|
Kalau dah suka
Oleh : Sis Anor
anorahman@yahoo.com
Sebagai orang Timur, terutamanya orang Melayu yang kaya dengan adat dan
budaya, memang sukar bagi kita mempamerkan perasaan SUKA kepada orang lain.
Agaknya orang Melayu memang susah untuk menunjukkan perasaannya
berbanding bangsa lain.
Kenapa kita takut menyuarakan perasaan kita terhadap seseorang? Kenapa memendam
perasaan dan tidak berani meluahkan sayang? Terngiang-ngiang perbualan teman
sekuliah suatu tika dulu,
“ Mati hidup semula pun aku takkan cakap perasaanku
padanya!”
ATAU
“Takkan perempuan mahu mulakan dulu, tak gentleman ler!”.
KENAPA??? Kita di era millenium, zaman ‘cyber’….. bukan zaman Uda & Dara
yang bermadu kasih di sebalik pokok kelapa…..
Bagi saya, perasaan SUKA mesti diberitahu. SAYANG mesti disebut
selalu. Kenapa pula perlu disembunyikan. Apa untungnya disimpan di dalam hati
kita? Kan lebih baik jikalau diucapkan? Untung sabut timbul. Mana tahu jika si
dia pun menyimpan perasaan terhadap kita.
Ada kalanya kita sukar mengungkapkan kata-kata cinta dan rasa hati dengan
kata-kata. Mungkin dengan ‘bermain mata’ dapat memberi makna kepada si dia.
Jika masih malu, carilah teman yang boleh menjadi ‘orang tengah’. Tak salah
rasanya mencuba cara ini kerana ramai pasangan yang berjaya disatukan dengan
suntikan dari orang ketiga ini.
Duhai teman! Jangan kerna ‘ego’ yang tinggi, dua hati yang sudah ‘suka sama
suka’, tapi akibat tiada sebarang tindakan yang dibuat, akhirnya cinta berlalu
begitu sahaja. Bukankah menolak jodoh namanya? Usahlah diletak kesalahan
ini dibahu lelaki yang biasanya dikatakan patut memulakan langkah pertama.
Rasanya tak salah jika wanita memulakan bicara, asal adat tetap dijaga, kan.
Salam Sayang...
Sis Anor
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|