|
Semua
yang berlaku ada sebabnya
Oleh
: Symphony 921
zabd13@yahoo.co.uk
Adakalanya
seseorang akan hadir dalam hidup kita dan kita pun sebenarnya tahu yang
dia juga telah dimaksudkan begitu. Hadirnya dia dengan beberapa tujuan,
menunjuk ajar kita satu pengajaran tentang hidup ini atau pun menolong kita
untuk lebih mengenali diri sendiri, siapa kita dan apa yang sebenarnya kita
mahukan dalam hidup ini. Kita mungkin juga tidak mengenali siapa sebenar mereka
yang hadir dalam hidup kita, tetapi kita telah meletak harapan pada kali
pertama lagi, mungkin kerana kita tahu bahawa setiap saat mereka akan
mengubah hidup kita, dalam pelbagai cara..
Dan kadangkala sesuatu yang terjadi kepada kita pada masa itu mungkin kelihatan
dahsyat, menyakitkan dan tidak adil, tetapi dalam diri kita menyedari
bahawa tanpa mengatasi halangan-halangan tersebut kita tidak akan menyedari
potensi diri, kekuatan, kuasa, kemahuan atau hati kita sendiri.
Semua yang berlaku ada sebabnya. Sedarilah bahawa tiada apa pun akan berlaku
secara kebetulan atau kerana nasib. Kesakitan, suka-duka, detik-detik
kehilangan yang sebenar dan kebodohan, semuanya berlaku untuk menguji batas
jiwa kita.
Tanpa ujian-ujian kecil sebegini, hidup ini mungkin akan menjadi seperti suatu
perjalanan yang tiada rintangan, jalan yang lurus, leper yang tidak ke
mana-mana, selamat dan selesa, tetapi membosankan dan benar-benar tidak berguna
serta tidak memberi sebarang makna..
Seseorang yang kita jumpa akan memberi kesan kepada hidup kita. Kejayaan dan
kegagalan yang kita alami akan menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya, dan
pengalaman-pengalaman buruk boleh kita pelajari daripadanya. Dan yang
sebenarnya mereka mungkin adalah seseorang yang penting kepada kita. Jika
seseorang menyakiti, mengkhianati atau melukakan hati kita,
maafkanlah mereka kerana mereka telah membantu mengajar kita
mengenai amanah dan yang paling penting menjadikan kita lebih berwaspada
kepada siapa yang akan kita bukakan pintu hati kita nanti.
Jika seseorang menyayangi dan mencintai kita, cintailah mereka kembali tanpa
syarat, bukan kerana rasa simpati di atas kecintaan mereka kepada kita,
tetapi juga kerana mereka mengajar kita untuk menyayangi dan membuka
pintu hati serta persepsi kita terhadap sesuatu perkara yang remeh-temeh.
Membuat perhitungan setiap hari dan menghargai semua yang mungkin boleh
kita hargai, kerana kita mungkin tidak akan mendapatnya sekali lagi.
Berbicaralah dengan orang yang kita tidak pernah berbicara sebelum ini, dan
belajarlah untuk menjadi pendengar yang setia.Biarkan diri kita sentiasa penuh
dengan perasaan kasih dan sayang, kebebasan dan berpandangan jauh. Teruskan
fokus kita kerana semuanya itu berada diatas landasan yang sebenarnya
Yakinkan diri sendiri bahawa kita adalah seorang individu yang hebat dan penuh
dengan keyakinan dan kemampuan, kerana jika kita tidak mempercayai diri
kita sendiri, tiada siapa lagi yang akan mempercayainya.. Ciptakan kehidupan
kita sendiri dan kemudian keluar dan tunjukkan kepada dunia dan hiduplah dengan
bangganya dengan apa yang telah kita lakukan.
“jika kita mengalihkan pandangan serta menutupi matlamat-matlamat kita, semua
yang akan dilihat nanti sebenarnya hanyalah halangan-halangan belaka”
...Berkongsilah bersama-sama, bahawa sesuatu yang hadir dalam hidup ini ada
sebabnya.
Symphony 921.
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda
dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana
kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada
elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat
termasuk sistem dapat kembali tanpa
kebenaran pemilik
www.razzirahman.com
Hakcipta
Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman Sdn.Bhd.
|
|