|
Wanita suka diseksa
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com
“Walau dikeji, tak dipeduli dan ditinggalkan, namun cinta ku tetap
kepadanya. Aku akan tetap mengagungkan kesetiaan ku kepadanya sampai
bila-bila…”
Ungkapan sebegini, berjuta kali kita mendengarnya, malah mungkin juga kita
sendiri pernah memperkatakannya. Apabila bercakap tentang kesetiaan…seolah-olah
ada satu suara halus dari dalam diri kita yang berbisik. “Kau kena setia, kalau
kau tak setia…nanti dia juga sama.”
Betapa jujur dan ikhlasnya, hati nurani anda
yang berkata-kata.
Dalam persoalan ini, tiada siapa yang boleh menyalahkan sesiapa melainkan
diri anda sendirilah. Kerana, walau berbuih mulut “Abang Cinta” menasihat dan
memberi pendapat…jawapan mereka yang diseksa separa sedar ini, pasti sama :-
- Saya sanggup tunggu dia sampai bila-bila bro
- Sudah 4 bulan, dia hanya senyap…tapi saya akan tetap setia menanti
- 10 tahun saya cintakan dia, setia kepadanya, tak mungkin saya buka hati pada
yang lain bro.
- Biarlah, dia nak buat kat saya cam ni. Tapi saya akan tetap sayang kat dia.
Apabila bro cuba memberi contoh-contoh lelaki yang curang atau sudah memiliki
yang lain, atau pun sebenarnya sudah tidak mempunyai perasaan kepadanya… Si
gadis pula yang bersungguh memberi alasan untuk lelakinya yang sudah hilang
entah kemana :-
- Tak bro…dia tak macam tu…dia baik
- Eh bro…saya tak percayalah apa yang bro kata…dia setia kat saya selama ni
- Selama ni dia selalu call saya bro walau sibuk kerja, walau tak ada line
handphone. Dia pasti cari jalan untuk menghubungi saya. Ini mungkin dia penat…
- Saya yang silap kan bro…bukan dia, dia selalu baik terhadap saya
…dan berbagai-bagai alasan lagi KHAS diberikan kepada bro demi dia yang
dicintai. Sedangkan, si dia sudah lama dan jauh pergi menghilang diri entah
kemana. Mungkin sudah bercinta dengan yang lain, mungkin sudah kahwin.
Tapi, wanita-wanita ini TETAP dengan kepercayaan mereka yang mereka masih
mempunyai harapan untuk terus bercinta dan bahagia bersama lelaki itu. Namun di
akhir perbualan, selalu wanita itu akan berkata, “Kalaulah bro tahu dan rasa
bagaimana terseksanya jiwa, batin saya…”
So, jelaslah… "WANITA SUKA DISEKSA!" Namun mungkin hanya diwaktu mereka masih
buta dalam bercinta. Yang pasti, TIADA WANITA YANG SUKA DISEKSA...tetapi ramai yang membiarkan penyeksaan itu berlaku... seolah-olah suka diseksa!
Tapi takkan nak buta cinta sampai berbulan-bulan. Ada pula yang
bertahun-tahun. Anda tak rasa pelik ke??…wanita ini tahu yang hidup mereka
terseksa, wanita ini sedar yang mereka telah ditinggalkan…tapi mengapa masih
mahu menunggu? Mengapa masih mahu setia?…
Pendapat Brother Love :
Mendapat Closure, atau kepastian, penerangan, mengapa dan mengapa dan mengapa
semua ini boleh terjadi, MUNGKIN akan memberi kepuasan kepada kita yang menagih
cinta. Kerana setiap manusia perlukan JAWAPAN.
Namun, hidup ini sudah terlalu sukar untuk dimengertikan, jadi mengapa kita
harus manambahkan kesukaran itu lagi? Sebenarnya, setiap apa yang
terjadi, itu adalah jawapannya. Tetapi kita masih berdegil ingin
jawapan dan kepastian dari mulut si empunya diri juga. Yang pasti, jawapan
darinya adalah jawapan yang sebenar-benarnya kita sudah mengagak!
- Bila sudah berhari-hari tak call : Jawapannya - Sudah ada orang lain la tu
- Bila bercakap kasar : Jawapannya - Sudah bosan dengan perhubungan kita la tu
- Bila selalu keluar tanpa kita : Jawapannya - Mulai nak cari yang lain la tu
- Sudah tidak mesra : Jawapannya - Sudah tiada cinta dan sayang lagi
- Menghilang diri : Jawapannya - Sengaja melarikan diri dari kita
Semua jawapan-jawapan ini anda sudah tahu, tapi mengapa masih mahu
menyeksakan diri anda dengan terus mengharap? terus setia kepadanya? Kerana anda
suka diseksa??
Bro minta anda cari aje pasangan yang baru, atau pun kawan baru, kehidupan
baru, teman baru, perhubungan baru, buka lembaran baru,
“Berhenti menyeksa diri anda sendiri beb, MOVE ON!!!”
Article by :
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
|