|
Bukan pilihan ku
Oleh : Beego
beego_nm@yahoo.co.uk
Last night the stars fall down so fast
I'm never able to make a wish..
But the Angel know............
I can't stop dreaming about you..
Tersenyum aku seketika membaca kad yang aku terima ini, selama ini aku
lihat dia seperti biasa saja terhadap aku.Oh..ada surat bersama kad
ini. Aku terus membuka nya...
Dear Beego, Firstly sorry my english not good but i hope you will
understand.
Beego,
so hard to say "goodbye..". I feel so sad.You are good man, you are
good for everybody here in especially to Ricky. I know he like you and
respect you so much. How.....I can say I Love YOU...Many times..you
know I feel to tell you this but i know you are my boss! I want to be
with you always...Dont forget people need the same thing like you want.
"You know that.."!!!
Beego,
Learn more and more, learn from mistake like Ms.Hilda said..about
"Life.." YES! "Life is Life.."Learn how to be happy and safe....NO ONE
WIL HELP YOU, EVEN YOU ARE NOT HELP YOUR SELF FIRST..AND BE UNDERSTAND
ABOUT HUMAN BEING..Thats the way you know very well.."I Believe.." than
Who know you more than you. Dont worry about anything, if you want to
do something dont worry..the way where you are and what you
do...believe in your self!! And last thing I believe you will get what
you want my dear!
Please take care and hope your GOD blessing you all the time. You know..You will be in my mind always.."Aku tidak boleh melupakan mu". (My friend help me to write this letter to you)
With so much love for you
NXXXXXXXXX RXXXX
-------------------------------
Sepanjang
membaca surat ini perasaan ku biasa sahaja namun aku tersenyum bila
minah yang berasal dari Filipina ni meluahkan rasa tanpa malu tapi yang
lebih membuat aku suka sangat ialah kata-kata nya yg motivate aku..up
kan aku.
Saat aku mahu berhijrah ke lain, meninggalkan mereka
staffs and kawan2 disitu. Kad dan surat itu aku simpan hingga sekarang.
Sering juga aku membacanya tatkala aku rindu pd waktu2 lalu. Sebenarnya
aku ni jenis serius gak masa keje tapi ada gak staff yang berani datang
kat aku ajak2 makan dan ingin berkawan dengan aku. Tapi minah Filiphina
ini masa keje memang serious gak, tak pernah pulak cuba-cuba macam nak
ngorat aku, kecuali pasal keje..dan sebenarnya minah ni memang cute..
aku tengok dia,aku ingat Julia Robert , nampak Julia Robert aku ingat
dia..ramai gak yg syok kat dia tapi yang aku tahu, dia ibu tunggal
walaupun baru 26thn.alamat dia tentang dia aku tahu sebab aku boss
dia..aku memang suka dia sebab...mmmm bukan sebab aku gatal nak ngorat
dia tapi sebab dia memang rajin. Off day pun keje...! dalam hati
sebenarnya aku senang dengan dia..itu aje, jauh sekali untuk
menjalinkan hubungan dengan dia.
Namun
sepanjang aku berada jauh darinya, dia kerap menghantar email kepada
ku. Aku jarang membalas hingga lah suatu waktu aku terserempak
dengannya di KL (itu pun selepas 3thn). Masa tu aku jumpa ex boss di
Hotel XXX aku tak sangka lak minah Filiphina tu transfer ke situ.
Di
pendekkan cerita,aku bertemu minah ni di masa aku betul2 tengah
benggang dengan mak we aku, di tambah masalah keje lagi..masa ini aku
down and dia upkan aku. Habis keje aku dating dengan dia. Aku senang
dengan dia..hingga satu saat aku betul-betul jatuh cinta padanya. Tapi aku cepat sedar bahawa hubungan ini tak dapat aku teruskan.
Hari
tu..hari terakhir aku di sini di Malaysia, aku tekad bahawa semuanya
perlu di noktahkan samada dengan minah ni..atau mak we aku. Sepanjang
aku kat KLIA sampai nak naik train pun Mak We aku dok menalipon
beberapa kali..menangis, merayu..! Aku serah pada Takdir kerana itu
pilihan aku..dan pada minah Filiphina ni aku cakap terus terang..ada
benda yg baik, ada yang tak baik untuk kami bersama. Aku pernah kecewa,
dia pun pernah kecewa..kami agak matang bila berbicara walaupun
kekadang terpaksa menelan pahit demi kebaikan bersama.
Mak we aku? Dia masih muda..jarak aku dan dia 12thn. Dia pilihan aku dengan restu ibu..aahhhh..lain kali aku citer bab ni... Sepanjang
aku di UK.. aku lupa semua! Sememangnya hati aku tenang walaupun masih
ada persoalan yg perlu jawab pada ibu disini. Kes....break off gan mak
we aku!!!!
Ramdhan
yang dingin, menyejukkan hati aku..benarlah sesungguhnya doa seorang
musafir, org yg teraniaya, doa org yang berpuasa di terima Allah tanpa
halangan. Ketenangan yg aku cari..benar2 wujud, tekadku memulakan
langkah baru didunia baru.
Pasal
mak we and Minah tu pun aku hindarkan. Dipendekkan cerita lagi sampai
la aku balik Malaysia, kawan2 aku bagitahu Minah Filiphina tu sentiasa
mencari aku, sampai jatuh sakit..terima email dari dia aku senyap, tak
balas sehinggalah selepas 5bulan aku di Malaysia, aku phone dia. Banyak
kali janji nak jumpa last2 aku kensel..senyap seketika..hingga lah di
Hari jadi aku..aku hantar email padanya, aku mohon maaf padanya kerana
aku tak mampu untuk menjadi pasangan yg baik untuknya...
Aku
masih ada ibu, kakak yg perlu ku jaga kerena aku anak lelaki tunggal.
Begitu juga dia, ada ibu dan ayah serta anak yg berusia 7 thn di
Filiphina.
Aku terima balasan email dari nya..
Beego,
im also cannot be good to you.Im sorry! I dont want you to forget me
bcos we are friend! I will go to South Africa end of this month!
Please take care of yourself..I want you to be better and beter.Dont
forget your medicine!
Thank You!
Semuanya
berakhir begitu, aku dan dia terus menjadi kawan, walau kekadang ada
rasa rindu, kini hanya sebulan sekali je aku send email kat dia,
pendek...dan dia pun jwb pendek..agaknya dh jumpe pak we baru maklumlah
'Julia Robert!!..' Dan aku harus terima apa yg aku nekad kan demi
kebahagiaan bersama. Aku fikir tindakan aku betul!! Korang fikir camne..?
|