
profil
penulis
~ Zairul Talib ~
--------------------------------------------------------------------

Rindu - bhg 1
Rindu,..
Entah bila kan berakhir,
Mungkin penamat hayatku menjadi noktah,
Atau mungkin bermulanya kerinduan ini,
Munkin jua dibawa bayu lalu berhempas kebatu..
Saat itu barulah kau ketahui kerinduan dariku
Rinduku bersulam keikhlasan
Rinduku bertahtakan kejujuran
Ketahuilah olehmu akan keanehan rinduku,
Perasaan ini yang datang bukan kupinta,
Mungkin kau tidak merasa manisnya rindu
Kerana tika ini hatimu hanya tercatat tentang dia,
Walau aku tahu rinduku tiada akhirnya
Namun Bahagiamu adalah ketenangan buatku,
Rindu
Terima kasih atas pemberian mu,
Tanpamu adalah akhihr nya perasaanku
Kedatangan mu walau dalam keperitaan
Ternyata Adalah motivasi perasaanku
Biar Aku berdiri disini menjadi Arca mendagu rindu,
meriba segunung ingatan tiap saat padamu
usahlah kau berpaling lagi dari memandangku
terlalu fakirkah aku dalam hubungan ini..
maafkan aku andai aku yang bersalah
namun usah kau letakkan noktah pada rindu ini
ketahuilah oleh mu wahai sayangku
aku tetap merindumu sehingga akhir nafas ku
aku tetap menyayangimu hingga penawat riwayat dunia...
nukilan : ~ Zairul ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Rindu - bhg 2
SEnja belum berlabuh..
Namun ingatan ini
sudah menjalar kesegenap mindaku,
Yang suci dan tulus merinduimu,.
Yang amat perit aku lalui dalam bebanan hatiku,
Tahukah kau kerinduan ini seperti menghiris...
Nyilu dan pedih dihati ku saat ingatan ini terlus padamu,..
Namun aku redha dan rela atas hukuman abstrak ini,
Yang aku semai dengan keampunan PEncipta
Yang aku siram dengan Rahmat Ilahi,..
AKu sedar dimana tempat aku berpijak
Aku bukan bermimpi malah benar aku akui...
Perasaan yang hadir ini bukan undangan atau kepura-puraan,..
Ia adalah yang konkrit dan hakiki yang harus aku tempuhi..
Terima kasih Pada TUhan kerana menghidupkan rasa riindu ini,
syukur aku pada NYA yang maha mengetahui,..
Tentang RIndu yang bertaut pilu ini.
KErana aku sedar dan amat aku ketahui..
Biar berjuta kali rindu ku dipersembah dalam puisi
Namun yg pasti rindu ini tiada penghujungnya
KErana aku tahu hanya aku yang merindu..
Pada dirimu yang sememangnya bukan milik ku...
Tapi aku tegar merinduimu
Krana bagi aku merindui seikhlas hati ,..
Merupakan bahagia buatku walau pedih dihati..
AKu merindui mu mungkin hingga akhir hayat ini...
nukilan : ~ Zairul ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Rindu - bhg 3
Rindu semalam mengusik jiwa,..
memamah kesepian hatiku
yang semakin suram tanpa dakapanmu,..
yang semakin sayu disaat cuba mengadaptasi wajahmu,
aku mengukir sesusuk wajah ayu di kaca halusinasi
menggambarkan kehadiranmu dalam fantasi rindu,.
Namun aku gagal merasa aura kerinduanmu,
yang menjadi dakwat dalam pena rinduku,..
Mengapa sayang tidak kau tahu perasaanku,..
Atau sudah mati akal dan hatimu yang dulu terukir namaku
Dan adakah sudah kau campak diriku kedalam lautan kebencian,
lalu tenggelam kedasar hatimu yang cuba menjauhi pantai kasihku,
Maafkan aku sayang andai ada bicara ku yang melukakan perasaanmu,
Aku juga insan biasa yang tak punya apa2
Walau berjuta kali kau menjauhi aku hingga ketengah hamparan
Namun ,JIka tersurat akulah takdirmu maka kita tetap bersatu,..
Akan Aku tetap menunggu dan tetap merinduimu..
walau Dari terbit mentari sehalus jarum menyinari bumi
hingglah pekat malam menutupi pandangan yang terlus melihatmu...
Aku tetap merindu..tidak seinci membenci,mu
Disinilah aku bertimpuh menjadi pertapa rindu
Yang menanti hingga terbitnya pelangi kasihmu
nukilan : ~ Zairul ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
Rindu - bhg 4
Aku masih disini,..
Dunia belum putus nafas,..
hanya nazak dicemari kekotoran derita
yang ujud dari dusta dan kecewa.
lantas merungkai kestabilan bumi,..
Aku masih merindui,..
Walau kiamat masih belum diketahui,.
Tapi aku tetap menanti
malah aku merindui dan merindui
tiap bicara dan kata hikmah dari bibir mu,
seperti mendayu menyanyikan lagu..
yang tenang didengari dan indah ditontoni,..
Aku masih mengingati,
Saat janji diikat sumpah dilafaz,..
tiada yang mengubah rinduku kepadamu,..
hanya kematian menamatkan rinduku,..
tiada yang mengubah perasaanku..
hanya penghujung nafas tubuhku menjadi penentu ikrar ini
kerana aku mahu kau tahu..
rinduku tetap seperti dulu......
nukilan : ~ Zairul ~
GO TO TOP
PAGE
--------------------------------------------------------------------
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda
dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana
kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat
termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran pemilik
www.razzirahman.com
Hakcipta
Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman Sdn.Bhd.
|
|