Razzi Rahman @ Brother love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
home @ Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com ebook cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Blog Cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Forum Cinta Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com Karya Cinta @ Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Brother Love @ Razzi Rahman.com


Inikah Cinta?
Oleh : Octavia

info@razzirahman.com

 
Sebuah kisah Benar... Di Pantai Barat Sabah...
Watak Utama : Seorang lelaki dan Pencintanya..

Mengisahkan satu pasangan yang sudah lama menjalinkan cinta. Bertahun-tahun lamanya. Sejak di bangku sekolah menengah lagi. Gadis ini amat mencintai kekasihnya dan berharap lelaki itu berkongsi rasa yang sama. Walaupun si lelaki sudah bekerja, dan gadis ini masih menuntut disebuah universiti, namun si gadislah yang sering membantu lelaki ini dari segi kewangan. Maklumlah, taraf kehidupan si gadis lebih tinggi dari kekasihnya.

pada setiap bulan, sebutlah berapa pun amaun lelaki ini ingin pinjam, si gadis sanggup mengorbankan duit poketnya demi memenuhi permintaan lelaki ini. Bukan itu saja, malah tiap kali dating, gadis ini lah yang keluarkan duit untuk minyak motor, makan dan tiket wayang.

Namun pengorbanan gadis ini masih tidak mencukupi bagi lelaki itu. Tiap kali nak keluar, asal saja gadis ni terlambat sedikit, dan si lelaki terpaksa menunggu walaupun hanya 2 – 3 minit, pasti gadis ni jadi mangsa herdikannya. Malah lelaki ini kerap kali meninggalkan gadis ini walau terlewat hanya 5 minit.

Di suatu hari yang indah... semasa meluangkan masa bersama.... Ada seorang gadis yang menarik lalu di depan pasangan ini...
  • Lelaki : Ko nampak tak pompuan tu?
  • Gadis : ya. Kenapa?
  • Lelaki : Cantik kan body dia.. Sebenarnya, cam tu la taste aku. Bukan mcm ko ni. Kurus kering. Tak de shape langsung!
  • Gadis : hah?
  • Lelaki : Iya. Tapi apa nak buat, aku takde pilihan. Terpaksa la pilih kau ni. Kalau ada gadis lain yg suka aku, jangan harap aku nak pilih ko..
(gadis itu hanya terdiam saja. Walaupun pedih namun disebabkan sayang, dia tak kisah pun semua tu. yang penting lelaki dicintai berada disisi selama ni)

Dalam perjalanan Pulang... Mereka ditahan oleh polis trafik kerana road tax motor dah melepasi tarikh luput.
  • Lelaki : Aduh. Kena saman lagi. Habis lah duit gaji bulan ni.
  • Gadis : Apasal tak cakap roadtax expired? Kalau tak, tadi pinjam kereta abah je.
  • Lelaki : hah! Disebabkan kita BERDUA yg naik motor tadi, so saman kita bagi dua la.
  • Gadis : ??? (Terkebil-kebil mendgr kata-kata pujaan hatinya)
  • Lelaki : Jangan nak buat muka bodoh pulak. Ingat!
Di suatu hari yang malang.. Si gadis dan 3 orang rakannya ditimpa kemalangan. Oleh kerana kereta yang digunakan adalah kereta sewa, maka mereka terpaksa membayar RM1000 penalti dlm masa dua hari. Gadis ini tidak cukup wang untuk membayar penalty tersebut. Oleh itu dia meminjam duit lelaki itu. Sehari kemudian….
  • Lelaki : bila nak ganti duit tu?
  • Gadis: Duit takde lagi ar. Abah lum bagi duit lagi.
  • Lelaki : Tapi mak aku yang suruh datang ni. Die cakap ko mesti gak bayar duit tu esok. Die tak suke aku pinjamkan duit kat orang.
  • Gadis : Tapi..
  • Lelaki : Apa2 pun, esok aku datang, yang aku nak tau duit tu dah ada. Klu tak, siap ko! Mahu tak mahu, gadis ni terpaksa jugak pinjam duit kawan untuk bayar duit lelaki tu.
Walaupun telah dinasihati berkali-kali oleh teman rapat, gadis  itu Cuma berkata, "Apa nak buat! Aku betul2 sayang die. Dah lama kami bercinta."

Ini kah namanya cinta? Sanggupkah anda melalui situasi seperti ini? Kalau aku, tak sanggup oii... Belum 25 tahun umur aku, agaknye dah dapat heart attack! Ni baru 3 situasi, belum lagi di hari yg lain. Bulan yang lain.. tahun yg lain.. Huh! Baru ni je aku dah nak flying kick kan mamat ni.. Anda pula bagaimana?



Untuk ke blog cinta sila
klik di bawah :
tanya brother love

*Anda  dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali  tanpa kebenaran pemilik www.razzirahman.com

Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman Sdn.Bhd.