|
Berhenti Merindu
Oleh : Beego
beego_nm@yahoo.co.uk
Atas nama cinta aku tidak berani bersumpah untuk segalanya.Apa
yang aku tanggung ini pun sudah amat membebankan.Namun aku bersyukur pada Tuhan
kerana akalku boleh membawa diriku kearah yang benar menerima hakikat ada
hikmah di sebalik yang terjadi biarpun dalam parah.
Kadangkala kata-kata tidak memberi erti,kalau banyak berkata ada yang tak
mengerti.Aku yang amat menyayangi mu,aku yang ingin selalu mendampingi mu kalah
dan pasrah dalam lelah untuk memadamkan semua tentang mu.Hilang kata-kata buat
mu,tiada lagi janji untuk aku beri kalau kau tak mengerti.
Pintamu untuk aku terus mengejar kebahagian,biarkan dirimu terus terluka.Dan
kau mahu agar aku tidak menoleh lagi,biar kisah silam terus padam.Kau mohon
agar aku terus sejahtera,biarpun kau tahu kita sama-sama terluka.Kau hadiahkan
aku dengan kalimah suci milik NYA sebagai penawar hiba di hati dan menemani aku
yang kemana jua.Terima kasih pada mu..tapi sampai saat ini adakah kau mengerti
kenapa kita perlu menamatkan hubungan ini?
Aku kah yang berkorban atau kau yang terkorban..tiada sudah jawapan untuk ini
lagi.Biapun sudah lama berlalu namun aku tidak dapat lari untuk selalu
merinduimu dan sebenarnya aku ingin berhenti dari merindui mu kerana merindui
diri mu amat membebankan,menyiksakan.Berselisih dengan mu di stesyen LRT masjid
Jamek dan di Cafe tempohari adalah ujian yang mencabar jiwaku.Semuanya tiada
dalam fikiran namun semua yg berlaku itu dengan izin Allah.Takpe lah..
Bagai seekor burung terbang bebas,aku pergi dan aku pulang,menimba dan
menyusuri cerita kehidupan aku dan manusia sekeliling.satu persatu orang yang
aku sayangi pergi dariku untuk selamanya.Kau tahu itulah ujian Allah buat
ku,aku terima kerana kata mu,aku di uji kerana aku kuat.Dan di sisa-sisa hidup
ku ini kau kini pasti mengerti kenapa aku terus bersendiri dan meminta kau
pergi..kerana aku tidak mahu kau lebih merana dan terus tersiksa dengan apa
yang aku tanggung dan hadapi,biarpun ajal maut dan jodoh di tangan Tuhan namun
aku mahu Tuhan temukan kau dengan yang lebih baik untuk masa yang panjang.
Dan..aku tika sujud pada NYA,tidak pernah lupa bersyukur kerana di temukan
dengan mu dan aku mohon maaf jua kerana menoktahkan semua ini.
Akhirkata,Kasih.. kupohon maafkan diriku... aku ingin berhenti merinduimu..
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|