|
Wanita memilih
Oleh : Sis Anor
anorahman@yahoo.com
Wanita memang memilih! Itu satu kenyataan yang tidak boleh disangkal.
Namun, tidak salah jika seorang wanita berkerjaya belum bersuami. Bukan suatu
perkara yang pelik jika wanita berusia 30-an belum mempunyai pasangan. Mungkin
dia mengambil sikap berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya. Mungkin dia
belum ketemu jejaka yang bakal melindungi dan sama-sama meniti hari tua. Tiada
siapa yang inginkan mahligai yang dibina bergoyah akibat sikap terburu-buru
dalam memilih pasangan.
Rasanya tidak salah jika setiap wanita mengambil langkah yang lebih teliti
dalam menyediakan diri untuk menerima seorang lelaki dalam hidupnya, kan? Usah
terperangkap dengan janji-janji kosong yang ditaburkan semata-mata kita
terdesak dalam mencari pasangan hidup. Apa guna jika mempunyai suami sekadar
sedap mata orang memandang, tetapi tidak menjamin kehidupan kita! Tiada wanita
yang mahu mengorbankan dirinya untuk suatu kehidupan yang bercelaru akibat
menerima seorang lelaki tanpa usul periksa.
Allah telah menetapkan seorang suami sebagai pemimpin bagi setiap keluarganya.
Jadi, sudah pasti wanita mahukan lelaki yang benar-benar layak menjadi ketua
keluarga dan memimpin dirinya serta anak-anaknya. Jadi sebelum membuat
keputusan untuk memilih pasangan hidup, eloklah jika kita mengenali dahulu diri
‘teman’ kita itu manalah tahu jika ’si dia’ pemegang title ‘MBA’(Married
But Available).
Bagi anda yang masih tercari-cari CINTA, jangan mudah terpedaya dengan masa.
Ketahuilah, kadang-kadang usia boleh mematangkan kita. Tidak sukar untuk
menilai lelaki yang jujur dalam perhubungan. Gunakan segala pancaindera kita.
Jangan pula membutakan mata dan memekakkan telinga akibat terlalu asyik dengan
cinta. Kadang-kadang, pandangan dari orang lain juga harus diambilkira dalam
memilih pasangan.
Namun ingatlah teman, sebagai manusia kita hanya mampu merancang. Hanya Yang
Berkuasa yang menentukan segalanya. Usah dikesal jika jodoh tidak berpanjangan
walaupun kita berusaha untuk menyelamatkannya. Bukan kita silap memilih atau
silap perhitungan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Akhir kalam. di harap
tiada yang tersinggung atau tidak berkenan dengan apa yang tercatat ini.
Sekadar meluah satu pandangan bagi yang berkenaan. Wassalam.
Salam Sayang...
Sis Anor
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|