|
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Oleh : Achikz
achikz2004@yahoo.com
Kadang2
aku x percaya dgn kata2 itu... pada aku, kata2 tu semakin basi, tiada
makna.... tp setelah beberapa peristiwa berlaku, aku semakin mengakui,
ada kebenarannya....
Peristiwa
Pertama : 7 April 2006, seorang bayi lelaki telah dilahirkan ke
dunia... anak yg tidak diinginkan oleh bapanya sendiri, dilahirkan
dengan penuh kepayahan dan debaran oleh seorg ibu yg ditinggalkan...
bila dilihat, aku x mengerti apakah hikmah yg dikatakan, tapi ternyata,
ibu itu, menjadi semakin matang, tidak lagi bergantung pada lelaki..
dia menjadi semakin kuat, semakin tabah... ada atau tiada lagi lelaki
lain dlm hidupnya skrg bknlah lg 1 masalah, kerana dia sudah mempunyai
waris... waris yg akan mendoakannya, selepas dia pergi kelak... dan
sang bapa, hingga kini masih gagal mendpt bahagia, wpun ada isteri
cantik, kaya dan bergaya...
Peristiwa
Kedua : Disebalik hidup yg penuh tekanan, kedukaan, kesedihan, Tuhan
berikan aku 1001 keistimewaan & kekuatan... utk menjadi aku yang
aku, aku yg masih tersenyum dan tertawa, aku yang masih berjalan dikala
ada insan lain terbaring menanti belas... aku yang masih mampu
mendengar kala ada insan yg hanya mampu memandang.. aku yg masih mampu
melihat kala ada insan yg hanya mampu membayangkan.... aku masih punya
keluarga, sedangkan ada teman2ku yg keseorangan di dunia.. aku masih
punya teman2, sedangkan ramai lagi yg dipulaukan... aku masih punya
seseorang (atau mgkn lebih) yg masih menyayangi aku lbh dr sekadar
teman... aku masih mempunyai otak utk berfikir dan belajar, aku masih
mempunyai cita2 utk berada di atas puncak, aku masih mempunyai tubuh yg
sihat utk mencapai impian....
Peristiwa
Ketiga : 9 tahun yang lalu, saat dia pergi, aku sedih... aku menangis..
aku kecewa... aku semakin terluka dan kelukaan itu mengubah aku menjadi
seorg yg sangat berani... berani utk berdendam, berani utk membalas
kata2 dan perbuatan jahat org lain terhadapku... tp hari ini, stlh 9
thn, aku percaya, Tuhan tlh memberikan apa yg setiap org berhak
menerima... Perempuan itu, yg membuat dia pergi, sedang sakit,
menjangkiti penyakit kelamin dari suaminya sendiri(dia!!).. Andai dia x
pergi kala itu, akulah perempuan malang itu, dan aku bersyukur, kerana
BUKAN AKU.... Bukan aku berdendam, pun bukan aku bergembira dgn
kepayahannya, tp aku bersyukur, kerana Tuhan menjauhkan aku dari itu
semua....
pun, aku yakin, setiap yang berlaku, ada hikmahnya........
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|