|
Indahnya berteman
Oleh : Sis Anor
anorahman@yahoo.com
Saya terpanggil untuk menulis mengenai dilema yang
melanda individu yang tidak berteman atau lebih tepat lagi TIADA PASANGAN!
Pasti ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada individu yang ‘solo’ ini
terutamanya jika diasak pertanyaan demi pertanyaan dari ibubapa dan
teman-teman. "Ahhhhh....Bosan!
Bosan!" Lebih-lebih lagi jika makcik di sebelah rumah
sibuk menayang anak dara dan anak terunanya. Masing-masing cuba menunjukkan
kehebatan, manalah tahu jika boleh berbesan, kan!
Ehemmm, bagi yang sudah mempunyai pasangan, sudah pasti bibir sentiasa
menguntum senyuman. Maklumlah, makan berteman, berjalan pun beriringan.
Tidur pula diulit mimpi-mimpi indah sambil membayangkan hari-hari indah yang
bakal dilalui bersama.
Persoalannya, adakah
mereka yang tiada pasangan mempunyai pilihan? Jika di usia 20-an, mungkin tidak
menjadi ia belum menjadi isu besar. Tetapi jika teman-teman anda sudah
dikelilingi 2-3 orang anak, pasti ia memeningkan kepala anda, bukan? Namun
begitu, saya pasti ramai antara mereka yang tidak mempunyai pasangan telah
berusaha agar diri mereka dimiliki seseorang.
Oleh itu, bagi mereka yang berhadapan dengan dilema ini, beberapa tip yang
boleh membantu anda merubah keadaan:-
-
Bergaul dengan banyak golongan ~ Perbanyakkan
kenalan. Jangan hanya bergaul rapat dengan rakan sepejabat sahaja. Luaskan
pergaulan anda jika boleh satu bangunan tempat kerja anda. Jadikan mereka
rakan untuk bertukar-tukar pendapat dan menambah kenalan. Suatu hari anda
pasti ketemu insan yang sesuai untuk anda.
-
Libatkan diri dalam majlis-majlis keraian ~ Ada
baiknya jika anda turut melibatkan diri dalam majlis atau keraian
yang diadakan di tempat kerja atau di kampung anda. Tika inilah nda boleh
menunjukkan kebolehan anda mengendalikan majlis. Tetapi jangan lupa untuk bertegur
sapa dan bertanya khabar kepada para tetamu. Manakan tau jika masih
ada si dia yang 'single’ memerhatikan anda!
-
Jangan lupa berdoa ~ Allah
berpesan, “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doamu itu.
(Al-Mu’min(Ghaafir):60). Oleh itu, sentiasalah berdoa kepada Allah
memohon agar dipertemukan jodoh yang baik dan dipermudahkan segala
urusan. Insya-Allah, anda akan berolehnya.
Salam Sayang...
Sis Anor
|