|
Kisah cinta lama
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com
“Life is about chances, dare to fail and believe you'll be happy!”
Jauh sekali aku mahu menampilkan iras maupun riak bongkak kepada sesiapa sahaja
yang berdepan dengan ku. Namun, itulah yang selalu ku terima, tanggapan dari
orang-orang terkenal dan masyhur di sekeliling ku. Lalu, aku mulai mencari-cari
puak ku. Melihat-lihat jika ada kaum yang dapat aku menjejak kaki ku, masuk
menyelinap hanya untuk merasakan sense of belonging dan rasa di hargai…
Namun, di tempat aku tidak di kenali pun, aku juga dianggap sombong dan
bongkak. Aku terasa begitu sunyi, letih dengan pandangan serong setiap insan
yang berdepan dengan ku. Sehinggakan aku sukar bertemu jodoh…
Setiap gadis yang aku temui juga tidak lama minggu suai kenal kami. Ada yang
menganggap aku playboy, ada pula yang yakin aku pasti berlaku curang. Apa salah
aku? Hanya kerana memiliki wajah ini?... kerana karier sebagai seorang
penyanyi? Atau sebab mempunyai ramai peminat perempuan?
Nasib buruk aku bukan setakat itu sahaja… Pada setiap kali aku jatuh hati pada
seseorang atau menyimpan perasaan…di akhir perkenalan, si gadis pasti dah ada
boyfriend. Apalah nasib aku ni?
…apa pun yang aku lakukan, semuanya bagaikan salah! Aku kesunyian…rasa hati
begitu ingin memiliki seorang gadis yang boleh ku belai..boleh ku sayang…boleh
ku kucup mesra…namun hampa dan tersangat kecewa…aku tidak malu mengatakan yang
hampir setiap malam aku menitiskan air mata. Sedih dengan diri ku yang begitu
malang…teramat sedih…namun, tangis ku bagai tiada erti lagi di alam ini…
Apakah ada sekelumit cinta buat ku? Apakah aku akan berpeluang menikmati sebuah
percintaan? Apakah ada kasih sayang yang bakal diselami jauh nun di sanubari?
Aku terbelenggu dalam seribu pertanyaan, beribu persoalan…Diriku mulai terasa
jiwa ini bagai tersisih jauh…lalu aku mengaku melakukan kesilapan…di sinilah
aku bersalah! Apabila diri yang begitu sukar mendapat secebis cinta, aku
menjadi terdesak. I’m so desperate to take any chances that I get. Aku
bersumpah,
“Sesiapa sahaja yang hadir dalam hidupku selepas ini…walaupun dia milik
orang…akan aku pujuknya, akan aku pikatnya sehingga dia menjadi milikku!”
Memang benar, gadis yang hadir dalam hidupku seterusnya adalah seorang gadis
yang sangat manis sekali. Aku terus terpikat kepadanya dan hatiku terus
berkata, dialah bakal suri ku walau apa pun yang terjadi!
Ku rasa rintik hujan membawa sinar pelangi, namun awan mendung yang kelihatan!
Dia sememangnya sudah berpunya, menjadi milik orang sudah bertahun-tahun
lamanya. Ahhhh…kecewa lagi!...tapi…sumpahku? Ya aku teringat akan sumpah ku…
Lalu apa yang aku laku kan??...Aku berpura-pura dengannya, kononnya aku mahu
terus berkawan dengan penuh keikhlasan hanya sebagai sahabat sejati! Terus saja
aku diterima!
Hatiku melonjak gembira, apa tidaknya. Akhirnya aku dapat mengenali seorang
gadis, manis dan ayu pula tu. Kemudian aku berpeluang pula menjadi sahabatnya.
Walaupun dia sudah menjadi milik orang…namun, inilah peluang aku untuk
memikatnya! This is my chances!
Bukan niat aku untuk menyimpan niat yang agak jahat kalau nak dikira. Aku
ikhlas mahu mengambilnya sebagai kekasih sejati, tetapi aku seperti sudah malas
dan letih dengan situasi yang aku selalu hadapi. Setiap kali aku kenal
perempuan tu…mesti ada balak!! Geram beb! Naik jelak! Yang balak pulak
bukan jaga sangat minah dia…itu lagi buat aku marah! Aku yang begitu serius
ni…SOLO, mamat-mamat yang hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir ni pulak,
ada girlfriend, ada minah yang begitu sayangkan mereka! Kebanyakkan minah-minah
ni pulak. Begitu setia bodoh dengan boyfriend masing-masing walaupun mereka
tidak dihargai sebenarnya. Macamana aku tak geram, macamana aku tak marah?
Aku meneruskan niat aku, bersahabat dengan gadis ayu itu. Saban hari aku
menelefonnya, setiap masa aku berhubung dengannya. Malah, waktu aku bersamanya,
jauh melebihi waktu dia dengan boyfriendnya. Kami berbual-bual sampai pukul 2-3
pagi. Lama-kelamaan, dia semakin rapat dengan aku dan mulai memanggil aku
“Sayang” padahal kami hanyalah teman, tapi mesra. Hinggakan, setiap kali dia
bermasalah dengan boyfriendnya pun, dia akan luahkan kepada ku. Segala-gala
kisah hidupnya aku tahu. Malah aku lebih rapat daripada boyfriend dia sendiri.
Dipendekkan cerita, perhubungan dia dengan kekasihnya mulai hambar.
Persahabatan dia dan aku pula semakin erat. Lalu, aku akhirnya mulailah
mencurahkan perasaan yang terpendam sekian lama. Aku mulai berkata yang aku
sebenarnya telah lama cintakan dia. Perasaan aku melonjak gembira kerana
akhirnya aku berpeluang meluahkan perasaan aku itu. Dia menerima baik luahan
perasaan ku…tapi bagi aku yang sudah biasa dikecewakan, sudah lali dengan
rejections…aku menyedari yang dia sukar untuk membalas cinta ku. Walau
bagaimana perangai kekasihnya, walau dia tidak dihargai, walau dia tidak merasa
kasih dan sayang lagi…cintanya tetap kepada kekasihnya itu.
Aku cuba memujuk berkali-kali, aku cuba terangkan tentang peluang yang dia ada
bersama ku. The chances that she can have…tapi, dia terus memegang kepada
janjinya, kesetiaannya, kenangan silamnya, but she still dwell to her past! Di
saat itu…aku mulai sedar yang dia bukanlah seorang gadis yang aku inginkan.
She’s not worth it for me to wait and sacrifice my life…Dia hanya akan terus
membawa aku hancur dan gagal dalam kehidupan. Dia adalah gadis yang lemah dan
tidak mempunyai masa depan yang cerah.
Selepas beberapa lama kemudian kedegilannya itu akhirnya telah benar-benar
mengecewakan dirinya sendiri. Dia telah ditinggalkan setelah sekian lama dia
setia. Kekasihnya tidak berlaku curang, kekasih tidak berlaku jahat kepadanya.
Tetapi dia hanya merasa bosan dan mahu keluar dari perhubungan itu. Betapa
hancurnya harapan gadis itu setelah sekian lama menunggu sehingga sanggup
hilang aku…Dia cuba menghubungi ku semula. Tetapi di kala itu…aku sudah tidak
berminat lagi…. Aku sudah jauh secara luarannya, padahal aku cukup dekat di
hatinya.
So, that’s it! That’s my life is all about, rejections, failures. Gagal dan
terus gagal, berkali-kali dikecewakan, ditinggalkan. Kesedihan melanda hampir
setiap patah lagu-lagu berkumandang yang selalu menjadi teman di kala aku
kesedihan. Kering sudah airmata menyusuri bersama duka ku selama ini… but I
don’t wait…I move on!
Tapi…mungkin segala pengalaman itu telah membuatkan aku cukup tabah mengharungi
dunia ku hari ini.
Story by :
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
|