aku
nak bincang baik-baik hal ni dengan makwe aku sebelum apa2 keputusan
dibuat.Makwe aku emosional sikit..aku pulak benar-benar takut akan
kehilangan dia.Tetiba pintu bilik aku diketuk dengan kasar,suara jantan
mamat tu..suruh makwe aku keluar dan boleh lagi kata jangan terpengaruh
dengan kata-kata aku.
Aku buka pintu
bilik dan aku kata pada mamat tu,"Hei..kau ni apa kes?Dah lah datang
kat rumah orang nak tunjuk lagak pulak!!!Get Outtttttt..!!!!Aku
jerit..hilang sabar aku,darah dah melegak ke kepala! Belum sempat
apa2 'Pang..!!' pipi aku kena tampar,belum sempat apa2 kaki aku kena
tendang..aku jatuh..dan belakang aku kena pijak!!!!Makwe aku dan
pembantu kat rumah..menangis-nangis tengok aku kena pukul.
Dia bagitahu mamat tu..yang aku tak boleh di kasari,tak boleh terlalu
agresif.Mak we aku suruh mamat tu keluar kalau tak dia panggil Polis.
Mamat tu belah tapi sempat gak pesan yg dia nak makwe aku tinggal aku .
Aku benar-benar
kesakitan yg amat sangat..mulut dan hidung aku berdarah..telinga aku
rasa membesar dan kaki sebelah kiri aku mula kebas..belakang aku cam
ada batu melekat.Aku pengsan!!...
Sedar-sedar aku
kat Hospital,baru je bukak mata makwe aku kata sorry! Walaupun aku
masih dlm keadaan terkejut..aku cakap kat dia thanks kerana masih ada
disisi aku. And jangan bagitahu sesiapa atau family aku tentang hal ni.
3 hari aku kat hospital.. keputusan agak mengecewakan kaki aku 70% tak
boleh bergerak aktif kerana satu ketika dulu semasa aku menjalani
rawatan di hospital, air tulang sum-sum aku pernah di ambil dan
kejadian ini menambahkan keadaan yg tidak baik.
Operation perlu dibuat tapi tinggi risikonya kerana aku ada penyakit yg
lebih serious.Sejak hari itu hingga kini..aku bertongkat! Dan
kawan2 yg tahu aku kena pukul..siap nakgi pukul balik mamat tu balik
tapi aku yg tak kasi.Alaa..budak-budak!! Hari ini dia buat aku nanti
Tuhan bagi lagi teruk kat dia..takpelah!
Aku MC seminggu kat
rumah. Makwe aku keje macam biasa..dan 'sangka aku panas akan terus ke
petang,rupanya hujan di tengah hari..,ku sangka siang kiranya malam..'.
Suatu pagi
itu..aku nak cari satu file yg makwe aku simpan,aku masuk bilik
dia..dalam dok cari file tu..aku terjumpa satu diary dlm bag galas
dia.Terkejut aku..sesungguhnya Tuhan menguji aku lagi..dalam diari tu
aku jumpa gambar2 mamat tu.siap tulis 'I love U..'ntah apa2 kata2
romantis lagi.Aku baca diary itu..Rupenya diary tu milik mamat tu untuk
makwe aku.Page pertama aku baca pun dah rasa benggang..penuh dengan
kata2 cinta dah tu..siap kutuk2 aku lagi.Siap ada gelaran tak elok kat
aku.Satu diari itu aku suruh makcik kat rumah ni..fotostat dah tu aku
letak kat tempat asalnya semula.Perasaan aku?? Nak kata marah,
benggang, sedih.. meluat...semua ada tapi aku masih juga ada rasa
SABAR!Alhamdulillah!!
Malam tu
kebetulan makwe aku nak keluar.Aku ajak dia duduk sekejap namun dia bg
cam2 alasan nak cepat keluar.Aku tahan dia..satu..satu rahsia dia dan
mamat tu aku bongkar dengan nada suara yang biasa saja,aku tak tunjuk
aku marah tapi aku jelek sebenarnya.Dia mula naik angin..kata aku
macam,ungkit mengungkit hal aku,family aku dan segala-galanya.Last dia
tak balik,katanya duduk rumah makcik dia and aku tak kata apa pd
dia.Rasanya cukuplah segalanya apa yang Tuhan tunjukkan pada aku.
Aku orang
biasa,yang diuji Allah dgn kesilapan aku sndiri dlm membina dan
mengejar kehidupan duniawi.Aku tak putus berdoa pd Tuhan..mohon yg
terbaik dari NYA.Hinggalah satu hari tu kak ngah aku kol minta aku ke
UK kerana dia nak ke Mekah dan kalau boleh nak aku jaga anak2 dia
bersama mak aku disana.Hmmmm..mcm ada satu jalan untuk aku pergi dari
kemelut ini.Aku ambil masa seminggu sebelum memberi jawapan 'ok'.
Dengan petunjuk
dari Allah dengan tenang aku buat keputusan,yg tekad hanya aku dan
Allah saja yg tahu bagaimana tenangnya aku mempertimbangkan
segalanya.mungkin ada yg tak puashati mcm kawan2 bisnes aku, tapi aku
mesti berani buat keputusan.dan aku rasa Allah membuka jalan utk aku
berhijrah.lagipun aku nak menjlani rawatan.lepas tu baru aku boleh
fikir yg lain2.TUTUP BUKU LAMA!Aku takmahu terluka atau melukakan org
lain lagi.Ku ingin BAHAGIA!
Akhirnya,sebelum aku bertolakke UK menjelang seminggu lagi Ramadhan,Aku cerita pd kak long aku (kini arwah) apa yg terjadi pd aku dan segalanya tentang makwe aku.
Malam terakhir
nak meninggalkan Msia, makwe aku kol dia sakit dan nak jumpa aku.
Pendekkan cerita lagi,dia nak pinjam duit aku.Kami dinner
sama-sama..masa itu dia kata takleh lupa aku,merayu aku but aku bagi
reason yg baik.aku terpaksa mungkir pada kebahagiaan yg di janji kerana
sebenarnya ngan aku tahu dia bermuka-muka dengan aku(yg ni aku tak
cakap la!)dan dia juga mungkir pada apa yg dia ingin berikan bersama
aku pada sat bahagia.Bye2 halal kan makan minum aku waktu bersama dan
kita masih kawan!Ending??..aku pun fikir habis kat sini tapi...
bersambung....
======================================
Besar kesilapanku,besar lagi kesilapanmu..
hampa yang kau rasakan, hampa lagi perasaanku..
kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan..
yang tak mungkin kau maafkan lagi..
(sambung sendiri..)
Malam itu aku berlepas ke UK jam 11.55pm dari KLIA.Aku tekad dengan
langkah baruku ini, keputusan aku so aku kena berani untuk terus
kedepan.Seat sebelah aku kosong(sebab bertongkat..)layananpun lain dari
org lain.Bestnya tiada gangguan tapi nun kat hujung sebelah kanan aku
ada sorang perempuan cantik,muka macam familiar,manis lak tu..semanis
Fazura(opppsss) tapi aahh lantak lah.Aku bukan nak ngorat dia.
Aku tertidur
Zzzzzzz...aku mimpi ke tak aku tak ingat..tapi bila aku tertoleh ke
kanan aku tahu aku bukan bermimpi bila perempuan cantik tu tadi senyum
kat aku.Feeling aku terganggu sedikit...Nak tau dialah M (yang kini
telah menjadi teman tapi mesra aku).ini bab lain,di lain title
aku cerita(kalau ada masa) camne dia boleh baik gan aku dan dialah yg
banyak mengubah segalanya.Dan Inilah rahmat pertama yg Allah berikan
dlm langkah baru ku ini.Alhamdulillah!
Pendekkan cerita,sampai
ke destinasi dah petang.Cuaca betul2 sejuk.Sampai rumah Kak Ngah,abang
ipar aku yg sambut bersama 2org anak2nya kakak aku,mummy aku tak
ada.Bila aku tanya,abg ipar aku kata berehatlah dulu besok kita
cerita.Aku tak syak apa2..yg aku tahu perut aku lapar nasi.Lepas makan
aku terus berehat.
Esoknya,baru aku nampak
Kak ngah tapi aku tak nampak my mum,aku tanya kak ngah dimana mummy.Kak
Ngah duduk sebelah aku,sebelum dia cakap, awal2 lagi dah minta maaf kat
aku.Heran gak aku.. tapi rupanya dia tahu hal aku gan makwe aku,bukan
dia nak masuk campur tapi nampaknya sebelum aku sampai makwe aku dah
report pada mummy hal hubungan kami yg terputus.Semuanya sebab aku,aku
yg tak elok,aku yg bersalah.Sampai mak aku terkejut dan masuk hospital.
Satu ujian baru untuk aku disini tapi takpe aku tahu aku
difitnah..cerita makwe aku satupun tak betul pd aku,adakah patut makwe
aku kata aku yg pinjam duit dia untuk bisnes dan aku takut aku lari
tinggalkan dia...Oh Tuhan,takpe lah aku terima dugaan Mu ini.. kerana
aku tahu apa tujuan dia nak mengianayai aku.Its Ok!Sabar.Keburukan dan
kesalahan dia sendiri disembunyikan.Dan aku juga diam tak cuba
membetulkan apa yg tak betul malas aku nak cakp pasal ex-makwe aku.Bila
kak ngah tanya aku kenapa bertongkat,aku kata jatuh.Rupanya Kak ngah dah tahu segalanya dari kak Long aku di Msia.
Kak ngah suruh
aku cerita sendiri dengan Mummy apa sebenarnya terjadi.Aku kata aku tak
boleh sebab aku tak suka cakap hal yg aku cuba lupakan dan aku tak suka
cakap hal kekurangan atau keburukan orang yg aku pernah sayang.Biar org
buat aku tapi aku takkan balas dengan tak elok.Aku bukan lah baik
sangat tapi itu biarlah Tuhan yg membalasnya..'Lahaulawala quwatabillah
aliyull azim..'Tiada Daya Dan Kekuatan BagiKu Kecuali Dengan
Pertolongan Allah.Terang2 dah tahu itu fitnah dan dia nak aniayai
aku..Tugas aku berdoa yg terbaik dan mohon Allah tenangkan jiwaku.Amin!
Antara aku dengan Mummy
sebenar hubungan kami amat dingin.Tak mesra kecuali didepan org
lain.Apa aku buat ada saja kekurangan nya pada mata mummy.Aku buat
bisness pun sikit Mummy tak sokong nasib baik aku ni ada Arwah Nenek yg
jadi tempat bermanja dan mengadu.Dah lah tu..aku tak nak cakap hal2 yg
tak baik pasal Mummy yg melahirkan aku,Takut berdosa !
Alhamdulillah,kak
ngah kata dia dah cerita semua pd mummy dan dia turut nasihatkan
mummy..apapun yg org cakap tentang aku dan anak2 mummy yg lain,kami
tetap anak mummy jangan terpengaruh dengan kata2 buruk org lain sebelum
menyiasat betul-betul.Kata kak ngah lagi,mummy menangis kerana dia tak
sangka aku tak cuba mempertahankan diri atau bercerita hal sebenarnya
pd dia atau kak ngah.Kini dia sedar yg aku begitu sengsara dijiwa dan
menanggung fizikal begini.Takpelah, bagi aku..Syukur pada Tuhan,mujur
aku ada cerita pd kak Long pasal ini semua,kalau tak semua percaya
cerita Ex-makwe aku tu.Satu bab selesai!
Tapi,Nampaknya ex-makwe
aku tak puashati,hari2 dia sms aku dengan maki hamun,kata negatif..yg
tak elok di dengar atau dibaca dah tu..panggil aku 'si tempang'
lagi! Takpe Alhamdulillah..!!!Yang aku tahu orang kalau dah sakit
jiwa,sakit mental,tak ingat Tuhan.. begitulah jdnya!Dan aku,satu sms
diapun aku tak balas,biar Tuhan yg balas dengan cara yg
sepatutnya.Rupanya fitnah ini dah ketahuan pd kerabat2 aku,habis..mak
sedara,pak sedara,sepupu sepipit makwe aku sebarkan cerita beracun
tentang keburukan aku.Aku sabar,keluarga aku pun sabar..Apa jua kata
hina dia pada aku akan kembali pada dia semula,itu janji Allah!
Camtulah cerita
aku,mummy dan aku ok sikit kerana aku tekad dari pembacaan dan nasihat
dari M, dan kwn2 baru yg aku temui disini..aku akan merendahkan diri
aku,menghormati,memahami pada org yg melahirkan aku,biarpun tak sekata
tapi biarlah kami sehaluan dlm mencari keredhaan Allah.
Ramadhan di sambut
dengan ketenangan dan ketakwaan, dan syawal aku sambut bersama Mummy
dan keluarga kak ngah serta sedara mara disini setelah hampir 8tahun
aku tak pernah merayakannya bersama mereka,apatah lagi 8tahun juga aku
tidak pernah mencium tangan mummy,ibu yg melahirkan aku.'Teruknya
kau,Beego..'itu kata M pada aku. Namun
dalam kebahagiaan yg dikecapi,Allah memberi ujian lagi pada aku dan
keluarga bila Kak long aku di dapati menghidapi SLE
HADIS NABIS S.A.W Yang bermaksud;
'Seseorang
itu tidak akan merasa nikmatnya beriman,Sehinggalah dia mempercayai
dengan qada dan qadar dari Allah samada yang baik atau buruk,begitu jua
yang manis ataupun yang pahit..'
Dan aku tekad
meneruskan langkah ini seadanya aku dengan semangat baru yang
tiba,tanpa mahu mengeluh kerana aku tahu 'Tuhan itu tidak kejam..' Yang
aku cari kebahagian dan ketenangan juga keseronokan yg boleh
membahagiakan org2 yg disekeliling ku biarpun aku terpaksa meneruskan
sisa-sisa hidupku yang waktunya kian hari kian singkat.
Kisah Cinta : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
'Jangan bersedih
lagi' ditulis buat insan2 yang sedang dilanda masalah samada dlm
cinta,dlm kehidupan. Istimewa buat 'M' yang baru kehilangan,juga buat
farah, ieda(NEWBIES) juga utk semua.juga diri ku...
KESEDIHAN..Kita
tidak pernah mengundangnya namun selagi kita bergelar manusia,kesedihan
pasti akan dirasai oleh setiap manusia melalui rentak kehidupan
ini.Dalam kesedihan pasti ada airmata,namun jangan lagi kita tangisi
atau iringi kesedihan itu dengan airmata lagi kerana lazimnya kesedihan
itu boleh membuat kita manusia merendah diri tapi dalam masa yg sama
kesedihan boleh menjalinkan hubungan sesama manusia.Contohnya:
1.Bila
kita putus cinta,ditinggal kekasih atau kita dimarahi oleh
seseorang,mulalah kita menjadi negatif,terasa kekurangan diri..aku
bodoh,aku tak cantik,aku miskin dia kaya...aku itu,aku ini..semua yang
menjatuhkan rasa keyakinan diri.Kesedihan yg begini ini cukup membuat
kita merendah diri.
2.Bila ada negara yg di landa ribut,taufan
spt di China skrg dan spt Tsunami yg pernah berlaku di Acheh beberapa
tahun dulu..ramai yg terkejut,ramai yang bersimpati dan rasa sedih.Itu
kita yg mendengar apatah lagi mangsa ribut itu sendiri,kehilangan
keluarga tersayang,harta benda.Dan diwaktu mereka kesedihan inilah
ramai yg simpati dan merasai kesedihan mereka.Ramai yang menghulurkan
bantuan dari negara luar termasuk Msia.
Sama juga seperti kawan2
kita yang sedang kesedihan kerana putus cinta,kena tipu,kehilangan org
tersayang..kita cuba bantu mereka meredakan kesedihan atau berkongsi
masalah mereka dengan nasihat dan kata2 positif.Inilah contoh
bekerjasama sesama manusia dalam kesedihan.
Sebenarnya,Kesedihan
boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa.Kalau kita fikir dengan baik
dimanakah dan siapakah tempat untuk kita mengadu, kalau bukan kepada
Tuhan Yang Esa.Ketahuilah Dalam masa kesedihan sembahyang dan berdoa
adalah cara yg paling berkesan.Ia membawa hasil yg positif dengan
segera..iaitu dengan merasakan satu kelegaan kerana telah mengadu pada
yang Maha Mendengar,Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Kesedihan
sama juga dengan kegagalan,ia boleh memberi rahmat atau kecelakaan pada
diri kita.Bergantung pada reaksi kita menerimanya samada hendak
membawanya ke arah positif atau negatif.Contohnya, bila cinta putus di
tengah jalan,ia sebenarya membawa seseorang itu ketitik permulaan dalam
hidup.Dimasa inilah kesedihan mempamirkan diri,dan bertindak sebagai
pembimbing kepada jalan kejayaan atau membawa kemusnahan diri.Semua
bergantung pada individu yang mengaitkan dirinya dengan
kesedihan.Tenang jiwa kita tenanglah kita membuat keputusan sebab itu
jangan membuat keputusan dalamkeadaan kita yang tertekan.Pilihan
ditangan kita.
Perasaan Sedih sama juga dengan Emosi Cinta,boleh
membaiki jiwa kita,memberi dorongan untuk terus menghadapi liku-liku
hidup ini dengan tabah dalam dunia yg penuh pancaroba.
Untuk itu,kita mesti tanamkan dalam diri kita,'KESEDIHAN DI TERIMA SEBAGAI SATU FAEDAH BUKANNYA KECELAKAAN'
Utk
kawan2 tersayang,'Dlm kesedihan ada benih kegembiraan,carilah
ia..cambahkan ia,agar esok dapat memunggut faedah kegembiraan darinya
dan detik itu,kita tidak akan membenarkan perkara kecil atau
remeh-temeh menganggu kita lagi..'
*Utk 'M'sekali lagi apa yg kau mahu aku telah aku lakukan disini dan kau sendiri tahu bagaimana aku saat2 begini.
Utk
kawan2 disini sbenarnya sy sendiri dalam kesedihan,hari ini genap
sebulan saya kehilangan seorang kakak kerana luekimia,sehari selepas
itu seorang ibu saudara jua pergi menyahut seruan Illahi,disusuli dgn
kepergian kwn sy(tunang M) dan semalam saya kehilangan seorang ibu
angkat,Namun saya cuba pamirkan keceriaan,gelak ketawa di laman ini
sebagai pengubat/penawar kesedihan ini.U all semua hepi dengan jenaka
saya,saya yg duka turut jd hepi.So,BE HEPIIII.... ;) Hidup mesti diterus kan!
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Perempuan ku
Perempuanku..
Andai bulan kesiangan
ku pasti mimpi mu berpanjangan
mengutip rindu yang bertaburan
satu demi satu di pagar bayangan
Perempuanku..
Ku lihat langkahmu kian bercelaru
di kala gelisah rindu memburu
kau perlu tahu sayangku
bahawa garis hidup kita hanya satu
walau terlalu panjang untuk bertemu
namun ia tetap akan ada disitu
Perempuanku..
jangan kau terus menangisi
pada waktu yang telah pergi
ingat kita punya Illahi
hanya dia yang pasti mengerti
apa yang kau simpan dalam diri
Perempuanku..
jangan biar dirimu sepi
doa ku agar kau kembali
mencorak warna yang kau impi
biar seindah warna pelangi
kerana aku sedia menemani
muga tiada lagi kamar yang sepi
Dedicated to :
- Perempuanku..I Love U All. Coretan khas buat kamu semua.
- Buat Mummy-dont cry..Be strong..Redha dengan ujian Allah ini.
- Utk 'M' -Senyumlah pd diri..bagai hari2 lalu..
- Buat anak buahku 'Balkish n Girl' - Hidup sememangnya begini, satu hari korang pasti mengerti.
- Dan aku?? aku akan terus cuba memahami, menemani, membahagiakan kalian di hayat yg ada ini. .
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Sebatas kejujuran
Berkali-kali aku ingin
menulis tentang ini,tentang perasaanku,tentang cinta ku padamu dan
setiap kali itu jua aku terasa sebak yg teramat sangat.
Coretan ini ku dedikasikan buat my mum 'I love U and hepi bday..'.
Bagaimana untuk nyatakan satu perasaan indah ku buatmu kerana selama
ini aku tak pernah menyuarakannya.Jutaan kemaafan aku mohon dari mu
sekiranya dlm aku meneruskan suara hatiku ini ada yg menyentuh
hatimu,mengembalikan kita pd kisah2 lalu yg rasanya amat melukakan hati
masing2.Apapun niatku bukan menyalahkan dirimu tp menyedarkan aku anak
yg telah menghancur impian mu,mungkin.
Buat pertama kali dlm
hidup ku memberi hadiah hari jadi buatmu,membuatkan kau menitiskan
airmata di KLIA pagi semalam. Terukkan aku?.Sengaja aku menunggu saat
yg begitu kerana aku tak mau,kau membukanya depan aku.Kau kelihatan
tergamam.."Ape ni,sayang.." tanya mu.Aku hanya tunduk tak sanggup
memandang kearah mu."Just for u,sorii lambat kasi.."balas aku.Kau peluk
aku," U make me cry,Beego.." bisikmu di telingaku.Aku rasa bersalah
pulak.. sentimental nya pagi itu.Aku tak peduli pd mata sekeliling yg
memandang,buat pertama kali aku hulurkan saputangan utk mengelap
airmata mu.Seorang perempuan muda melepaskan kesedihan di
bahuku..biarlah kalau org nk kata apa. Look, mummy..u still young
ok.Forever young.. for me!!!
Mummy,hadiah yg ku
berikan pdmu tak ternilai dengan kasihmu.Mungkin itu yg pertama dan
terakhir dariku,mana tahu!!Aku tahu kau akan sedih bila aku kata
begini.Setahun yg lalu kau pernah kehilangan anak perempuan sulung mu
dan terbaru kau kehilangan seorang anak perempuan lg biarpun itu anak
tirimu tp pd aku yg menjaganya di hospital tiada perbezaan kasih
disitu.Dan aku tahu kau jua begitu...disebalik semua dugaan dari Allah
ini,kita sama2 sedar apa erti menghargai kasih syg insan2 yg dekat
dengan kita.Itulah hikmah nya..
Aku mahu kau tau mummy,
bahawa aku sgt2 bersyukur pd Tuhan yg memberikan waktu dan kesempatan
untuk aku menyatakan kasihku pdmu.Benar sungguh,Tuhan itu menyusun
perjalanan kehidupan kita dengan cantik sekali.Inilah hikmah dan rahmat
yg kita perolehi dari kelukaan masa2 lalu..biarpun aku terasa terlambat
namun masih tak terlewat menyatakan suara hatiku pdmu merasai cinta mu
pdku.Indahnya mummy andai dari dulu lagi aku dapat membahagiakan
mu,membalas budi mu yang mengandungkan aku 9bulan 9 hari.. mungkin
antara kau dan aku takkan terpisah jauh kiranya aku tidak menurut kata
hati yg terluka ini.
Mummy,aku tahu kau
terluka dengan tingkah ku dan aku jua terasa dengan sikap tegas mu
tanpa mahu memberi peluang pdku bersuara hingga aku menjauhkan diri
dari mu dari daddy dan semua.Dua tahun ini baru aku cuba dekat dengan
mu,berbaik sangka pdmu dan Allah itu lebih mengetahui niat suci hatiku
ini, diberinya kita sedikit ujian diambilnya org yg kita sayang..dan
kita mula buka mata..buka hati...dan fikiran!Dan mulai menghargai apa
erti kasih syg.
Mummy, 'M' banyak
memberi aku kesedaran juga kawan2 yg lain tentang erti tanggungjwb
seorang anak pd ibubapanya,tentang dosa dan hukuman yg bakal aku
terima.Tetapi sesungguhnya aku telah sedar dan sgt2 insaf..kesukaran yg
aku lalui selama ini adalah hukuman dari Allah buat ku yg derhaka pd
mu,mungkin!
Bila cinta pertama ku
dihalang..diduga dgn pelbagai rasa,aku rasa itu tak adil buatku.Apa
saja yg mummy dan daddy mahukan aku turut.Daddy hantar aku belajar jauh
dari sinipun aku ikut tapi kenapa cintaku pd Shikin di halang??!! aku
kecewa mummy..dan baru saat2 akhir ini aku mendpt jawapannya, itupun
arwah kakak yg memberitahu biarpun tak panjang tp aku mulai
mengerti.Takpe lah..semua dah berlalu,tak perlu di kesal tapi bila aku
ingat2kan apa yg aku dah buat pada mu pada daddy..'Ya Allah! Hanya kau
yg tahu bagaimana kejinya sikap hamba mu ini melukakan hati
ibubapanya..'. maafkan aku mummy.....
Mummy,hari ini kau
tidak lagi bertanya jg mendesak kerana aku tahu itu tidak penting lagi
buatmu walaupun dulu kau malu bila aku tak kawin2.Kawan2 mu asyik
bertanya,ngape ank bujang sorang ni tak kawin2.aku faham kau tiada
alasan nak menjawabnya waktu itu.Kau kata kau malu pd sanak saudara yg
lain but mummy..mulanya memang aku tak kawin sebab aku marah,jiwa aku
memberontak, aku nak kau faham apa yg aku nak,sape yg aku cinta,untuk
siapa cinta ku ini..memang aku turut kata hati,tak pernah sikit pun aku
fikir perasaanmu perasaan daddy.
Sehingga daddy
jatuh sakit gan perangai aku tapi aku sempat bersama daddy selama 5 jam
sebelum daddy meninggal.Daddy sempat pesan kat aku,"Beego,jaga mummy
baik2,u mesti buat baik gan kakak2 yg lain,jaga adik.Daddy tau u frust
but she's your mum,the only one..".Tapi pastu tetap juga aku pergi
jauh..degilnya aku,kan mummy..??!
Tuhan itu lebih
mengerti dengan apa yg diberi.Aku tahu,aku telah membuat kau menangis
lagi mummy.Tapi katamu kau mengerti apa yg aku lalui dan rasai.'Jangan
ada rahsia lagi antara kita..'kata mu td.
Thanks mummy kerana
memahami.Sesungguhnya semua ini membawa erti pada aku, pada kita
sekeluarga.Tuhan lebih mengetahui dengan apa yg aku lalui biarpun
terpaksa memijak duri.Aku terfikir,andainya kini aku sudah punya
isteri,punya anak pasti aku tidak dapat memberi perhatian yg sebegini
padamu,mummy.Apalagi mengorbankan masa utk menjaga 2 orang arwah kakak
di hospital sepanjang hari.Itu lah hikmah di sebalik perjalanan
kita.Benar sungguh kata Allah,'orang yg sabar akan mendapat
kemenangan'Bukan menang dlm kekuatan tetapi menang dlm kebahagian jiwa.
Usia kita makin hari
makin pendek biarpun pd angka nya meningkat,aku tidak tahu sejauh mana
lagi aku mampu bertahan.Biarpun aku kelihatan gagah dan tiada cacat
cela nya di mata orang lain tapi engkau mulai mengerti apa yg aku
tanggung.Biar pun tongkat ini hanya peneman di kala emergency namun aku
rasa seperti aku tidak memerlukannya lagi mummy,kerana engkau telah
memberi aku kekuatan untuk ingin hidup lama lg dan kaulah sandaranku.
Mummy,Andainya Tuhan
memberi pilihan ingin aku hidup seribu tahun lagi bersamamu..memberi
dan menerima kasih suci seorang ibu yg selama ini aku sia-siakan.Kalau
dulu aku amat cemburu pd teman2 ku yg bahagia dengan keluarga mereka
tapi sekarang mereka lebih cemburu melihat keakraban kita.Cemburu
kerana mummy cantik kata mereka..!
Memang bertuah punya
mummy sepertimu,walaupun usiamu baru mencecah ke 59 tapi kau sentiasa
menjaga makan minum mu, kecergasan juga penampilanmu.Tak salah kalau
selama ini ramai yg nak tackle 'Aida Rahim'ku.Aku tahu kau akan senyum
bila aku kata begitu.. but mum,its true..u r so sweet!!
Mummy,Terima kasih
kerana telah melahirkan aku dlm waktu muda mu seusia 22thun.Dgn
serendah-rendahnya diri ini aku memohon ampun maaf darimu kerana telah
melukakn hatimu dan meleraikan impianmu utk menjodohkan aku dgn
seseorang.Ampunkan aku mummy,halalkan air susu yg kau beri sewaktu aku
merah lagi..ampunkan aku yg tak henti menangis menganggu waktu tidurmu
di waktu aku baby dulu. Sesungguhnya aku mengerti syurgaku di tapak
kakimu.I Love u Mum!
Dengan sebatas kejujuran yg ku lontarkan ini aku harap kau mengerti, mummy betapa beretinya dirimu pdku!
Pada teman disini,aku
bukanlah anak yg baik yg boleh di jdkan contoh..Cerita kita
mungkin jauh berbeza.Kalian mungkin lebih bertuah dari aku tapi apapun
anugerah Allah yg memberi kesempatan pd kita utk merasai kasih seorang
ibu itu jgn lah persiakan.Yang baik ambillah jdkan pelajaran,dan yg
buruk jauhkan lah!-iktibar dari luahanku.
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Kepiluan
Ku kumpul titis-titis puisi
dalam perjalanan waktu
meniti batas-batas derita
menyimpul keluh dan resah
dan aku mulai tidak mengerti
kenapa hidup ini perlu bercerita
pada sebuah perjalanan yang panjang..
biarpun di kala bercahaya
masih jua tesungkur dan rebah
dalam rindu yang tak terarah
dikala aku terasa pilu
luka terus menusuk diri
bagai racun yang berbisa
dan...
di kala aku pilu
tanpa ada kepedulian
aku pasti kau takkan datang lagi
menoleh pun tidak pd waktu lalu
kerana kau telah lama pergi
dalam suram malam
meninggalkan aku dalam pilu
yang payah ditafsir
dalam sebuah ceritera
yg ada rindu bernama pilu..
18hb june,2004
'pelangi indah tidak akan pernah kekal..'
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Kuhapuskan air mata
Cerita ini cerita duka yg ada luka..harap2 ada yg mula memahami..muga
kisah lama tidak berulang kembali..
Pagi ini aku ada temujanji gan seorang kawan perempuan.Pagi-pagi
lagi dia dh sms aku,'jadi tak arini..?'.Gan mata yg blurr lagi aku
balas.'ON'.'Kul 12,u tunggu,smpai i kol..'balas dia.
Janji kul 12tengahari tapi,datang ambil aku kul 1pm.Mmm.. biasalah
pompuan.. mungkin make up ke, apa ke, ambil masa lama.aku maafkan!
Terfikir gak aku,makcik kat sebelah ni..(jiran aku la) mesti kata aku
ni lelaki yg jenis spesis buaya gitu..apa taknya pagi semalam pompuan
lain ambil,arini..pompuan lain.!Tapi apa aku perlu kisah..kisah lah
juga sebab makcik tu ada 4 org anak dara.Semuanya keje
pramugari..cantik bro!
"Hai,,kemana?" makcik sebelah tegur.Hmm kan aku dah kata!!
"Jumpa kawan.."balas aku.
Makcik tu pun wat2 angkat jemuran tapi aku rasa dia nak intai pompuan
mana lak gan aku tu..wasangka buruk tul aku ni!!!hehehe.. :shy;Dosa!
Ishh..yg aku citer hal mak cik ni apahal? yg aku nak cerita skrg kat
korang pasal pompuan yg aku dating hari ni.Biar ku sebut sebagai DIA
saja disini.Kenal lama lah juga.Last aku jumpa DIA masa tahlil malam ke
3 arwah kakak aku.Masa tu aku tengok DIA menangis,menangis yg tak
henti-henti,DIA nampak benar2 sedih..walaupun DIA org yg terakhir
sampai but aku hargai kerana DIA drive jauh sorang2 utk kesini.Thanks
pd DIA!
Aku ikut jerr mana DIA nak bawa aku sekarang.
"Apakata kata gi makan kat summit, boleh..?"tanya DIA pd aku.
"Ikut jerr..i lapar ni,belum breakfast, belum lunch.."balas aku.
"Semuanya belum,mandi dah ke belum?" hihihihi..gelak DIA.
Tempat jatuh lagi dikenang,inikan pulak tempat bercinta..gitulah
ibaratnya bila DIA memilih makan kat Black Canyon Coffee 'A drink from
Paradise... available on Earth'hehehe..hafal lagiii!!Lepas ambil
order,kami mula membuka bicara.
"U..u tau tak apa jadi kat i bila i di tinggalkan camni..?" DIA memula bicara.
"I tak nak dengar cakap orang,i nak dengar dari mulut u,apa yg u rasa, apa yg u lalui,cakaplah i sudi dengar" balas aku.
"U tau kan cinta ini di pupuk dari usia i 14 tahun,now im 29yr old,u
know..."DIA mula menangis dan aku tak dapat buat apa kecuali terus cuba
menjadi pendengar yg setia biarpun aku lemah gan airmata wanita di
depan ku ini.
"I suffer dlm cinta ini,but apa yg i dapat..pengorbanan i ada org
lain nampak..?i tak pernah nak citer kat org lain"sambung DIA
tersekat-sekat.
"I derita u know,bila tak jadi bertunang aritu..i sampai terduduk,tak
tau nak kata apa.I ambil keputusan berhenti keje gak on dat time sebab
i dah tak mampu utk terus melangkah dlm hidup ini,i rasa mati lebih
baik.."
"I tak keje dua bulan,makan minum pun apa yg ada..hidup i gelap" DIA
terus meluahkan kekecewaannya.Ada mata yg memandang ke arah meja
kami..sampai budak waiter tu pn dtg tanya," R u ok,Miss?".DIA
mengesat-gesat airmatanya."Hey,im sori,i tak tau sehebat ini penangan
cinta yg u rasai..,i tak tau nak kata apa but u kena fikir
baik-baik,apa punca semua ini" aku pulak bersuara.
"Ye..i tau,hati ibu perlu dijaga,i dah kata..kalau mak u tak suka
takpe, i taknak kerana i pulak,ada yg jd anak derhaka..i nak relation
yg direstui mak bapak,i tak tau mana kekurangan i tapi kalau lah orang
lain or sedara mara u, keluarga u kata i nakkan duit..sorilah!I bukan
camtu,i harap u faham" kata DIA tegas.Aku hanya mengeluh dan masih
setia menjadi pendengar luahan hati gadis di depan ku ini.Orangnya
cantik walaupun kulit tak begitu cerah,mata yg cerah walaupn sekarang
merah,rambut yg ada kaler2 sikit melepasi bahu dengan jeans dan blause
hitam yg dipakai tika ini dia kelihatan sempurna dari segi fizikal pada
aku dengan ketinggiannya dlm 4kaki 8inchi.Berbanding gan ketinggian aku
5' 6", nampak lah dia kecil sikit.
"Well,i cuma dapat kata..u masih ada harapan but u kena sanggup
berkorban,u kena pandai ambil hati org tua terutamanya,u pun tau i ni
camne,i tak pernah dan takkan desak u but u kena fikir..kalau orang yg
kita cinta dan sayang tu berada jauh nanti,u akan ada banyak tanggung
jawab.. u yg jaga anak,u jaga rumah tangga dan u kena jg orang tuanya
kecuali jangan tinggal sebumbung gan mereka" aku lak bersuara.
"Apa lagi yg u nak i korbankan?I dengar cakap2 family u tentang i,i
ni..muka tak malu jerr!!kenduri ke apa function i pergi jugak tolong2,
entahlah..!! i dah cuba.. bukan tak cuba..syurga anak di tapak kaki ibu,
i rasa dah takde harapan..walaupun i cuba lupa tapi tak boleh..bukan
takde orang nak kat i,adaa.. tapi i sajerr tak de hati!Memang..i ada
kawan gan dua tiga orang yg i jumpa kat site,engineer ada,arkitek ada
tapi i yg cakap terus terang kat diorang yg i takde hati..kawan jerr
ok.Sampai ada yg kata i bodoh mengharapkan orang yg tak pasti,pd lelaki
yg tak tau buat keputusan tegas,lelaki yg takut bersuara gan mak ayah
dia.. bodohkan i ni..!!?" soalnya semula pada aku.Airmatanya terus
mengalir lagi dan aku rasa bersalah...!!
Cinta..apa erti cinta pd org yg cinta nya tak kesampaian?
Cinta..apa erti cinta andai ianya di restui? maniskan cinta ini..? Tapi..
Cinta
orang yg kecewa bagaimana?yg ada halangan..jodoh pertemuan, ajal maut
di tangan Tuhan tapi kita mesti berusaha samada mahu beralah atau kalah
sebelum mencuba..biarpun tidak meletakkan harapan yg tinggi tapi aku
amat sedih andai ada yg buat tindakan ikut hati..seperti aku...
-------
Tiba nya saat kita saling bicara
tentang perasaan yg kian menyiksa
tentang rindu yang menggunung
tentang cinta yang tak terungkap..
Adakah kisah lama akan berulang kembali?Aku harap-harap tidak!Cukuplah
dengan apa yg sudah-sudah dulu..aku sudah rasainya derita cinta pertama
yg berkecai bagai kaca yg terhempas kerana halangan dari orang tua.Tapi
adilkah hidup ini..andai cinta yg dulunya berbunga mekar..jadi layu
hilang harum wangiannya kerana ada tangan yg menghancurkannya..?Aku
tiada jawapan...Tuhan lebih mengetahui,dia mengaturkan segalanya jalan
cerita manusia tapi kita tak perlu ada rasa putus asa,berdoalah mohon
yg terbaik. Tuhan itu tidak tidak bersifat kejam,hanya manusia yg kejam
sesama manusia!! Jodoh pertemuan Dia yg tentukan,ajal maut di tangannya
jua!Pasti Ada hikmah di sebalik apa yg di uji,,bersabarlah hati kerna
engkau yg menanggung segala derita ini!!!
"U jangan siksa diri u dengan hal yg kecik-kecik ni..dalam cinta mesti ada give and take,tolak ansur lah.."kata aku pada DIA.
"Kecik u kata...??" DIA seperti marah."U all lelaki memang tak memahami
dan tak mau memahami hati perempuan..,u memang tak tau apa i
rasa.."tambah DIA lg,Lepas geram nampakkk!!!
Aku dah licin makan sepinggan nasi goreng tanpa tinggalkan sebutir nasi
di pinggan bukan kerana lapar tapi itu didikan dari kecil lagi,makanan
mesti habis dlm pinggan,kalau rasa tak habis jgn ambil banyak!Hmm bgus
gak mak aku didik aku camtu,kalau ada anak,aku pun nak didik
camtu!hehehe..kesitu lak aku!blurrr jap..
"Takpe lah..i rasa cinta ini mesti diakhiri,dah tak boleh disambung
lagi.Takpelah i.."belum habis DIA berkata aku hentikan.."No..no,U tak
boleh beri apa2 keputusan waktu u sedang marah,sedih,kecewa begini..
i tak mau emosi mempengaruhi keputusan u,i faham u frust.."tingkah aku.
"U..i tau camne rasa kecewa cinta,i pun kecewa..u ada masa lagi utk
mencuba,ada peluang..jgn u tutup jalan kebahgiaan itu,yg mana u rasa
boleh u capai,yg sukar itulah selalunya ada jalan..insyallah!disamping
usaha kita mesti rajin berdoa.."kata aku pada DIA seakan memujuk.
"But u jangan letakkn harapan terlalu tinggi takut nanti terhempas
berderai..cuma i nak u bagi keputusan dalam keadaan u tenang,tidak di
pengaruhi emosi,k!"kata aku tegas.
"U masih ada masa sampai December so,take your time and dlm masa yg
sama u cuba lah berbaik semula gan mereka,ok?"aku seakan memujuk lak!
" I rasa ok,sikit bila u cakap camni..Thanks so much,U know thats why i love uu.."Balas DIA,baru ada keceriaan sikit.
------
Sampai bila...
harus ku tunggu
sampai bila..
menanggung pilu
sampai bila...
aku menjadi begitu sayu
Tak perlu lagi bertemu
tak perlu lagi bermesra
ku redhai seandainya jodoh kita tiada..
Sampai bila..?aku pun tak tahu.. yg pasti kalau rasa ada jalan ke arah
kebahagiaan,teruskan lah.Jangan berhenti mengharap tapi pasti kan
keputusan yg dibuat itu dgn berani..apa jua dugaan yg datang tempuhi
lah tapi andainya kekekecewaan yg ditakdir kan di akhir episod
cinta..redhai la kerana ada sebab Tuhan tidak mengizinkan kita bersatu.
DIA aku harap kau tabah.Apa yg kau luahkan kerana aku pernah lalui dan
aku pernah tersilap langkah jadi aku tak mahu ini terjadi lagi dlm
keluarga aku..membuat sesuatu tanpa mempedulikan hati org lain tapi
betul gak kata DIA,"Habis tu hati kita sape nk jaga??!!".Tahap kronikk
ni...!
DIA dari kata-kata aku tahu DIA semakin matang,kau pun akui itu.."Dulu
i tak matang lg,nak hepi jerr..i pikir cinta ini takkan ada halangan
sebab i kenal semua family u dan diorang terima i macam keluarga
sendiri, walaupun kekadang..ada gak kata2 yg menghiris but takpe
la..."kata DIA.
Benar kata DIA,lelaki ni..ambil mudah jer dlm hal2 camni."I pompuan
takkan i yg kena ajar lelaki,camne nk lamar i,camne nak bertangungjwb
or mestikah pompuan tu tanya kat kekasih dia, bila nak pinang nii...
hey,pompuan pun ada maruah tau..!" kena lagi..!Tapi takpe lah benda
betull..kan Bro?.
"Kekadang i pelik,kenape lelaki ni tak boleh tegas dlm hal camni, tak
berani nak ckp kat family yg kita dh ambil keputusan nak kawin,bg
diorang fahamm..,lama2 diorg akan mengalah gak but..apa jenis lelaki i
jumpa ni..tak tau la..mcm i lak i yg tergile-gile anak dia.."luah DIA.
Aku masih mendengar dan berfikir apa yg DIA cuba katakan itu..Takde yg
tak betul.."Tapi lelaki ni..diam sebab nak menyelamatkan
keadaan,pompuan kena lah faham..kecoh-kecoh pn tak guna,ambil masa la
sikit" kata aku lak."Masa..? Hey!berape banyak masa i terbuang,i
pompuan tau..bila org tanya bile nak kawin,boyfren dh ada tunggu
apalagi..tp orang tak tau apa yg terjadi,takkan i nak heboh satu
dunia..Cinta i dihalanggg....come on la!"DIA meluahkan kekecewaan
nya.Ye..benar DIA dah matang pandai berkata..Inilah penangan yg positif
bila DIA kecewa.
Lelaki mesti tegas,mesti berani buat keputusan,tau apa yg dia nak..tau
berhujah gan mak ayah tanpa perlu kurang ajar..kalau dia benar-benar
nakkan seseorang.Tapi..dulu aku pun ikutkan hati..silap nya aku tak
bersuara tapi aku bertindak gan perbuatan..walaupun aku tak cederakan
sesiapa tapi ada hati yg pernah terluka..(Sori,mummyy~i love U.. )
Aku harap masa yg DIA ada ini,dia akan fikir panjang samada untuk untuk
teruskan atau sebaliknya.Aku terima apa jua keputusan DIA.. tapi
walaupun akan ada rasa kecewa kalau DIA mengalah,aku tetap akan
meneruskan persahabatan ini kerana antara kami tiada siapa yg bersalah..
Habis siapa yg salah?..Yang salah boyfren DIA...!!!!
Siapa boyfren DIA?..Tu..anak buah aku,Kim..tu lah buah hati DIA!
Kim seorang kapten kapal.Keje dia tak macam kita,masa keje DIA 6bln di
laut 6 bln didarat.Kapten kapal tapi camne nak jd kapten dlm famili
kalau hal camni tak tau nak settle.Ye la..aku cakap senang!Tapi aku
faham sangat situasi ini..Kim mcm aku,tp rasanya dia lebih bagus dari
aku..untung sgt sape dpt suami cam dia.pertama,dia sgt hormat pd org
tua,muka selalu trsenyum tp dlm hati sape tau.Emak Kim kakak aku(satu
bapa emak lain2).Yang aku tau kakak aku tak terima DIA kerana kakak
rasa DIA mcm nak kontrol Kim.Dulu Kim akan mendulukan apa jua kehendak
mak ayahnya tapi bila ada DIA dah lain,masa Kim gan family selalu di
curi oleh DIA.Tapi tu lah aku kata pd my sis..Diorg berdua ni tak macam
pasangan yg lain,hari2 boleh jumpa atau melepaskan rindu by phone.Bila
Kim ada di darat inilah kesempatan yg diorg ada.Kakak kena faham tapi
kakak aku buat2 tak faham.Lagi alasannya,DIA ni seksi sikit, tak tau
nak pakai sopan2..,alahai..kakak,kalau itu citerasa kim..nak wat
camne..lelaki ni ada tastenya,pompuan pun sama ada yg suka lelaki
bermisai cam Datuk K,berjanggut sejemput cam aku or manis cam bro!Ala..
hal kecik-kecik takyah la di besarkan!Tapi sebenarnya aku tau,kakak
bimbang kim dapat isteri yg queen control so,kakak payah nak
control..hehehe..jahatnya aku! (sorry mummy ternakal skit..!)
Kim dah kenalkan DIA dengan family aku lama dah,aku anggap DIA
cam anak buah aku gak.Gilfren or boyfren anak2 buah aku semua boleh
ngam gan aku..nak bawa balik kekasih..tanya aku dulu,tp ada gak tanya
mummy aku dulu.Mummy sporting gan cucu2 tapi gan anak2 wow.. Tuhan jer
tau!(jangan marah,citer betul).dan DIA adalah dgn sahnya gilfren Kim
satu-satunya kerana Kim tak pernah bawa org lain lagi.
Sebelum belayar baru-baru ni,mummy aku tanya pd Kim macamana hubungan
kim dan DIA.Kim akui dia pernah cuba putus gan DIA tapi tak boleh,dia
tak boleh tipu perasaan..Kim silap juga buat keputusan yg tak
kukuh..cam biskut jap ada.. jap takde,jap gini.. jap gitu..tak konfiden
camne Kim jd kapten kapal yerr!!hahaha..kutuk lagi!!
Diorang kawan dari umur 14thn..first love..dan bila Kim kata pd mummy,
"Tu sebab sy belayar..sebab sy bawa diri yg luka tp setiap kali sy
pergi..rindu pd DIA tak pernah padam..tak bolehh!!Cuba tackle pompuan
lain pun tak bolehhh..dah try bukan tak try!"jarang Kim nak ckp camni.
Cam aku gak tak cakap banyak, bezanya..Kim berani cakap gan neneknya tp
gan maknya sndiri bukan tak berani tapi tak nak maknya terluka.
"Apa lagi yg family nak,semua Kim ikut,ni..mama suruh wat rumah,Kim
ikut..tapi bila pasal DIA mama tak boleh tolak ansur"..aku faham
perasaan Kim tapi dia mesti ada pendirian.Apa mummy cakap pd Kim aku
tak tau but im sure..mummy pun belajar dari kesilapan.
Pendekkan citer,aku dapat tahu mummy cakapkan apa yg Kim luahkan pd
kakak aku.Dan aku dapat tahu juga kakak aku dah slow talk gan Kim
sebelum Kim belayar.Kakak aku boleh terima DIA dgn hati yg berat kalau
dah itu jodoh Kim tapi kalau boleh, kakak nak Kim cari orang lain.Buat
Kim lg tertekan pd aku..Dan apa Kim jwb..?"Give me time,balik dari
belayar ni..Kim akan bg jawapan.."jawab Kim dan aku pun harap Kim boleh
beri keputusan yg baik.
Sekarang Kim sedang buat rumah besar,means ada rumah pastu Kim mesti
cari isteri..tapi ada syaratnya, siapa jd bakal isteri Kim mesti
tinggal dengan mak Kim.Sebab Kim buat umah tu ats saranan mak dn arwah
ayah dia pun!Itu yg buat DIA fikir 2,3 kali..!! aku faham
DIA.Sebenarnya DIA pun dh imagine hal ni..Kalau Kim pergi belayar,DIA
punya tggjwb bukan aje jg umahtangga je tp jg mak Kim@kakak aku.
Selagi DIA belum kawin gan Kim,DIA masih kawan aku belum isytihar 'anak buah' dan sebenarnya KIM yg suruh DIA jumpa aku.
Satu rahsia aku pegang,walaupun kakak ada tanya DIA ada contact aku
tak,aku kata tak..maknanya kakak aku ada terfikir tentang DIA.
Ini adalah salah satu masalah cinta timbul kerana family,kalau
fikir2kan kecik nya hal ni but tu la..bila bab nak jaga hati orang
ni..payah!!
'Di Luah mati mak,ditelan mati bapak..'
cam aku ada kata'memang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang
tapi kita boleh puas hati org yg berakal dan boleh berfikir..'
Harap korang tiada salah faham lagiii pd aku..memang susah nak mnjd baik,selalu sgt org salah anggap..
Apapun..Aku tetap Cinta Pada Mu...
HABIS!!Renung2 kan...
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Mungkinkah ku teman biasa?
Maafkan andai nya ku menganggu
Ku bukan membaca fikiran mu
Ku hanya ingin mengenali mu
dan tahu ku menyukai kamu.......
Mungkinkah ku teman biasa
seawalnya kita berjumpa...
(sheila Abdul~Mungkin kah)
Harap-harap,kisah aku kali ini
tidak membuat orang menangis lagi. Awal-awal pagi tadi lagi aku dah
dijemput oleh M utk menemaninya menziarahi pusara arwah tunangnya
Azli(bukan nama betul).Kebetulan, aku pakai baju warna hijau muda dan M
pun baju kurung warna yg sama. Apa tandanya tu..?!!!.
"Aikkk..sama kaler nampak.." senyum M pd aku.Aku gelak jer..
" Dah jodoh.."kata aku.M pun gelak.Hepi nya....!!
Aku tengok M dah back to normal,Alhamdulillah! lagipn masa kat kubur
tadi kami msg2 tumpu pd bacaan yasin masing2..kalau dia menangis pun
aku tak nampak kerana dia pakai spec.
Lepas gi kubur,kami pergi breakfast.Kat mana lagi kalau bukan kedai mamak.
"U ni tak tidur ke..?" tanya M pd aku.
"Pasal..?"tanya aku balik.
"Mata dah macam org bela antu..merah!!" dia kenakan aku.
Hahaha..kami sama-sama gelak.M betul-betul buat mood aku bertukar dari kesan tsunami 'sebatas kejujuran' ke lawak komedi nya.
Habis makan,M hantar aku balik.
"Tak masuk dulu..?"pelawa aku.
"Taknak nanti gifren u marah.."balas M.
"Gilfren?..sape..?" tanya aku balik.
"Mummy u lahhh..hahaha.." M gelakkan aku.Aku pn tergelak sama.
"C U tonite..ekkk" sambil bye bye kat aku.
Hepi sungguh rasanya bila ada dengan M,harap2 dia pun hepi mcm aku.
M dah naik title menjadi 'Teman tapi mesra' aku.Tu..dia yg letakkan
bukan aku.Aku masih ingat lagi macam mana aku jumpa dengan M.Bila dia
senyum pada aku kat dlm flight,macam yg aku cerita dlm kisah aku
'Mungkir Bahagia'dulu.
Aku rasa M pun masih ingat camne dia tegur aku,biarpun dia tu kekadang
lupa sebab dia sgt sibuk,maklumlah 'celebrity' Oooopsss...!!Dun wori
M,i takkan dedahkan sape u!Biarlah rahsia..hahaha
dan aku harap tak ada yg akan bertanya pd aku siapa M,ok!
Masa kat Amsterdam,flight kami sama2 delay untuk ke destinasi seterus
nya.Ada 5 jam lagi..waktu tu pagi,ramai yg gi breakfast so aku pun sama.
Sampaikan satu cafe tu,aku cari tempat nak duduk tapi dh penuh.
walaupun kerusi belum penuh diduduki tp setiap meja dh ada org,
termasuk yg kat tepi aku ni.
"Hey,come sit here,join me.." pelawa pompuan yg senyum kat aku dlm flight tadi.
"TQ.." balas aku.Aku pun terus duduk.
Dia senyum kat aku lagi.Lupa aku pd kisah duka sebelum ini dgn langkah
baru ku ini,berjumpa orang baru.Tuhan itu Maha Kaya!Dan dengan izin Nya
jua disini di bumi asing,ditemukan aku dengan M.
"U ni..Mxxxxxx kan?,selebriti yg hos program ........,suka
aktiviti...., model produk .......,duta......I tabik la pompuan mcm
u,berani dan lasak!"aku mula teruja berkat-kata.
" Wow..tak sangka,kat sini pun ada orang kenal i.." jawab M trsenyum.
Pendekkan citer kami pun sembang2 la,kebetulan M satu universiti gan
anak buah aku kat overseas dulu..so,lagi banyak la citer.Last sekali
aku bg satu buku untuk M sign cam autograf la..bukan senang nak
jumpa org famous camni!
Kat UK,masa tu winter gan macam2 dugaan yg aku terima disana aku
pasrah.Banyak masa terluang dan aku benar2 ambil peluang ini untuk
beramal ibadat lagipun bulan puasa dah tiba.Hobi aku memang
mmbaca selain menulis dan melukis.Aku memang plan nak ambil
kesempatan gan masa yg ada utk menulis.Setiap pagi aku mnghadap
PC..Firstly,baca online News dr newspaper Msia.Satu pagi tu..aku
ternampak gambar M, rupanya dia menjd penulis tetamu kat paper tu.Satu
persatu topik yg M tulis aku baca dan kesemuanya hampir sama dengan
masalah yg aku sedang hadapi.Dan setiap topik tu..aku bg komen kat M
melalui email. Aku letak nama samaran jerr!Hingga lah pd satu hari,aku
buka email dan M membalas email aku.
-------
Email pertama yg diterima,pendek jerr tapi memberi makna.Kata2 yg aku
ingat sampai kini...'Kuatkan hati dlm apa jua kesedihan yg u lalui dgn
memikirkan kesusahan org lain adalah lebih teruk dari kita'.Dan kadang2
ada email dari M yg buat aku nak tergelak. Namun,setiap email yg dia
balas banyak nasihat yg buat aku mula membuka fikiran kepada kesilapan
yg aku lakukan.
Bila M bagi aku phone no.dia,walaupun aku tak pernah minta,Pada aku itu menunjukkan keikhlasan M utk berkawan dengan aku!!
Pendekkan cerita,aku jumpa M masa dia ada function kat Alamanda.
Terkejut dia tengok aku..!Orang yg dia pernah jumpa dan dari situ kami
berkawan.Nak kata selalu jumpa tak juga,Sms tu..sekali seminggu pun tak
tapi adalah,itu pun just tanya kabar 'Hw r u?,Fine,Tq,Tk cr..' takat
tu..jerr!caring..!!Selalunya aku yg send sms dulu,tu pun dah subuh baru
M jawab.
Seriously,aku suka berkawan dengan M.Dia ada ciri-ciri sebagai kawan yg
baik.Bila,aku ada problem dia buat aku gelak dan selalu ajar aku camne
nak jd anak yg baik,ubahkan pemikiran yg negatif,motivasi tu dh keje
dia tu!Seronok berkawan dgn org camni jenis 'Hepi go lucky'.Aku rasa
mana-mana lelaki pun senang gan pompuan mcm ni,cantik tu mamng lah,tak
sensitif,berdikari dah tu pandai wat kelakar,buat org hepi.,manja tu
taklah keterlaluan dan Yang best,M suka dengar lagu,sekali tu aku naik
keta M,dia asyik pasang lagu..'Aku adalah lelaki,yg tak pernah lelah
mencari wanita ku..'ntah berpuluh kali di ulang-ulang,sampai liriknya
aku boleh hafal.."Heii Beego,ni lagu u.."than dia gelakkan aku.Macam2
lagu dia beri kat aku..termasuk 'kekasih gelap ku'..tapi aku tak ambil
serius sebab aku tau itu utk suka2jerr..dan paling aku nak gelak bila
dia kata lagu,'Mahluk Tuhan paling seksi'tu pun utk aku.Dan nak tau
kenapa di awal tulisan ni..aku letak lagu sheila Abdul?sebab itu lagu
favourite M..!!!Kalau berkaraoke,ni..lagu wajib dia!Dulu aku sekadar
dengar tapi akhir2 ni..aku pun hari2 mesti dengar lagu ini,menemani aku
sepanjang masa ku menulis cerita ini.Kalau ada yg salah sangka tu bukan
salah aku...dan kalau ada feeling antara aku gan M,setakat tu
jerr..semua under control.Yg lain tu..gossip
( Kalau M baca mesti dia gelak~sori ekk)
Yang membezakan aku dengan M ialah dunia kami yg berbeza.Dunia M lain
dan aku lain.Kerjayanya membataskan segalanya biarpun dia juga seperti
kita adakala ketawa tapi dlm hati dia je tau!Aku hormati kerjaya yg M
lakukan namun aku akui..aku rasa tak mampu utk hidup dlm dunia
begitu.Seronok ada peminat,dikenali,glamour..indah tapi menyekatkan
kebebasan!
---------
Sebenarnya,aku pun rasa ada sekatan masa menulis cerita ni..walaupun,
masa jumpa M tadi dia ada kata,'I nak tengok camne u tulis tentang u
gan i,mesti u payah nak buat org faham'.Benar kata M..sebab aku takut
org salah faham tapi takpe lah..aku cuba kerana aku bukan nak cerita
tentang seorang selebriti tapi tentang seorang kawan,tentang'Teman tapi
mesra..,tentang mahluk Tuhan Paling seksi..,tentang Naluri
lelaki..,tentang lelaki ini..' Dan samada mungkin kah aku teman biasa
atau teman luarbiasa, aku rasa dh ada jawapannya begitu jua M.Apapun
kami bahagia bersama sebagai kawan.. dan persoalan...
Mungkin bila tiba saatnya
kita akan tetap bersama
mungkin kah kita jatuh cinta
Mungkin kah.....
Hanya Tuhan yg tahu...
Dan diatas sebab-sebab tertentu aku terpaksa berhenti stop citer ni.Nanti aku sambung di lain title,insyallah.Soriiiii
------
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Itu hanya salah faham
Cerita ini,cerita
lama tapi bile ingat balik aku geram, marah ada rasa bodoh pun ada. Ini
cerita tentang Jee(pompuan lagi). Dia kawan aku masa dulu..la ni tak
kawan dah..bukan gaduh bukan ape..tapi demi kebahagiaan dia,huhhhh!!!!
Aku malas nak citer camne aku kenal Jee tapi aku nak citer pasal Jee
semasa bersama aku. Haaahaaa..nie bukan citer kecoh-kecoh cam kat 'Love-Hate' tu...tapi agaknya lebih kurang kut tp bezanya ini citer org bujang yang tu citer orang dah kawin...! Tapi boleh gak nak wat perbandingan..jadikan sempadan!
Jee
seorang anak gadis(mude la) yg cute, keje sekateri, ada keta, duk gan
mak, ayah takde dah..mak dia jual kueh,sebab kueh maknya yang sedap
la..aku jadi baik dan kenal gan Jee.Dari dok puji-puji selalu gak dapat
makan free!
Lepas keje aku kerap keluar gan Jee,makan2 kat tepi
pantai ke,tepi lombong ke..ada gak sekali-sekali makan kat kelab bile
dia teman aku main golf. Jee ada seorang kawan baik,sahabat la katakan
namanya Arman. Bersahabat baik gan Arman yang dah kawin,tinggal kat
JB.Jee gan Arman ni suka chatting,balas-balas email,berkenalan dlm
flight rasanya pastu terus gud fren la!
Aku jeles ke? Oooo
tak..!!tapi aku keliru dan rasa tak suka nak tau kenape..sebab Jee
bersahabat dengan orang dah kawin. Salah ke? Ooooo tak....!! tapi aku
yang tak sedap ati...!!nyampah!!!(Jee yg selalu kata kat aku ayat
ni..hehehe..).
Satu
hari, Jee kenalkan Arman pada aku.Masa tu Arman ada keje kat sini so
kami pun lunch sama-3 orang (aku, dia-Arman dan kamu-Jee). Arman tahu
aku ni hanya kawan biasa jerr pada Jee(tentu Jee dah bagitau kat
sahabat baik nye..).Masa makan aku tak cakap banyak tapi aku tengok Jee
biasa la ngan gelak-gelak lucu nya but Arman melayan Jee masa makan
macam permaisuri...siap ceduk kan kuah,lauk dan segalanya...tercabar ke
Beego?
tak sikit pun takk! Dah makan... dah abis
borak-borak.Time to go..! Bye..bye Arman! Eh..eh..ada hadiah dari Arman
untuk Jee la..suke nya Jee. Marah ke Beego? tak..tak marah....!!
Lepas hantar Arman kat airport,aku mula tembak Jee!
"Wah..wah..tu bukan sahabat dah tu..'teman dah mesra' tu.." kata aku pada Jee.
"Jeles keee..?"jawab Jee yang memandu dan gelak-gelak sampai nak rak tu!
"Takde makne nak jeles kat u.. but u rasa kalau isteri Arman ada tadi,adakah Arman akan layan u camtu?" aku tembak lagi.
"Hey..nak mampussss!!" gelak Jee lagi.
"Arman gan i takde apa-apa la,cam u gan i but i kenal Arman before dia kawin lagi,so..wife dia takleh jelessss.."jelas Jee.
"U kenal wife dia ke.. or ada pernah jumpa?" aku mula nyibuk hal orang.
"Tak kenal,dia kawin pun i tak pergi..tapi pernah i kol Arman, wife dia yang angkat.."jawab Jee.
"Laaaa..kata sahabat baik,why tak pergi?" soal aku lagi.
"Sedih la..kawan baik aku kawin!.."jawab Jee selamba.
Aku masih tak puas hati!
"Why Arman tak nak kenal kan u gan wife dia haa..?" aku mula mempersoal kan hubungan mereka.
"Ada gak i tanya Arman but Arman cakap wife dia jeles so tak berani nak kenalkan.."Jee jawab selamba jer.
"Kan i dah kata,u kawan gan suami dia..berbeza jantina u know..! cam-cam dia pikir.." kata aku lagi.
"Kalau
betul-betul u gan Arman gud fren..u kena kenalkan diri u,jujur n ikhlas
kena berbaik gan isteri dia lebih dari Arman lakkk..means dua-dua u
baik,k!"aku bagi pendapat.
"Aahhhh malas la..nak pikir hal niii.."jawab Jee.
So,korang
pikir tak camne? Bagi aku tak salah bersahabat/brkawan baik gan sesape
pun yg boleh memahami dan sekepala gan kita,tapi kalau tak nak ada
salah faham dn tak nak ada masalah timbul,nape tak berani nak jumpa.
Hey..ingat hati orang sebelah kita pun mesti dijaga!
Ini
ada lagi satu hal!Salah faham lagi..tapi aku yang salah atau jee yang
salah atau DIA-boyfren Jee yang salah aku tak tau..nanti korang
fikirlah..!!
Aku nie memang style caring la jugak camtu
gak Jee.sekepala yg kadang-kadang depan orang cam gaduh tapi baik
pulak!Jee,suke bersms..pagi2 aku nak masuk keje,dia akan wish aku..'Gud
mrning,keje rajin2 dapat gaji jgn lupa belanja aaa..,Beego petang ni
teh tarikkk,ok!,hey botak..miss u,jumpa HOD meeting..'Hari-hari dia
anta caya la!!..
Aku lagi lah melayan..ye la sekepala!!tapi setiap
sms aku mesti ada tulis 'Tk Cr'-Ini kemestian!!tapi ada yang salah
faham dgn 'Tk Cr'aku ni...! sape salah faham?nanti aku citer..aku dah
lambat solat subuh!!!Ya..ampun!!
Nie citer Aku,Dia dan kamu gak(Aku,Dia-Jee,Kamu-Ajil)..sape
Ajil..boyfren Jee la.Masa aku kenal Jee,budakAjil ni memang ujud di
sekeliling kitorang tapi tak tau la dia ni syok kat Jee dan Jee lak tak
pernah citer so bukan salah aku.Habis salah sape...?salah Jeee
hahaha...!
Satu hari
tu,aku pegi cafe(kat tempat keje)..mamat yang nama Ajil pun ada,tapi
betul la aku cakap..masa tu aku tak tau yang Ajil ni syok kat
Jee,,Sumpah!kebetulan aku kol Jee..cakap bukan main selamba
blah..blah..blah.. huhha..huhha.. gelak.Ada satu tika baru aku perasan
mamat Ajil ni pasang telinga..
"Weiii..Jee,gi pasar malam nak?" aku ajak Jee.
"Takleh line tak clear malam ni.."jawab Jee gan suara cerianya.
"Weiii..bile lak ada line-line ni...?" aku pun gelak.
Pastu apa nak jadi???!! suspens jerr..!!aku kuar dari cafe.Tetiba telefon kat meja aku berdering..'in house kol' !
"Hello.."aku jawab.
Tuttttttttttt...talian putus.Apa kes ni..aku tertanya?!
Jam
dah kul 8mlm.Baik aku balik mandi-mandi than hati terasa nak ke pasar
malam..Oklah!Set! Sampai jerr kat bilik ada sampul surat kat lantai
pintu masuk bilik aku.Hmmm secret admirer..mana lak lagi? Nak tau apa
tulis kat situ..gan marker pen lgiii..cam marah jerr..warning kut..!
JANGAN GANGGU KEBAHAGIAAN ORANG LAIN
KALAU ANDA NAK BAHAGIA!!
WOWWW!!
apa ni??!biul jap memikirnya.sape ganggu sape!!! sampai mandi pun aku
duk pikio! Takpelah..lepas sembahyang aku berdoa pada Tuhan,tunjukkan
aku apa yg terbelit ini sebab aku rasa aku tak ganggu orang lain dan
tak nak ganggu orang,apalagi lukakan hati orang.Amin! pas
solat,siap-siap dah encemmm wangi aku ajak member bilik sebelah join
aku gi pasar malam.Sebelum tumaku tunjuk warning letter yg aku terima
kat member aku 2 orang tu.Terbeliak mata diorang membacanya..! Tapi
diorang kata kat aku ni..mesti kes ada kena gan Jee! Ye..ke?!!
Di pasar malam,tengah dok pilih-pilih makanan,member aku Jaapor cuit aku!
"Tu..tengok sape tu...?"sambil tunjuk kat aku satu couple yg hepi jerr.
Ya Tuhan..ya ampun..Ajil gan Jeee!!Biol betulll...?!! Terkejut aku...mmmTuhan dah tunjuk sekejap jerr kat aku!
Aku
gan Jaapor dan Zack wat jahat malam tu..kami skodeng n follow Jee and
Ajil.Naktau mana pasangan tu pegi? Lepas beli-beli makanan,diorang
lepak tepi pantai..makan2.apa diorang cakap tak tau tapi..gelak2 hepi
nya!
Nak tahu perasaan aku?Terkejutttt..than kecewa sikit
sebab aku taktau hubungan mereka ini.Yang member aku dua orang ni..cam
orang lain gak salah faham yg aku gan Jee ni couple.Memang aku tau
gossip aku gan Jee ber maharajalela kat opis tapi aku watde..ye la
benda tak tul watpe layan!
"Sabar Beego,sok kita tangkap Ajil,suh dia ngaku..surat tu..dia yg anta-confirm dia!"kata Zack.
"Aahhh..lantak la,Jee tak kata apa2..aku nak kata ape?"jawab aku.
Malam tu..aku takleh lelap tetiba..SMS masuk.'Gudnite,tgh brjiwang lagi ke?'SMS dari Jee.Aku tak jawab.
Sok
pagi nya,aku plan gan Jaapor.Jee SMS cam biasa pagi tu,aku tak
jawab!Jee kol handset aku pun 5-6 kali aku tak jawab.Merajukkk ke
Beego? Tak merajukkkk ..ego kut!hahaha Telefon kat meja berdering..aku
tak jawab tapi line terus HR yg angkat.Sape HR tu..Jaapor la...
"Hello..Jee,Beego
takde malam tadi dia eksiden..masuk spital,kalau nak tengok dia mai la
ofis sekarang,leh gi gan i sekarang.."aku dengar Jaapor
jawab.Hehehhe..ngenakan Jee pepagi lagii.
"Hey,Beego..dia nangis kau
tau..,see tu tanda dia sayang kau tau!"jelas Jaapor cam serba salah.
Aku pun tapi aku nak tau reaksi Jee jerrr!jahatnya lelaki2 kat sini...
Tup!tetiba
pintu ofis dibuka.Jee pandang aku.Aku pandang Jee.Jaapor pandang aku
dan Jee.2-3orang kat ofis gelak kan aku..mungkin Jee gak.Muka Jee
masam..marah lah kena tipu!Dia terus kuar..aku dan Jaapor tengok jer!
Apa nak kata??!!Kejar Jee..minta maaf? ahhhh..awal lagi biarlah!!biar
Jee tenang dulu
Dalam aku tak tau tu..si Zack rupenya dah pi
cekup si Ajil.Minta aku datang kat belakang cafe.Ishhh..macam nak
numbuk orang jerr!Tapi aku tak pegi..lantak ko lah Ajil nak marah ke
ape ke..!Bukan aku yg salah kau yg cemburu bute!!! .Zack gan Jaapor
settle Ajil..aku taktau apa diorang kata.malas pikio!
Aku balik bilik awal arini.Sampai kat area lobi,aku nampak Jee.Aku wat tak tau...!Jee kejar aku..
"Hey,Beego..why u wat camni..hepi ye buat i camni..?sedih tau!"kata Jee.
"Ye ke..u je sedih ntah-ntah ada orang lagi sedih.." spontan aku jawab.
"U cakap apa ni..tak faham la!"tanya Jee.
"Jom kuar gi minum-minum.."ajak Jee.
"No thanx.." aku menolak.Ehh..ehh ngape aku jual mahal ni.cam beremosi sayuuu jerr petang ni.
"Ngape ni beego,i ada salah kat u ke.."tanya Jee laii.
"Jom i anta u kat keta smbil tu kita cakap" kata aku pada Jee.
Nak
tau apa jadi?Sedang aku jalan gan Jee tu..aku nampak Ajil kat pintu
department dia-Kitchen.Ajil tu Cheff!! Aku serba salah..tapi aku kena
gak terus terang gan Jee..
"I tau between us takde apa-apa yg special but kalau u ada kawan yg special better u tell me"itu je aku kata.
Jee cam blurrrr jap.."Apa maksud u..?"tanya Jee lak.
"Ye la..kalau dh ada boyfren bagitau la..taklah i ni cam kacau u jerrr.."nada aku tegas..serius la,cam drama la pulokkk!!
Jee
pandang aku,than di gelak hahaha..cam kelakar sangat aku cakap.Siap
pukul-pukul aku lagi...Aku tahu ada mata tengah mengintai tu.Agaknya
hati Ajil mengelegak tengok aku gan Jee begitu.
"Jom la..gi minum,i belanja walaupun i di tipu.." ajak Jee lagi.
"Jom..."
tau sebab apa aku tukar fikiran,sebab aku nak bagi mamat Ajil tu
tengokk..sape aku..haha.. bile lak aku jadi jahat gini...!
Sampai
kat kedai minum,aku diam jerr tak banyak cakap.Tapi aku rasa Jee mesti
tau kenape aku begini..pasal aku skodeng dia than pasal Warning letter
tu..Tapi sometimes aku rasa tak perlu cakap,lantak la aku gan Jee kan
ada apa2..kawan jerrr..orang je salah faham.Aku tak pernah cakap kat
Jee..'I Love U',Jee pun tak pernah!Jiwang jauh sekali..bertekak tu
selalu,ketawa bersama tu..pasti!Orang tengok hepi couple..memang hepi
pun! So,kenape gan hal-hal camni aku mesti bermasam muka gan
Jee,lukakan hati Jee.Tul gak tu...aku mula berfikir!! :
Tetiba
tau apa jadi? Si Mamat Ajil muncul kat depan kitorang gan muka yang
merah menyala.. Aku terkejut gak..apalagi Jee. lagi la terkejut beso..!!
"Hey,watpe sini..?"tanya Jee pada Mamat tu..
"Awak diam,saya nak settle gan Mr.Bee nii..." wah..kasar nye bahasa Mamat ni kat gilfren nye.
"Saya nak cakap gan dia nihhh.."sambil tangan si Ajil tu menunjuk-nunjuk kat aku.
Geramnya
aku..tapi aku sabo..aku baca ayat kursi dan al ikhlas dlm ati tp tak
tau la pulak kut mulut aku pun turut kumat-kamit...!sebab Ajil perasan
gan apa aku buat.
"Hey,jangan nak tunjuk alim la.."Si Ajil marah kat aku. Aku tak kata apa..diam masih boleh sabo!
"Apa
ni Ajil.,?" tanya Jee marah pada Ajil. Aku bangun terus nak
blahhhh...bukan kerna takut tapi aku rasa takde faedah nak gaduh pasal
ni..tak berbaloiii, kerana pompuan yang sah-sah bukan gilfren aku,Mamat
ni nak bermusuh gan aku!Biar Jee yang settle!!
Tension tul!!!Buang karan! (Aku balik jalan kaki..sib tak jauh...)
Lebih
kurang setengah jam camtu,bilik aku di ketuk.Aku bukak walaupun rasa
malas nak bangun.Tengok-tengok Jee yang datang.Aku malas nak bertengkar
gan Jee.Aku terus baring wat-wat tido atas katil.
"Beego,im soriii,sorriiii ye..sorrriiii.."banyak kali Jee cakap.
"Pasal u lak cakap soriii..bukan mamat tu.."aku lak jawab,sengaja nak memanjangkan citer.Hishhhh...!
" I yang salah,tak cakap u hal ni.."kata Jee.
"Dah lah Jee,i takmo tau semua tu..i want to be alone at this moment.."kata aku.
"I harap u maafkan i, kite masih kawan kan??.."desak Jee lagi.
"Ye la..dah la tu Jee,i nak tido..or u nak temankan i tido ni...?"aku wat lawak lakkk!
"Nyampahhhhh..."marah Jee pada aku dan sempat cubit lengan aku.
Aduhhhhhhh..!! Tuhan je tau sengatan berbisa tu!Padan muka aku usik anak dara orang!
Aku terus tertidur dengan alunan bunyi ombak yg menemani aku diluar sana.Zzzzzzzz
Aku tersedar bila phone di bilik berbunyi..tengok jam baru kul 9malam.
Aku angkat phone dan dengar suara Jee.."Bee,malam ni kita jumpa kat kedai depan tu kul 10pm,ok?"
"Apehal lak nak jumpa lagiii?" aku tanya pulak.
"Datang la,Ajil nak jumpa u,mungkin nak minta maaf..Please,Bee..." Jee seperti merayu.
"Ok lah C U,Tk Cr.."jawab aku ringkas.
Aku
cakap Jaapor and Zack pasal apa yg terjadi petang tadi dan malam ni aku
nak jumpa Ajil.Sibuk la dua orang tu nak ikut..aku no hal!Moh kite...!!
Tepat jam 10pm aku n the geng sampai ke tempat yg dijanji, Jee
dah ada gan Ajil.Aku senyum kat Jee cam biasa,dan sempat lagi tunjuk
lengan aku yg putih kemerahan dah bertukar biru, lebam kena cubit td
tu!Jee gelakk.."Padan muke.."sempat lagi dia kutuk aku.
Sengaja
aku pilih kerusi depan Jee.Aku tengok muka Ajil dah lain..diam tak kata
apa.Hulur tangan nak salam pun tak.Si jaapor dan Zack sibuk gan rokok
diorang.
"Jee,pehal u nak jumpa i.."aku yang mula kan topik.
"Saja,takkan takleh jumpa..kitakan kawan"selamba je Jee jwab bukannya nak kata ni agenda boyfren nya.
"Hey,kawan
aku yang nak jumpe ko.."tetiba mamat Ajil tu bersuara..kasarnya dia
nampak cam lembut. Muka Jee lain,aku pun..sebab rasanya aku tak cakap
kasar gan sesiapa.
"Aku tau ko selalu sama gan Jee,so sekarang aku
nak Jee pilih ko atau aku,biar Jaapor gan Zack jadi saksi dah kebetulan
kau bawa dua lahabau ni.."!!Woww..bahasa mamat ni memang dah
merendahkan martabat dia sendiri.
Tak kisah lah dia nak 'ber aku..engkau' kat luar gan kitorang..Tapi kalau kat tempat keje..siap ko!!
Jee betul-betul cam malu gan lagak mamat ni..
"Apa awak ni Ajil..tadi kata nak cool,saya pun dah explain kat awak kan yg saya gan Mr.Bee takde apa-apa?" jelas Jee cam marah.
"Takpe
lah,Jee..I rasa takde apa nak cakap pun kalau u dah cakap but orang tak
faham,kalau i cakap pun sampai esok ke..orang tak nak faham2 dia takkan
faham selamanya,k!"Aku balas begitu je!
"I blah luuuu..be cool ya..and Take Care Sis"kata aku dan bangun.Jee cam kecewa.
Tetiba
Ajil pun bangun dan mencelah.."Hey,satu lagi aku tak suke kau..apa2 ko
mesti tulis SMS 'Take care' Or cakap 'Take care' kat Jee.Apasal..ko
takut aku wat jahat gan Jee?" marahnya Ajil kat aku.
Aku tengok
Jee,ni pasti Jee yg bagi dia baca SMS aku atau mamat ni terbaca
curi-curi..!lantak la..Hahaha..aku nak gelak pun ada 'apa kes lak
ni..?'tertanya aku dlm ati.Kes 'Take Care'..ishhh..malunya aku kalau
jadi Jee dapat boyfren tolol cam ni!Alamak ngutuk la pulakkk..soriii!
Aku pandang Jee,Jee pandang aku..aku angkat kening dan geleng kepala.
Malas
nak cakap banyak..aku ambil Warning letter yg aku terima tu..aku letak
depan Jee.Than aku,jaapor and Zack blahhhh!!Muka jee betul-betul muke
terkejut... Pastu apa jadi..?hahaha..malas dah nak citer tapi kalau nak
tau Jee kawin gak gan Mamat Ajil ni. Dah Jodoh..Amin!
Aku tak
pergi.Pasal ape tak pergi kata kawan baik..? Sebab tak nak kerana aku
mamat Ajil tu naik angin kat pelamin!hahaha..!! Silat gayong lak aku
gan dia kat depan pelamin,dia ada keris..aku ape ade..? hahahaha....
Aku
gan Jee lama dah tak contact,dengar citer dah bertukar tempat keje dan
ada anak sorang.Tapi ada citer tak sedap didengar sekarang ni..mamat
Ajil ni tergile kan pompuan lain!! Ooops Soriii la Jee,kalau ko terbaca
citer ni...Aku tak dapat tolong apa2 walaupun aku masih bujang trang
tang-tang lagi!
Apa aku buat ni demi kebahgiaan kau
jua..pengajaran kat aku; memang aku seboleh-boleh elak berkawan gan
orang yg dah berpunya apalagi isteri orang! Nanti akan timbul salah
faham..dan..tapi tak salah jugak kalau nak kawan tapi jujur takde
tipu-tipu haaa..
'Biar aku undur diri demi dia dan kamu...'
(Aku,Dia dan kamu)
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Biarkan aku menangis
Bagaimana dapat
aku katakan,dapat ku luahkan.pada cinta ku yg pergi..benarlah 'hanya
kuasa Tuhan dapat memisahkan..' Cinta pertama yang memberi kesan hingga
sekarang..Entahlah,aku pun tak tahu bagaimana setabah ini dapat ku
lalui ini,bagaimana lelah dan luka nya aku menahan pedih luka cinta
pertamaku ini.
Syikin,
andainya kau mendengar..
andainya ada kau disisi ku..
saat ini..
apalagi yang ku mahu?
kalau bukan cinta mu
dan
aku tak mungkin sebegini
bila kau pergi
tinggalkan aku sendiri
dalam dunia sepi
hatiku yg telah kau bawa pergi
untuk terus sama bersemadi
Cinta
pertamaku adalah pada usiaku 16 tahun.Cinta pada seorang gadis yang
bukan aku cintai mulanya,tapi cinta pada dia yang sangat-sangat
membenci aku.Walaupun sudah hampir 22 tahun kisah ini berlalu namun ia
takkan pudar.
Gadis yang mulanya membenci aku itulah Syikin.Aku pun taktau pasal apa dia benci aku..
aura
aku kabur kut masa tu..hehehe..Tapi aku masih ingat,tiap kali aku
parking basikal sebelah basikal dia,dia mula masam muka dan apa aku
kata pada dia,"Ko ingat ini tanah bapak ko yang punye..?"hahaha..egonya
aku!"Mentang2 bapak dia CPO kat bandar ni..ingat aku takut.."hahaha...
kawan2 aku pun gelak,aku pun lagilah suka ati..lagi Syikin marah lagi
aku suke hahaha..nakalnya aku.Banyak kenangan aku di sekolah dengan
Syikin tapi biarlah aku .simpan dulu dalam diri.
Sebulan sebelum SPM,itulah kenangan cinta berputik.Tingkatan lima,aku lah Ketua Pengawas (ada power..hahaha)
dan
Penolong aku dialah Syikin!Aku rasa cam cikgu2 nak ngenakan aku
lak!Cikgu pun tahu cinta kami..tu lah,betul..gara-gara
benci,marah-marah boleh sayang.Aku masih ingat bila cikgu Azmi kata kat
aku,"Mohd Hxxxxx,awak ni selalu marah-marah dengan Nurul Asyikin
pasal,awak suke dia? " hahaha...satu kelas gelakkan aku dan Syikin pun
aku tengok gelak sama.Aku wat muka selamba...dan aku pun jawab
selamba," Ntah la cikgu, jodoh belum nampak,.."hahahaha..satu kelas
bagai nak runtuh bangunan gelak!Dari mana idea tu datang ntah..!Dari
situ kawan-kawan dah mula gelak-gelakkan aku dan Syikin.Ustaz lak,kalau
wat lawak aku jugak jadi bahannya contohnya,"Kita ni kalau nak cari
teman,cermin dulu muka tu,,pakai minyak rambut,bagi kilat cam Mohd
Hxxxxx tu,perfume jangan lupa.. ye tak Mohd Hxxxxx?jangan jeles,dia
ramai peminat sebab dia wangiiii...biaqpun orang tak tau dia tak
mandi,betul tak Nurul Asyikin?" hahaha..aku pun tergelak apalagi kawan2
sekelas!Kenangan.. itulah kenangan.
Habis SPM,aku mesti balik KB
tinggal dengan Mummy dan Daddy,itu satu perintah yang tak boleh di bagi
alasan. Disini,di daerah aku belajar ini aku tinggal dengan atuk dan
nenek.Nak dijadikan cerita,habis je SPM akujatuh sakit...sakit
kayap!Tuhan je tau betapa sakit yang amat sangat tu..lebih sakit dari
segala nya.Dugaan Allah!
Lebih kurang dua minggu terlantar kat
katil,satu hari tu kawan2 aku datang melawat aku termasuk Syikin.Dan
hari itulah pertama kalinya aku terima surat cinta dari Syikin yang aku
simpan sampai sekarang.Antara yang di tulis,'Beego,kalau kau balik
KB,jangan lupa aku teman yang akan sentiasa merindui mu setiap
waktu.Ingatilah aku dalam doamu sebagaimana aku mendoakan mu.Jangan
lupa aku,itu yang kupinta..' dan di akhir surat ini tertulis,'andai aku
ucapkan cinta,adakah kau merasainya?'.Berkali-kaliaku baca surat itu.
Pendekkan
cerita semasa aku kat KB,kami berdua sering berutus surat.Surat yang
berbaur cinta dan rindu.Kekadang bila mummy gan daddy gi keluar,talipon
lah jalan mengubat rindu.Orang muda tengah bercinta.
Setahun lebih kurang,daddy hantar aku belajar ke US.Syikin masa itu belum dapat apa-apa tawaran tapi rasanya dia nak jadi cikgu.
3
tahun di US,aku tinggal serumah dengan orang jepun namanya Saiba dan
adik Kyoko(Kyoko model dan pramugari JAL)tak sangka lakhouse mate aku
perempuan..tapi kyoko takselalu ada dirumah.Saiba lak ada gilfren,orang
jepun jugak belajar sama-sama di sana.Aku pulak..merindu Syikin,surat
lah jadi pertalian hubungan ini.Dulu2 mana ada internet.
Di
tahun kedua di sana,aku terima surat dari Syikin..surat yang memberi
kesan dan tandatanya padaku.Disini kisah duka ku bermula.Syikin berjaya
ke Maktab perguruan dan yang aku tidak faham,Syikin minta aku lupakan
dia demi untuk masa depan aku.Dan bersama surat itu di serta kan kaset
Alleycats,'kerana mu'..
aku cuba talipon Syikin,jawapannya Syikin
tiada dan surat2 ku tak pernah berbalas.Aku betul-betul frust,Tuhan
saja yang tahu hatiku...!
----
Kemanakah hatimu kala aku
menanti kata cinta
mengalir airmata
kala sepi tiba
Syikin,aku tidak tahu saat ini yang kau rasa,meminta aku melupakan mu
bukan lah perkara mudah.Aku di negeri asing ini begitu
tertekan,kesedihan..mencari-cari jawapan yang pasti mengapa tergamak
kau buat aku begini.Rasanya mahu terbang aku menemuimu tika itu jua
tapi apa dayaku.Aku pun banyak berubah kerana ini dan dari sini aku
mula berbaik dengn kyoko(teman serumah ku).Dari tidak merokok aku dah
jadi perokok.Aku banyak habiskan masa bersendiri.
Pendekkan
cerita,Aku pulang ke tanahair,pulang dengan jiwa yang kosong.Aku dah
mula bekerja dengan sebuah syarikat besar di KL.Lebihkurang setahun aku
pulang,Atuk meninggal dunia dengan mengejut..atuk kena serangan
jantung!Oh Tuhan,baru semalam aku bercakap dalam telefon gan atuk.Atuk
tanya aku bila nak balik kampung,aku kata sibuk..memang aku sibuk waktu
itu.Atuk aku sebenarnya seorang doktor dan nenek aku seorang jururawat,
mereka
sama-sama bertugas di istana.Atuk bukan melayu tulin.Ayah atuk(moyang
aku) orang Europah kawin gan melayu,atuk jadi mix.Nenek pulak anak mami
dari Penang.Aku cucu yang dibela dari tingkatan satu hingga lima.
12hb
Januari,itu tarikh atuk meninggal dan tarikh itu jua,aku menemui
cintaku yang hilang.Semasa aku sibuk bersalaman dengan tetamu yang
datang mengucap takziah tetiba aku di sape seseorang,"Hai,orang
muda,tabahkan hati!"sambil menepuk-nepuk belakangku.Orang itu adalah
Tuan CPO,bapakSyikin."Dah jumpa Syikin?dia ada kat dalam kut.."kata dia
lagi.Aku terus masuk rumah,duduk disisi nenek.Dengan kacamata hitam
yang cover kesedihan ku ini,mata aku mula meliar mencari wajah yang ku
rindui.Ye! tak jauh dari depan aku,aku nampak Syikin bersama
ibunya.Saat itu,Syikin seperti tahu aku melihatnya,spontan membuka
cermin mata hitamnya dan disangkut kat kepala.Aku tahu Syikin turut
menangis,dengan kulitnya yang keputihan jelas dia menangis ,dengan
hidungnya yang kemerahan itu cam orang kena selsema.Mata kami
bertentang,Syikin melemparkan senyum yang tawar kepada ku.Aku
membalasnya dengan senyum yang paling manis biarpun aku sedang berduka.
Saat,jenazah
di usung keluar,aku cucu lelaki sulung mewakili keluarga dan daddy yang
tiada di Malaysia (masa itu daddy bertugas di luarnegara,mummy pun ikut
sama)disuruh memberi sedikit ucapan.Aku bagi pihak arwah mohon di
ampunkan segala salah silap arwah pada semua,tentang hutang dan
bla..bla tetiba aku sebak,aku menangis hingga aku rasa nak rebah sempat
dua tiga orang memegang aku.
Malam itu pulak,nenek buat tahlil
sekali dengan kenduri menyambut puasa yang akan tiba seminggu lg.Dan
aku nampak Syikin ada sebab bapak dan emak dia pun ada.Malam itu bila
hampir selesai semuanya,aku cari peluang nak cakap dengan
Syikin.Sebetulnya aku dh minta izin bapak Syikin. Aku tunggu kat gate
rumah,aku nampak Syikin keluar,hati aku lak yg berdebar.. dan dia terus
menghampiri aku.
"Beego,i hope u sabar dengan ujian Tuhan
ini,Takziah..semua orang akan melalui situasi ini.."kata Syikin lembut.
Ahhh..suara yang aku rindu..wajah yang aku cintai persis wajah Fazura
(biarpun zaman tu..fazura takde lg)."U apa khabar,cikgu?"aku mula
berkata.Aku lihat Syikin senyum,"I ok,mengajar kat sini,sekolah kita
dulu.."Wah bagusnya dia!!Aku rasa cintaku berbunga kembali..ni yang
buat aku akan balik kampung je pasni...! :)Malam itu aku tak lena
tidur..teringat pada Syikin,teringat pada atuk.Suka dalam duka!!
Pendekkan
cerita,dua minggu sebelum puasa aku ambil cuti panjang.Apalagi alasan
nak berpuasa gan nenek di kampung tapi sebetulnya nak lebih dekat
dengan Syikin.Tiap-tiap malam pergi terawih bersama nenek dan tiap-tiap
malam juga berjumpa Syikin di masjid.Sambil menyelam sambil minum
air..nak hidup!hehehe...
Satu hari itu,aku ajak Syikin buka puasa
kat luar.Dia tak menolak..alhamdulillah!Kami keluar awal pergi shopping
dulu,Beli baju raya..dan hari itu Syikin belikan aku sepasang baju
melayu dan kain pelikat.Aku tak minta tp hadiah ikhlas darinya,kata
Syikin.Sebagai membalasnya aku bayarkan apa2 barangan yang Syikin beli
termasuk sepasang kurung warna biru.Sama kaler gan baju melayu aku.Oh
bahagia!
Masa
berbuka,aku tanya Syikin apakah yang buat dia minta putus dulu.Syikin
tak nak jawab.Dia minta aku lupa kan hal itu.Aku ingat pada masa
itu,aku bagi Syikin kaset lagu Hattan,'memburu rindu'
Hubungan
kami berterusan bahagia tiada gangguan.Aku benar-benar bahagia..sangat
bahagia.Tuhan saja yang tahu!Surat2 bukan lg jadi penghubung tapi
talian telefon.Gaji aku habis bayar bil telefon jerr..malam2 gayut
sampai 3,4jam kalau boleh nak 24 jam hhehe..bahagia sungguh bahagia
dalam cinta ini.
Namun,ku sangka panas hingga ke petang..rupe nya hujan di tengahari..
Sehinggalah
pada 3hb februari thn 19xx.Hari jadi aku,aku menerima kad dari
seseorang!Sangka aku itu kad ucapan Hari jadi buat ku tapi aku silap!!
Dimanakah letaknya diriku ini..
sehingga ku rasa sungguh asing sekali..
semua nya bagai baru saja bermula
Ku cari rindu..
entah hilang..
ku pujuk hati..
tak usah sayu..
-----
Hatiku
hancur tatkala membaca kad itu,hancur menjadi keping-keping yg tak
mungkin dapat ku kutip lg.Apa dosaku,apa salahku ya Allah!Kenape
begini...kenape Syikin?!! Aku rebah dengan undangan yang tak ku minta
ini.Hadiah yang mungkin istimewa dari mu tapi aku...aku?tak fikirkah
kau hati aku saat aku menerima kad ini,Syikin?
Undangan ke perkahwinan: Nurul Asyikin Bin Mohd Bxxxxx
dengan Mohd Adam Ian Bin Abdullah
Hari
itu,aku terus cuti!Selama ini aku keluar dengan tunangan orang dan
selama ini aku tak kau jelas kan segalanya.Atau adakah kau membals
dendam pd ku?Soalan demi soalan bertalu bermain di fikiran aku.Rokok
dah berapa kotak bertaburan.Aku betul2 tertekan,sedih..kecewa hampa dan
segalanya.Aku cuba telefon Syikin tapi tiada jawapan.Akhirnya,aku
telefon nenek,tanya pd nenek.Nenek dapat kesan aku menangis,suara aku
dah tak nak keluar.."Beego,nenek pun tak tahu tapi dulu ada lah nenek
dengar cerita,masa Beego kat US,Syikin betul-betul frust,dia kawan gan
anak cina..bukan org sini"kata nenek."Nenek,fikirkan dia ok gan
Beego..,sabarlah Beego,bukan jodoh Beego.Beego jangan frust,k" tambah
nenek.
Hari bersejarah dan bahagia buat Syikin menjadi Raja sehari bersama Mohd Adam Ian,adalah hari duka buat aku.
Walaupun
nenek melarang aku dari pergi kemajlis itu tapi aku tetap degil.Aku
hadir,biar Syikin nampak aku,biar Syikin ingat aku..biar dia tahu aku
hanya cinta kan dia!Hari itu aku pakai baju melayu biru dengan kain
pelikat
yang Syikin beli.Biar dia nampak semua ini..cuma bezanya aku
sudah bermisai!Frust..tanda frust!Bapak Syikin tak kata apa..dia hanya
tepuk-tepuk belakang aku selepas aku dengan muka tak malu dan muka yg
berharga lima sen ini menepung tawar buah hatiku kekasih orang!!!
Dan
sebenar sehari sebelum hari perkawinan Syikin aku dengan berani meminta
izin berjumpa Syikin dari mak ayahnya.Malam itu aku jumpa Syikin
sekejap bawah khemah org kawin."Sayang,i hope u will be hepi gan apa yg
u buat,i takkan lupakan u but i harap u boleh lupa i camne semudah ini
u buat kat i.."Kata aku tegas biarpun sebenarnya aku tipu diri
aku,kalau boleh aku nak Syikin sentiasa rindu dan ingat aku walaupun
dia dia dalam dakapan orang lain dan kalau boleh aku nak Syikin berubah
fikiran saat itu dan kembali pada aku tapii..apa daya ku,aku bukan
Tuhan punya kuasa untuk mengubah segala ini.
Dan dengan rasa sedih
Syikin menjelaskan pada aku sesuatu yang aku tak duga dan tak
terfikir,"Yang,i buat ni untuk u jugak,u jangan salahkan i,masa u kat
US,daddy u ada kol i,nk tau apa daddy u kata? Dia nak i jangan ganggu
u,u nak belajar..i rasa malu sayang!I frust..!! sebab itu bila kita
jumpa kembali i gunakan masa itu untuk melepaskan rindu pada u.I memang
nak saat indah begitu dengan u.Hidup i sengasara sebelum ini u tak
tau..sampai mak ayah i halau i dari rumah pun ada kalau i tak berubah,u
tau tu..?"Syikin mula menangis tapi dia cuba kontrol sebab ada beberapa
mata yg sibuk bekerja utk kenduri tu menjeling ke arah kami."Tapi
kenapa u tak cakap i yang u dah bertunang,i macam kena tipu.."kata
aku."Beego,i tunggu u,kut-kut u kata yang u nak pinang i ke tapi takde
pun sayang..tapi i tau itu tak mungkin terjadi kalau mak ayah u tak
suka i.."tambah Syikin.Malam itu aku pulang dengan kecewa,nenek tak
kata apa.
Hati ku hancur dengan cinta yang kesampaian ini.Kerja
aku dah mulai merosot,kadang-kadang aku pergi kerja,kadang2 aku tak
pergi..dah malas,jiwa kosong.Balik kerja aku tak tahu kemana..kekadang
aku bawa kereta parking kat taman,aku tengok orang lain bahagia..tapi
aku derita.Derita cinta!Aku tak sangka daddy tergamak buat macam tu
pada Syikin,pada aku.Patut la masa kat US mummy asyik nak kenalkan aku
dengan Zarina.Sikit-sikit suruh aku jumpa Zarina.Zarina pulak
sikit-sikit minta tolong aku.Dan mummy ada sound kat aku..jangan
gatal-gatal nak cari gilfren,abis belajar dulu nanti mummy yang cari.
Kesihatan
aku mula terganggu,asyik-asyik MC sampai HR gan boss pun dah
bosan.Akhirnya aku sendiri yang letak jawatan,bosan gan kehidupan
ini.Aku balik tinggal dengan nenek.Berehat di kampung..nenek pun dah
susah hati tengok aku.Aku dah mula kurang bercakap.Aku ingat,suatu hari
tu..budak indon yang kerja dengan nenek tegur aku,"Bapak ni sakit
ye..?""Ye,sakit cinta" jawab aku pendek buat dia terkejut dan dia diam.
Bila
mummy tahu hal aku berhenti kerja,mummy balik Malaysia.Aku masih ingat
masa itu,aku sedang berehat kat luar rumah tetiba mummy datang.Yang aku
ingat mummy berleter kat aku dan aku terus belah masuk bilik dan tahu
apa aku buat/!! Aku buat keje bodoh..aku ambil pisau lipat aku hiris
betis aku..memancut darah keluar ke dinding bilik,aku pengsan.esok
paginya budak indon tu masuk bilik menjeri-jerit tengok darah.Aku
sebenarnya dah pengsan 4jam.
Nenek kecewa dengan sikap aku.Mummy lagi lah besar kemarahannya.Pesanan:Korang jangan ikut cara aku yang bodoh ni..berdosa!
Pendekkan
lagi cerita,satu pagi di hari raya haji 198X,Hari itu semua ada kecuali
daddy.Aku jumpa mummy[ kat dapur,aku hulur tanganku pada mummy,tapi
mummy membebelkan aku,"Kau anak tak mengenang budi,anak yang
menghancurkan harapan keluarga,tengok apa nak jadi dengan kau,if u dont
want to change..u go out from here.."mummy betul2 melepaskan geramnya
pada aku di pagi raya ini.Aku tak sangka mummy nak kata cam tu kat
aku,aku terus ambil kunci kereta,ambil bag untuk pergi dan aku masih
ingat bagaimana nenek dan kakak2 ku menangis di pintu rumah melihat aku
pergi.Walaupun mereka merayu..aku terus pergi tanpa peduli kan mereka.
*Mummy,kakak..maafkan aku mengungkit kisah lama yg pilu ini.
Harusnya
takkan kubiarkan engkau pergi,membuat ku terperuk rasa ingin
mati,derita yang mendera kapankan berakhir,hanya kau yang mampu
taklukkan hati ku..
Aku pergi dengan langkah
kecewa,kecewa pada cinta dan segalanya ini,duniaku gelap untuk
memandang ke depan.Aku jual segala yang aku ada,kereta,rumah,perabut
dan aku pergi keluar negara.Dari India ke Amman, Jordan,Taiwan aku
terus ke Jepun.Disana Kyoko ada untuk menemani aku.Dia begitu kecewa
dengan sikap aku. Nanti lah ada masa aku cerita pasal gadis mata sepet
ni,pasal korang.Lama jugak aku disana,nak tau apa aku buat? Aku buka
kelas Bahasa untuk kawan-kawan Kyoko yang rata-ratanya pramugari.Sambil
tu aku juga belajar Bahasa Jepun dan part time aku cuci kereta.Cari
makan!
Hampir tiga tahun aku disana,satu hari itu aku dapat
berita daddy sakit.Mulanya aku buat tak tahu tapi bila Kyoko tahu,dia
desak aku suruh aku balik Malaysia ziarah daddy.Aku pun balik..Daddy
juga macam arwah atuk ada masalah jantung.5jam sempat aku bersama
daddy,mummy dan kakak pun ada.Akhirnya,daddy pergi menemui Illahi tepat
jam 2pagi.Mummy benar-benar sedih,juga kakak dan anak2 daddy yang
lain.Nenek dah tiada siapa. Daddy anak tunggal nenek.Tapi nenek masih
ada mummy menantunya,ada aku cucu tunggal lelakinya yang degil,nenek
ada kakak2 aku yang lain.
Pendekkan citer,lepas daddy meninggal
aku pergi europe pula,tinggal di Swistzerland bersama mak cik aku
(sebelah mummy).Lepas tu aku ke UK tinggal dengan sepupu aku.Disini aku
campur dengan students Malaysia dan disinilah aku jumpa seorang kawan
yang ku gelar ustaz.Dia banyak bercakap tentang agama,kehidupan dan
keagungan Tuhan pada aku.Disitu aku berubah..!dia rajin ajak aku buat
solat tahajud.Alhamdulillah,aku mula tenang!Taklama aku di sana aku
terasa rindu untuk pulang.Lagipun nenek perlukan aku.
Di
Malaysia,aku buat kerja sukarelawan kat Hospital.Aku hepi dengan apa
yang aku buat.Sehinggalah satu pagi itu aku jumpa bapak Syikin kat
parking hospital."jenguk sape,pak cik?" tanya aku pada dia.Dia macam
terkejut,terus ajak aku pergi minum.Rupanya,Syikin yang terlantar di
hospital,breast cancer!Dan bapak Syikin ceritakan pada aku,Selepas
kawin Syikin dapat anak perempuan tapi Syikin tak bahagia kerana
suaminya nak kawin lagi.Akhirnya mereka bercerai tahun lepas.Anak buat
masa ini suami Syikin yang jaga.Dan bila aku tanya pada dia bila Syikin
sakit,katanya Syikin dan keluar masuk hospital banyak kali dah.Ya,Allah
sekali lagi aku bakal diuji!
Aku amat simpati pada Syikin.Apakah
mampu untuk aku menebus segala kekecewaan hatinya semula? jawapan nya
Ya!!aku janji untuk kembali pada Syikin membawa kebahagian untuknya
dengan apa cara sekali pun dan aku tak mahu melepaskan nya lagi.Setelah
minta izin dari mak bapak Syikin,aku pergi ke wad Syikin.Aku
benar-benar terkejut tengok keadaan Syikin..kurus,pucat..terasa mahu
aku dakap tubuh yang aku cintai ini.Debaran hatiku kian kuat untuk
mendekatinya.Syikin sedang tidur.Takpe lah aku tak nak ganggu dia dan
demi untuk menjaga kesihatanya,aku tak mahu dia terkejut.Aku suruh
bapak dia bagitahu Syikin yang aku ada disitu dan bila aku akn jumpa
dia.
Hari itu dalam lebih kurang pukul dua selepas zohor dengan
hati yang berdebar akan reaksi Syikin aku melangkah ke
katilnya."Hai..sayang!"itulah ucapan pertama terkeluar dari mulut
aku.Tiba-tiba Syikin terus menutup mata dengan sebelah tangan
kanannya."Hei..jangan camni,jangan lah nangis..Tuhan dah temukan kita
lagi,please sayang.."lama aku menunggu reaksi dari Syikin.Aku duduk di
sebelah katilnya lalu ku pegang tangan kirinya..sejuk!Aku gosok-gosok
tangan itu utk mengembalikan kehangatannya.Tiba-tiba Syikin bersuara,
"Im sorry Beego, u tak sepatutnya tengok i macam ni.."kata Syikin dan
tangan yang menutup mata di bukanya menatap aku.Sedih aku melihat wajah
mu Syikin,wajah duka penuh kesengsaraan."Its ok,semua kuasa Tuhan,Dia
yang punya kuasa,u sabar ye.."pujuk aku.Lama aku habiskan masa dengan
Syikin tanpa mengungkit cerita lama.Yang aku bualkan ialah tentang
penyakitnya itu.
Esoknya,nak atau tak nak aku tukar Syikin dari
wad kelas dua ke kelas pertama.Semua aku akan tanggung.Syikin
sememangnya tak mahu tapi dia kalah dengan ketegasan aku.Mak ayah
Syikin pun tak boleh kata apa,ikut aje!
Satu bilik satu orang itu
yang sebaiknya untuk pesakit seperti Syikin.Dan sebenarnya aku lebih
bebas nak masuk dan berbual dengan Syikin.Sekarang siang sampai petang
aku jaga Syikin.malam emak Syikin yang jaga.Beban maknya mudah sikit
bila aku ada.
Hari-hari dengan Syikin di wad aku rasa hepi dan
ada perubahan pada Syikin.Dia mula nak makan kalau dulu takde
selera.Kini keceriaan mula terpancar di wajahnya.Aku tak banyak
mengungkit kisah duka tapi aku selalu ingatkan Syikin kenangan waktu
sekolah dulu.Dia selalu gelakkan aku 'mamat rambut berkilat' itu
gelaran masa sekolah kat aku.
Sebenarnya,walau aku bukan
doktor,hanya cucu seorang doktor dan jururawat,adik kepada seorang
doktor,tahu lah aku sedikit sebanyak tentang keadaan di hospital,dunia
aku bersama medical peoples.Sebenarnya Syikin di tahap maksimum,sebelum
ini dah dua kali operation.Aku dapatkan semua info dari doktor yang
merawatnya yang kebetulan kawan aku.Nenek pun pernah datang melawat
Syikin.Nenek pernah cakap dengan aku,aku perlu tabah dengan apa yang
akan terjadi,aku perlu tahu untuk bersiap sedia..mulanya aku tak faham
apa maksud nenek tapi aku akhirnya mengerti yang nenek tak mahu aku
kecewa lagi andainya hajat ku tak kesampaian.
Suatu hari itu,lebih kurang 4 hari lagi nak hari raya haji,aku mula lihat peubahan kesihatan Syikin makin baik.
"Sayang, nanti kita kawin ye.."kata aku pada Syikin.
Berkerut dahi Syikin tapi dia senyum.
"U doakan i sihat, ok"katanya ceria menambahkan keyakinanku untuk memilikinya.
Tapi bila aku keluarkan cincin yang aku beli semalam,wajah Syikin berubah.
"I
dont care, walaupun satu hari jerr u dapat jadi my wife pun i tak
kisah"."I need u in my life,i tak boleh hidup tanpa u sayang.."aku
pulak emosional.
Syikin tak kata apa tapi aku tengok dia menangis..ini yang aku lemah ni..!
"Sayang,i
tau u lelaki yang baik,untung siapa yang dapat u,i sayang u tapi..u tau
kan,i sendiri tak mau kecewakan u tapi dalam keadaan i camni how i nak
jaga u dear,,?"jelas Syikin pada aku.
"I tak nak u menangis hari-hari tengok i derita,hari2 buang masa gan i kat hospital.."tambah Syikin.
Aku diam biarlah dia berkata aku mendengar.
"I
nak u hepi,ada anak2 u sendiri,u jangan kecil hati..u carilah orang
yang betul-betul boleh jaga u" kata Syikin buat aku tersentak.
"Kenapa u dah benci i..?"aku cam budak kecil pulak.
Aku
faham tapi masih buat tak mengerti sebab yang aku mahu adalah dia dalam
apa jua keadaan dia.Syikin diam,airmatanya mengalir lagi.Kami sama-sama
diam sebentar.
"Beego sayang,i nak u bahagia,u faham tak..?"kata
Syikin.."walaupun tanpa i bersama u" sambung Syikin hiba dari nada
suaranya yg semakin slow.
"Yang i cinta hanya u,i tak nak orang lain,u faham tak? yang nak i lamar ni u Syikin"aku rasa tertekan menjelaskan kata2 ini.
"Do u love me,Nurul Asyikin?" tanya aku tegas siap pakai nama betul dia lagi.
Lama baru Syikin jawab,"kerana cintakan u lah i sanggup berkorban,sayang"
Aku lihat Syikin mula mengurut-ngurut dahinya,mungkin pening gan kerenah aku.
Aku
pegang tangan kanan Syikin,aku masukkan cincin ke jari manisnya lalu
aku kucup tangan itu dengan deraian airmata aku jatuh disitu.
"Please,sayang..i tak boleh hidup kalau u takde.." aku betul2 sendu.
Syikin gengam tangan yang aku pegang erat,dia pun turut menangis.
"I taktau apa yang Tuhan sedang uji pada i."bisik Syikin dalam sendu.
"Serba salah meletakkan harapan tinggi buat u sedangkan u tau i tak mungkin hidup lama"jelas Syikin.
Aku tunduk tak melepaskan gengaman tangan Syikin di wajahku dan kata2 itu buat aku lagi sebak.
Tiba-tiba pintu terbuka,aku cepat-cepat lepaskan tangan Syikin.Syikin pun begitu..
"Hey u,dont make her stress,k" kata doktor yang masuk tu>kacau daun sungguh!!
" U ok Puan Asyikin..?" tanya doktor itu.
Syikin ku lihat hanya senyum sambil mengangguk.
"She need rest.."kata doktor itu pada aku dan aku faham maknanya aku kena keluar,jangan ganggu Syikin.
Doktor keluar dan aku pun bangun untuk keluar.Tiba-tiba Syikin tarik tangan aku.
"Sayang,i love u and thanks"Syikin kucup tangan aku sambil tersenyum.
"I love u too..forever!" kata aku sebelum keluar.
Dua hari aku tak jenguk Syikin di hospital sebab aku terpaksa hantar nenek balik KL,nak raya kat KL tahun itu.
Hari
ketiga aku sampai,aku terkejut Syikin berada dalam keadaan koma di
ICU.Aku marah bapak Syikin kenapa tak bagitahu aku.Rupanya Syikin baru
je beberapa jam koma.Aku rasa nak rebah tengokkekasih aku macam ni..
Malam itu aku tunggu Syikin dengan mak bapak nya di pintu ICU dan bergilir-gilir masuk.Kami baca yasin.
Bila aku tanya doktor,kawan aku tu...Dia hanya kata sabar,Syikin memang kritikal!
Bila aku tanya peluang untuk hidup?50-50 katanya.Oh my God!!!
Aku mula salahkan diri,aku kah yang buat dia stress dengan lamaran aku tu?!! entah lah...!
Esoknya,satu
hari sebelum hari raya haji sepatutnya aku kena balik KL semula untuk
menyambut raya dengan family disana tapi hati aku berat nak
balik.Berkali-kali bapak Syikin kata takpe..baliklah,apa2 erjadi pd
Syikin dia akn bagitahu aku.
Aku serba salah,hati berbelah bagi..Aku
ke cafe sekejap untuk tenangkan fikiran.Belum habis air segelas aku
minum ada panggilan kecemasan dari ICU untuk aku.Hati aku dah tak
sedap! aku lari bagaikan Superman..dan setibanya aku di katil Syikin
aku tengok..dua doktor dan dua nurse berada di situ.Dan aku
tahu...Syikin beberapa saat yang lalu baru pergi meninggalkan aku..Aku
rebah sekali lagi di dinding wad ICU itu!
----------
KAU PERGI JUA
Sayangku
tahukah kau didalam hatiku ini
tersimpan perasaan cinta padamu
Kau bunga
ingin kusunting mu menjadi milikku
lantas ku abadikan dalam jiwaku
Sayangnya
harapan yang selama ini ku bawa
hancur berkecai musnah jua akhirnya
kau pergi tak kembali......
Aku rebah,rebah yang tak tebangun buat kali ini.Mengapa ini yang
terjadi padaku?Bukan pada orang lain..Tuhan,berat benar ujian Mu buatku
kali ini.Hancur hatiku bukan lagi berkeping-keping tapi terus jadi
debu.Dimana dapat aku cari ganti seperti mu,Syikin?Kau pergi membawa
cintaku,membawa kenangan kita bersama.Terasa ingin aku turut serta,mati
bersamamu..tak terdaya aku untuk hidup tanpa mu di sisiku..tak bererti
cinta ini andai bukan kau yang memujaku.
Sehingga kini berapa
lamanya aku menutup pintu hatiku pada orang lain.Mungkin cinta pertama
orang lain tidak seperti cinta yang aku lalui..kerana cinta aku
bahagia,kerana cinta aku jua derita..Buang emak buang saudara, kerana
kasih hamba turutkan..'.
Dan mummy,aku tidak pernah menyuarakan
luka hatiku,pedih kesengsraan jiwaku pada sesiapa jua.Namun untuk kali
ini,maafkan mengungkit kisah lalu.Tiada dendam lagi antara kita.Aku jua
tahu kau turut sengsara mempunyai anak seperti aku seperti yang luahkan
padamu di 'Sebatas kejujuran'.
Dan buat insan2 yang tahu tentang
kisah ini dan mengenali aku.Terimalah aku seadanya aku,seorang insan
yang bangun dari luka semalam.Kisah2 semalam yang membuat aku lebih
peka dan matang mengharungi kehidupan ini.
kemaafan aku pinta,andainya jalan kita tak sehaluan,tujuan kita tak sama.
Setiap
kali pulang ke Utara,aku tidak pernah lupa untuk mengunjungi pusara
Syikin.Dan yang aku tahu..anak perempuan Syikin yang aku lihat seusia
dua tahun dulu,kini remaja..kabarnya wajah nya persis Syikin.Aku
rasanya tak mampu untuk menatap wajahmu Emylia Izzati Mohd Adam
Ian.Namun,andainya,kau insan yang bernama sebegitu membaca
disini,tahulah kau betapa aku begitu mencintai arwah ibu mu.Muga kau
tabahkan dirimu mengharungi kehidupan ini.
Hidup aku perlu
diteruskan,biar payah biar lelah!Namun pintu kebahagiaan sedia menanti
kini,bersama cinta yang baru insyaallah!Selama mana aku akan hidup
lagi,aku tak mahu fikirkan itu..yang aku tahu,aku ingin bahagiakan
setiap insan yang mengenali aku,yang mendampingi aku termasuk
teman-teman yang ada disini.All the best to u all!
Cintaku tak berdusta
tak mengenal ingkar
tak mengenal nestapa
Cintaku hanya indah hanya bahagia
untuk selamanya
Apa yang kurasa ini
persembahan untuk dirimu
mencintai mu tak mengenal erti
tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintai mu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diri mu selalu..
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Bahagia itu milik mu
Teman ku,
Andai angin itu bisa berbicara
ingin ku bisik kan kata
pada mu apa erti bahagia
di kala malam mu yang gelita
kelam dalam dunia mu semata
Teman,
bahagia itu tetap milik mu
bersama kasih yang bersatu
ada di wajah anak-anak kecil mu
di mata mereka yang sayu
apa erti tangis seorang ibu
yang membuat mereka kelu
anak itu masih belum tahu
kenapa ibu jadi begitu
Ibu,
jangan begitu
kami anak-anak ibu
sentiasa ada rasa rindu
ibu jangan terus sendu
Teman,
Apa yang anak kecil itu tahu
hanya kasih ibu yang satu
semarakkan cinta kasihmu
susup terus dalam kalbu
hindar rasa sepi mu
jangan kau terus lesu
bahagiakan anak-anakmu
biarpun mendung berarak kelabu
Teman,
aku bagaikan tetamu
singgah di kota mu
siapalah aku sebagai penentu
yang aku tahu
bahagia itu adalah milik mu
ada bersama anak-anakmu
kerana itulah permata mu
anugerah Tuhan buat mu!
Buat manja,binalah bahagia mu bersama anak2mu
biarpun ada luka kerana anak-anakmu adalah penawarnya.
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Rindu yang jauh
Dari kata..
mungkin dapat ku baca
apa yang kau rasa
dalam kemelut duka
biar yg ku lihat bukan airmata..
Hey..
saat kau ada rasa rindu
dan kesepian menjadi tamu
jangan kau terus sendu
hidup jangan terus jadi kaku
kerana hati mu perlu tahu
rindu itu bukan penentu
yang dia juga mengerti rindu mu
dan..
terbangkan rindumu
dari dalam kalbu
jauh dari sudut hatimu
dan sepastinya itu
di satu ketika dan waktu
kau akan bertemu
dia yang kan bawa bahagia pada mu
mengulit mu dengan rasa cinta merdu
melayani kerenah manjamu
bersama cinta yang di restu
dan aku mahu..
kau perlu yakin itu
kerna itu..
hanya satu..
Doaku
buat mu
adikku..
Andai ku mampu
membahgiakan kamu
akan ku hindar dukamu
biar jadi debu
diterbangkan angin lalu
bersama sendu
dan saat itu
kita perlu tahu apa yg kita mahu..
kita mahu tahu apa yg kita perlu..
Tepuk dada mu
tanya pada hatimu
apa yang kau mahu
All the best to U..
Ikhlas dari BeeGo buat Mel in Brisbane
Oleh : ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Jangan ada lagi airmata
Kita pernah derita
mungkin kerna cinta
kita mungkin kecewa
kerna pernah terluka
apa yang kita rasa
mungkin ada sama
aku,dia,kamu dan mereka
kita adalah sama
ada rasa duka
cuma ceritera kita berbeza
salah,benar bukan salah siapa
ini dugaan untuk kita
apa yang kita perlu ada
sabar,tenang kan jiwa
berani meniti masa
tahu untuk berkata..
sabar dan tenanglah jiwa
Usah di toleh lagi ke belakang sana
kita perlu terus kedepan utk mara
walaupun ada rasa kecewa
pujuklah hati bahagiakan rasa
jangan ada lagi airmata
pada cinta yang sia-sia..
Dedicated to all my frenz dimana jua anda berada disini atau diluar sana
yg pernah kecewa cinta..
"Cinta itu milik kita,milik semua tapi biar ada batas kerana ia juga milik Allah."
Ikhlas dari ~ Beego ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
|