|
Kolaborasi
sulung Razzi, Irfan
Utusan Malaysia 6 Mac 2010
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR
MASIH
ingatkah anda pada si pelantun lagu Syakila, yang cukup popular sekitar
era 90-an? Ya, sudah agak lama penyanyi berambut panjang, Razzi Rahman
ini tidak muncul dengan produk seni terbaru. Kali terakhir dia
merakamkan lagu ialah 10 tahun lalu menerusi single Ke Dasar Cintamu.
Memilih untuk berehat seketika dari dunia glamor,
Razzi menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bagaimanapun, penyanyi
berkulit cerah itu tidaklah 100 peratus berehat dari dunia seni kerana
dalam masa yang sama, dia turut berjinak-jinak dalam bidang lakonan
drama.
Sepanjang tempoh itu, Razzi menetap di Kota Bharu,
Kelantan menjalankan perniagaan sebagai pengedar produk minuman
kesihatan. Kini Razzi kembali mengubati rindu peminatnya menerusi album
yang memuatkan Tujuh lagu terbaru nyanyiannya iaitu Kerana, Misteri,
Akustik Sepi, Syakila, Selamanya, Kekuatan & bonus track Voices.
Album Razzi Rahman - Irfan Khairi itu telah pun mula
dijual secara muat turun di internet sejak dilancarkan pada 28 Disember
lalu. Menariknya, kemunculan Razzi kali ini merupakan kolaborasi sulung
dengan jutawan internet terkenal, Irfan Khairi. Klik di sini
“Sebenarnya saya tidaklah
hilang sebab di samping berniaga saya ada juga ambil tawaran berlakon
drama. Kenyataannya memang saya rasa seronok berniaga dan saya memang
nak buat benda yang saya suka. Namun sejak berkenalan dengan Irfan
empat tahun lalu, dia menaikkan kembali semangat saya untuk kembali
aktif.”
“Malah, katanya lagu-lagu nyanyian saya dahulu banyak yang
memberi motivasi kepada dirinya sehingga berjaya kini,” kata Razzi.
Kata Razzi, kerana kestabilan perniagaannya kini,
maka dia mencuri sedikit masa terluang untuk mempromosikan album
tersebut. Selain berniaga, Razzi turut melibatkan diri dalam bidang
penulisan buku-buku motivasi cinta sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, sehingga kini dia telah menghasilkan sebanyak lima e-book
tentang motivasi cinta yang begitu mendapat sambutan…
Bukan itu sahaja, buku terbaru
tulisannya, 101 Nota Mencari Cinta yang diterbitkan oleh Razzi Rahman
Productions bakal dikeluarkan bulan ini.
Mungkin kerana itu jugalah, baik Razzi mahupun Irfan
tidak begitu sukar memasarkan produk seni mereka di internet kerana
telah pun mengumpul ribuan peminat sebelum ini. Malah kata Irfan, baru
saja sebulan diputarkan di corong radio, lagu Kerana telah berjaya
menarik perhatian pendengar di THR. Apatah lagi, kini lagu tersebut
menduduki tangga ketiga dalam carta THR Gegar.
Meminati muzik, sungguhpun tidak menyanyi, Irfan yang
menulis dan mencipta lagu-lagu terbaru buat Razzi itu turut menyumbang
suara sebagai vokal latar. Bercerita tentang tercetusnya idea
berkolaborasi, kata Irfan, minatnya terhadap muzik dan lagu-lagu
nyanyian Razzi mendorong dirinya untuk lebih serius.
“Siapa
sangka, 10 tahun lalu saya hanya mendengar dan mengikuti perkembangan
seni Razzi. Tetapi kini, kami menjadi kawan dan berkolaborasi pula
bersama. Kerana Razzi kini menulis buku-buku tentang cinta, maka
lagu-lagu yang saya cipta disesuaikan dengan konsep penulisan Razzi
sendiri.”
“Disebabkan ini produk
pertama kami, jadi kalau boleh segalanya saya mahu nampak berbeza
termasuklah lagu-lagu, cara promosi dan juga jualannya,”
kata Irfan yang memperuntukkan sebanyak RM25,000
bersama Razzi dalam menghasilkan album tersebut. Bagi yang berminat
membeli lagu-lagu dari album tersebut, boleh berbuat demikian secara
muat turun menerusi laman sesawang www.razzirahman.com/muzik - Sebuah
lagu hanya RM3 manakala untuk memuat turun keseluruhan lagu dalam album
tersebut adalah RM10.

Featuring
all of our latest song...
BUY NOW
|
|
|