|
Kebahagiaan Lelaki, Penyeksaan Wanita
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com
Bila bercerita tentang lelaki berpoligami atau lebih familiar,
kahwin dua, tiga, ramai akan mempunyai tanggapan yang berbeza-beza. Bagi lelaki
tentu saja ianya amat menggembirakan sekali jika berpeluang melakukannya. Lebih
membahagiakan jika peluang berkahwin dua itu dipersetujui pula oleh si isteri.
Namun, yang terseksa dan terkecewa sudah tentulah wanita! Walau pasti syurga
balasannya, berkongsi cinta zahir dan batin amatlah memeritkan. Mengelak dari
bermadu pula, mungkin mengundang zina di antara si suaminya dengan gadis yang
diidamkan. Situasi sebegitu pula boleh menjurus kepada dosa. Inilah
persimpangan dilema yang amat berat untuk ditanggung oleh mana-mana wanita
sekalipun.
Tanyalah wanita mana pun, cakaplah si isteri yang bertudung labuh mana sekali
pun, hati mereka tetap akan tersentuh dan tertanya-tanya...
“Apakah diriku ini masih belum cukup untuk membahagiakan suami ku?”
Sugul dan resah mulai mengintai di lubuk sanubari, hati kecil semakin terasa diusik
jiwa yang sedang parah. Jantung berdetak-detik dalam keresahan sepanjang masa.
Bertambah pilu lagi apabila melihat bakal madunya itu lebih muda pula dan ‘bergetah’
kulitnya.
Maka, bertambahlah juga penyeksaan batinnya, kesedihan di hatinya dan kekecewaan
yang melanda, sudah pastinya akan mengubah dirinya yang selama ini begitu sabar
menjadi suri rumah.
Berbalik kepada si suami yang tersenyum simpul pula, aduuuhhh...bahagialah ya.
Dapat berkahwin dengan yang lebih muda dan mendapat pahala lagi. Malah pahala
sembahyang juga turut bertambah. Mana tidaknya, kalau nak dikira mengikut
sistem matematik,
1. Semasa bujang pahala sembahyang : 7X
2. Sesudah kahwin pahala sembahayang : 70X
3. Bila berkahwin 2, pahala sembahyang : 140X
Haaa...kalau nak tambah lagi pahala sembahyang, kahwin 4, pahala bertambah ke
280X! Hehehe...banyak tu, bestkan?! Namun, perlu diingat ya...pahala-pahala
jugak. Keadilan dan kemampuan adalah perkara utama yang wajib diambil kira dan
dipastikan terlebih dahulu.
Sekiranya tiada keadilan dan kemampuan tetapi berpoligami jugak, ianya akan
bertukar menjadi dosa pulak. Sudahlah tak mampu, tapi nak berkahwin lebih, bila
tak mampu, mestilah setiap perkahwinan itu akan tiada keadilannya. Bila tiada
keadilan, maka hilanglah tujuan sebenar poligami itu yang mana berkonsep,
membantu kaum yang lemah, menjauhkan maksiat dan membawa ke arah pengembaraan
suci Al-Islam. Sedikit sahaja ketidakadilan, maka berdosalah si suami, maka
berjalan sengetlah dia di hari
pengadilan nanti!
Jadi, apakah yang perlu kita fikirkan sekarang? Kebahagiaan lelaki yang boleh
menambah pahala dan juga dosa? Atau penyeksaan wanita yang juga boleh memberi
pahala besar kerana rela bermadu dan juga menanggung dosa yang bakal terjadi? Walau
apa sekali pun, berpoligami sudah pasti...
“Kebahagiaan Lelaki, Penyeksaan Wanita”
Article by :
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
|