|
Jangan bersedih lagi
Oleh : Beego
beego_wdp@yahoo.co.uk
'Jangan
bersedih lagi' ditulis buat insan2 yang sedang dilanda masalah samada
dlm cinta,dlm kehidupan. Istimewa buat 'M' yang baru kehilangan,juga
buat farah, ieda(NEWBIES) juga utk semua.juga diri ku...
KESEDIHAN..Kita tidak pernah mengundangnya namun selagi kita bergelar
manusia,kesedihan pasti akan dirasai oleh setiap manusia melalui rentak
kehidupan ini.Dalam kesedihan pasti ada airmata,namun jangan lagi kita
tangisi atau iringi kesedihan itu dengan airmata lagi kerana lazimnya
kesedihan itu boleh membuat kita manusia merendah diri tapi dalam masa
yg sama kesedihan boleh menjalinkan hubungan sesama manusia.Contohnya:
1.Bila kita putus cinta,ditinggal kekasih atau kita dimarahi oleh
seseorang,mulalah kita menjadi negatif,terasa kekurangan diri..aku
bodoh,aku tak cantik,aku miskin dia kaya...aku itu,aku ini..semua yang
menjatuhkan rasa keyakinan diri.Kesedihan yg begini ini cukup membuat
kita merendah diri.
2.Bila ada negara yg di landa ribut,taufan spt di China skrg dan spt
Tsunami yg pernah berlaku di Acheh beberapa tahun dulu..ramai yg
terkejut,ramai yang bersimpati dan rasa sedih.Itu kita yg mendengar
apatah lagi mangsa ribut itu sendiri,kehilangan keluarga
tersayang,harta benda.Dan diwaktu mereka kesedihan inilah ramai yg
simpati dan merasai kesedihan mereka.Ramai yang menghulurkan bantuan
dari negara luar termasuk Msia.
Sama juga seperti kawan2 kita yang sedang kesedihan kerana putus
cinta,kena tipu,kehilangan org tersayang..kita cuba bantu mereka
meredakan kesedihan atau berkongsi masalah mereka dengan nasihat dan
kata2 positif.Inilah contoh bekerjasama sesama manusia dalam kesedihan.
Sebenarnya,Kesedihan boleh dijadikan ubat penawar kepada jiwa.Kalau
kita fikir dengan baik dimanakah dan siapakah tempat untuk kita
mengadu, kalau bukan kepada Tuhan Yang Esa.Ketahuilah Dalam masa
kesedihan sembahyang dan berdoa adalah cara yg paling berkesan.Ia
membawa hasil yg positif dengan segera..iaitu dengan merasakan satu
kelegaan kerana telah mengadu pada yang Maha Mendengar,Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang.
Kesedihan sama juga dengan kegagalan,ia boleh memberi rahmat atau
kecelakaan pada diri kita.Bergantung pada reaksi kita menerimanya
samada hendak membawanya ke arah positif atau negatif.Contohnya, bila
cinta putus di tengah jalan,ia sebenarya membawa seseorang itu ketitik
permulaan dalam hidup.Dimasa inilah kesedihan mempamirkan diri,dan
bertindak sebagai pembimbing kepada jalan kejayaan atau membawa
kemusnahan diri.Semua bergantung pada individu yang mengaitkan dirinya
dengan kesedihan.Tenang jiwa kita tenanglah kita membuat keputusan
sebab itu jangan membuat keputusan dalamkeadaan kita yang
tertekan.Pilihan ditangan kita.
Perasaan Sedih sama juga dengan Emosi Cinta,boleh membaiki jiwa
kita,memberi dorongan untuk terus menghadapi liku-liku hidup ini dengan
tabah dalam dunia yg penuh pancaroba.
Untuk itu,kita mesti tanamkan dalam diri kita,'KESEDIHAN DI TERIMA SEBAGAI SATU FAEDAH BUKANNYA KECELAKAAN'
Utk kawan2 tersayang,'Dlm kesedihan ada benih kegembiraan,carilah
ia..cambahkan ia,agar esok dapat memunggut faedah kegembiraan darinya
dan detik itu,kita tidak akan membenarkan perkara kecil atau
remeh-temeh menganggu kita lagi..'
*Utk 'M'sekali lagi apa yg kau mahu aku telah aku lakukan disini dan kau sendiri tahu bagaimana aku saat2 begini.
Utk kawan2 disini sbenarnya sy sendiri dalam kesedihan,hari ini genap
sebulan saya kehilangan seorang kakak kerana luekimia,sehari selepas
itu seorang ibu saudara jua pergi menyahut seruan Illahi,disusuli dgn
kepergian kwn sy(tunang M) dan semalam saya kehilangan seorang ibu
angkat,Namun saya cuba pamirkan keceriaan,gelak ketawa di laman ini
sebagai pengubat/penawar kesedihan ini.U all semua hepi dengan jenaka
saya,saya yg duka turut jd hepi.So,BE HEPIIII.... ;) Hidup mesti diterus kan!
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|