Razzi Rahman @ Brother love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
home @ Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com ebook cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Blog Cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Forum Cinta Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com Karya Cinta @ Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Brother Love @ Razzi Rahman.com


Mungkir bahagia
Oleh : Beego

beego_wdp@yahoo.co.uk

 « on: May 28, 2008, 11:57:01 PM » 

Seperti yg aku janji kan dlm kisah 'Bukan pilihanku',aku nak citer camne aku kenal dan putus gan makwe aku.andainya cerita aku ni..di baca oleh org2 berkenaan dari hujung kaki hingga hujung rambut aku mohon keampunan..tiada niat memburukkn sesiapa kerana setiap apa yg terjadi itu dengan izin NYA jua.

Namun ceritaku adalah milikku,kenanganku,dari dlm diriku yg juga ada kekurangannya tika bersama.. Apa pun kita mesti sedar," Yang baik datang dari Allah,yang buruk datang dari diri sendiri..".Dan setiap yg terjadi ada rahmatnya...

                    
Dia hadir dalam diriku tanpa diduga dan tanpa dlm otak aku nak cari 'somebody special'.
Semuanya bermula ketika aku cross training di sebuah city hotel.Aku kena training kat satu Department tu and dia secretary disitu.So,banyak benda aku kena tanya dia dan dia kena bantu aku.Cam biasa walaupun waktu keje aku 9pg-5ptg aku awal dah mula keje and time balik aku pukul 9mlm belum tentu balik.Balik awal ke bilik aku tak buat apapun kecuali tengok TV or tidur.Keje macam aku ni makan minum tak menentu kekadang kul 4ptg baru nak lunch.Tapi sejak aku situ..dia ni(ex makwe aku)hari2 ingatkan aku time makan,ada hari dia bawa bekal kat aku.Aku pernah jugak dinner dengan dia 2,3kali, dari situ aku banyak tahu tentang dia.

Pendekkan cerita,2 bulan kat city hotel tu..aku kena balik semula ke Resort.Selepas tiga hari aku balik,aku terima satu parcel dari dia (secretary @ makwe aku tu..la).Wow..satu ofis dok perli aku!!!!Apa aku terima? Biarlah Rahsia....hahaha.. .Pastu aku kol lah dia cakap thank you..mulai hari tu..hari2 dia kol aku.Dan aku pun kol dia gak.Dan semenjak itu kami menjadikawan. Aku anggap dia seperti kawan baik takde feeling pun, seriously! masa tu lah...   

Satu hari tu..dia datang bercuti ke tempat aku keje.As my guest aku layan lah dia.Bawa dia dinner menikmati angin malam kat tepi laut.. sambil di hembus angin laut cina selatan..romantiknya!!  Dan kebetulan pulak masa dia kat situ,family aku pun ada bercuti sama.Masa dinner malam kedua tu baru aku kenalkan dia pd family aku.Pendekkan cerita lagi,rupa2nya masa aku keje mak aku keluar jalan2,shopping di temani oleh dia.Dari situlah family aku kenal dia.Aku dan dia terus berkawan baik.Dia pulak rajin menalipon mak aku bertanya khabar.

Dua bulan selepas itu,dia bagitahu aku sesuatu yang mengejutkan jugak...mak aku suruh dia ajak aku kawin. Sebabnya mak aku tak berani tanya aku..takut luka lama berdarah kembali.Aku tanya pendapat kakak2 aku, mereka pun bersetuju kalau aku rasa ok.Aku sendiri tanya dia,adakah aku ni calon yg sesuai utk dia dan di persetujui mak ayah dia sebelum ni dia pernah putus tunang.Dia kata itu dia boleh handle dan bagi aku,terus terang saja,aku boleh terima dia dan boleh mengikat tali pertunangan dengan tapi tidak terus kawin.Aku masih ada impian untuk dikejar.Itupun aku minta tempoh sebulan untuk berfikir.Tolak,campur,bahagi,darab dan masa berlalu pantas tup..tup..kakak aku kol,family aku nak hantar cincin tanda kat dia.Aku kata terserah andai itu jodoh aku.

Sebenarnya aku tak pernah merancang nak ada gilfren ke,kawin ke..betulll!!!selepas aku kehilangan cinta pertama yg penuh tragedi..sebab mak aku tak bagi kawin gan Syikin(1st gilfren aku)yg aku sentiasa ingati.. hingga kini tiada penganti.Ini cerita lain..ada masa aku cerita di lain title.


Masuk tahun baru,aku resign dari bidang perhotelan.Aku sambung belajar dalam bisness.Dan dengan takdir Allah masa itulah nenek aku sakit.Sempatlah aku jaga dia,berulang alik ke hospital dan masa itulah juga ex makwe aku pun tukar ke KL dan tinggal di rumah nenek bersama dua orang pembantu.Dia pun banyak membantu masa aku sibuk dengan kelas.Usia nenek tak panjang, nenek tinggalkan kami ketika aku sedang sibuk nak exam.Hidup mesti di teruskan.......

Aku ingat pesan arwah nenek,belajar pandai2 mesti di berada ditempat yg terbaik.Alhamdulillah.. aku pelajar terbaik!!Dan memulakan bisnes aku.Pasal kawin aku aku tak fikir,sebab aku mesti kukuhkan company aku yg baru bermula ni.Bakal isteri aku pulak masih tinggal di rumah arwah nenek bersama pembantu yg dah mcm family.Aku tinggal tempat lain tapi sesekali ada masa,ada hal aku balik,ada waktu aku tidur jugak kat sana.

Di tahun pertama,mula2 nak bisnes makwe aku banyak bagi support,tolong aku tapi akhir2 ini dia mula merungut sebab aku tak ada masa utk dia..nak shopping,nak tengok wayang...jarang sekali..dan mak we aku mula ada rasa cemburu..itu yg aku tak tahan!Dengan secretary aku pun dia nak jelous...ni yang paling aku lemassss..aku rasa lelaki lain pun rimas kalau asyik2 kol..asyik2 tanya kat mana.....dah tu kalau bagitu dgn betul..tak caya pulak!!!!...mulalah tension!

Pendekkan cerita,satu hari tu..makwe aku bagitahu dia nak balik rumah mak ayah dia sekejap.Aku no hal!!! Dan malam dia balik ke rumah semula,dia di hantar oleh seorang lelaki.Malam tu pulak hujan lebat,gelap..aku ambil payung menyambut dia di pintu kereta,dlm gelap tu lah dia kenalkan dengan mamat tu,yg kononnya sepupu dia baru balik dari oversea..Ok la tu!!!!

Seminggu lepas tu..Aku ajak mamat tu dinner kat rumah sebab aku nak tahu dia ni siapa,anak sape..Malam tu aku yang masak.Aku tengok makwe aku bukan main hepinya..cam2 cerita lah hal2 masa kecil diorang keluar. Pendekkan lagi cerita..kita sambung lagi esok sebab aku dah ngantuk!!!

==================================

Hari-hari terus berlalu,aku tengok makwe aku memang rapat gan mamat ni..mula2 aku tak syak apa2 aku terima mamat ni cam adik aku.Dia jemput hantar makwe aku kemana aje..Kerana tak mau sesuatu yg buruk berlaku aku cuba berubah dengan spend kan masa aku gan makwe aku.shopping,tengok wayang, karaoke..apa dia nak aku ikut jerr dan tak bestnya kekadang mamat tu pun ikut sama.

Akhir2 tu..pulak makwe aku rajin sangat MC,pening la,sakit perut lah...bila nak hantar ke klinik,ada org dah awal2 hantar.Aku kah yg terlewat atau aku yg tak diperlu kan...?satu persoalan yg belum terjawab dan aku bawa makwe aku bercuti,disana aku slow talk gan makwe aku tentang hubungan kami.Bila aku cakap pasal kawin dia pulak yang mengelak,dia kata dia nak sambung belajar lagi.Aku pula terus terang cakap tak mahu kehilangan dia,aku perlukan dia disisi aku untuk motivate aku dan bersusah senang bersama..aku tersedar diri dan cuba sedaya upaya memperuntukan hari lapang aku padanya sejak kemunculan mamat tu...!!

Pendekkan cerita, Aku ada masalah dengan bisnes partner,pengajaran pertama dlm bisness bila 'terlalu percaya gan org lain'. Aku betul-betul down masa itu.Aku tak berkesempatan nak bagitahu makwe hal ni..aku yang dia tahu kesibukan..dan dia pulak buat-buat sibuk gan mamat tu.Tolong buat paper work lah,ada aje alasan diorang nak bersama.Lama-lama Harimau  dah tunjukkan belang.Aku jadi benggang gan mamat ni..tapi aku tak tunjuk marah dan meluat aku cuma aku tunjukkan pada dia yg makwe aku tu..(merangkap sepupu dia)milik aku so dia tak perlu sibuk2!!!!hubungan aku gan makwe aku tegang sedikit sebab dia kata aku terlalu cemburu.

Suatu hari tu aku betul-betul stress,aku perlukan kawan bercakap lalu pergi jumpa ex-boss aku (yg dh jd kawan baik) di tempat kerjanya.So kat dialah aku menceritakan hal bisnes dan termasuk hal makwe aku(Dan masa inilah juga aku berjumpa dengan minah Filiphina tu.)Malam tu aku terus tidur kat hotel,dibilik boss aku. Juga hari-hari seterusnya bilik hotel boss aku cam bilik aku jugak! Habis kerja aku balik sana.

Sampailah ketika dah sejuk sikit aku ajak makwe aku ikut aku jumpa ex boss aku.Dia setuju.Ex boss aku sebenarnya tak begitu suka pada makwe aku,dia kata makwe aku ego,berlagak dan tak sepadan gan aku. Lepas kerja hari itu kami sama2 ke hotel tapi belum sempat kaki nak turun kereta kat parking hotel tu..makwe aku buat hal.Dia nak balik jugak masa tu jugak!!! sepanjang dlm kereta asyik bersms,last2 aku syak ni..mesti pasal mamat tu!kami bertengkar and boss aku terpaksa masuk campur.Malam tu makwe aku balik dengan teksi dan aku terus balik ke kondo bujang aku.Aku terus solat dan baca yasin untuk ketenangan jiwaku.

======================================

sambung semula..episod terakhir.

Alhamdulillah,dua jam selepas itu makwe aku kol,dia minta maaf dan bla...bla..bla....dlm tangisan yg tersedu sedan dia kata,kalau aku tak perlukan dia lagi,dia nak keluar dari rumah arwah nenek yg dah mcm rumah dia tu.Aku suruh dia fikir balik apa yg dia kata.Aku suruh dia tunggu aku datang sekarang jugak.

Sampai je aku kat rumah tu..mamat tu pun ada.Aku terus ajak makwe aku masuk bilik aku,Aku tutup pintu bilik. Aku nak bincang baik-baik hal ni dengan makwe aku sebelum apa2 keputusan dibuat.Makwe aku emosional sikit..aku pulak benar-benar takut akan kehilangan dia.Tetiba pintu bilik aku diketuk dengan kasar,suara jantan mamat tu..suruh makwe aku keluar dan boleh lagi kata jangan terpengaruh dengan kata-kata aku.

Aku buka pintu bilik dan aku kata pada mamat tu,"Hei..kau ni apa kes?Dah lah datang kat rumah orang nak tunjuk lagak pulak!!!Get Outtttttt..!!!!Aku jerit..hilang sabar aku,darah dah melegak ke kepala! Belum sempat apa2 'Pang..!!' pipi aku kena tampar,belum sempat apa2 kaki aku kena tendang..aku jatuh..dan belakang aku kena pijak!!!!Makwe aku dan pembantu kat rumah..menangis-nangis tengok aku kena pukul.

Dia bagitahu mamat tu..yang aku tak boleh di kasari,tak boleh terlalu agresif.Mak we aku suruh mamat tu keluar kalau tak dia panggil Polis. Mamat tu belah tapi sempat gak pesan yg dia nak makwe aku tinggal aku .


Aku benar-benar kesakitan yg amat sangat..mulut dan hidung aku berdarah..telinga aku rasa membesar dan kaki sebelah kiri aku mula kebas..belakang aku cam ada batu melekat.Aku pengsan!!...

Sedar-sedar aku kat Hospital,baru je bukak mata makwe aku kata sorry! Walaupun aku masih dlm keadaan terkejut..aku cakap kat dia thanks kerana masih ada disisi aku. And jangan bagitahu sesiapa atau family aku tentang hal ni. 3 hari aku kat hospital.. keputusan agak mengecewakan kaki aku 70% tak boleh bergerak aktif kerana satu ketika dulu semasa aku menjalani rawatan di hospital, air tulang sum-sum aku pernah di ambil dan kejadian ini menambahkan keadaan yg tidak baik.

Operation perlu dibuat tapi tinggi risikonya kerana aku ada penyakit yg lebih serious.Sejak hari itu hingga kini..aku bertongkat!
Dan kawan2 yg tahu aku kena pukul..siap nakgi pukul balik mamat tu balik tapi aku yg tak kasi.Alaa..budak-budak!! Hari ini dia buat aku nanti Tuhan bagi lagi teruk kat dia..takpelah!

Aku MC seminggu kat rumah. Makwe aku keje macam biasa..dan 'sangka aku panas akan terus ke petang,rupanya hujan di tengah hari..,ku sangka siang kiranya malam..'.

Suatu pagi itu..aku nak cari satu file yg makwe aku simpan,aku masuk bilik dia..dalam dok cari file tu..aku terjumpa satu diary dlm bag galas dia.Terkejut aku..sesungguhnya Tuhan menguji aku lagi..dalam diari tu aku jumpa gambar2 mamat tu.siap tulis 'I love U..'ntah apa2 kata2 romantis lagi.Aku baca diary itu..Rupenya diary tu milik mamat tu untuk makwe aku.Page pertama aku baca pun dah rasa benggang..penuh dengan kata2 cinta dah tu..siap kutuk2 aku lagi.Siap ada gelaran tak elok kat aku.Satu diari itu aku suruh makcik kat rumah ni..fotostat dah tu aku letak kat tempat asalnya semula.Perasaan aku?? Nak kata marah, benggang, sedih.. meluat...semua ada tapi aku masih juga ada rasa SABAR!Alhamdulillah!!

Malam tu kebetulan makwe aku nak keluar.Aku ajak dia duduk sekejap namun dia bg cam2 alasan nak cepat keluar.Aku tahan dia..satu..satu rahsia dia dan mamat tu aku bongkar dengan nada suara yang biasa saja,aku tak tunjuk aku marah tapi aku jelek sebenarnya.Dia mula naik angin..kata aku macam,ungkit mengungkit hal aku,family aku dan segala-galanya.Last dia tak balik,katanya duduk rumah makcik dia and aku tak kata apa pd dia.Rasanya cukuplah segalanya apa yang Tuhan tunjukkan pada aku.

Aku orang biasa,yang diuji Allah dgn kesilapan aku sndiri dlm membina dan mengejar kehidupan duniawi.Aku tak putus berdoa pd Tuhan..mohon yg terbaik dari NYA.Hinggalah satu hari tu kak ngah aku kol minta aku ke UK kerana dia nak ke Mekah dan kalau boleh nak aku jaga anak2 dia bersama mak aku disana.Hmmmm..mcm ada satu jalan untuk aku pergi dari kemelut ini.Aku ambil masa seminggu sebelum memberi jawapan 'ok'.

Dengan petunjuk dari Allah dengan tenang aku buat keputusan,yg tekad hanya aku dan Allah saja yg tahu bagaimana tenangnya aku mempertimbangkan segalanya.mungkin ada yg tak puashati mcm kawan2 bisnes aku, tapi aku mesti berani buat keputusan.dan aku rasa Allah membuka jalan utk aku berhijrah.lagipun aku nak menjlani rawatan.lepas tu baru aku boleh fikir yg lain2.TUTUP BUKU LAMA!Aku takmahu terluka atau melukakan org lain lagi.Ku ingin BAHAGIA!

Akhirnya,sebelum aku bertolakke UK menjelang seminggu lagi Ramadhan,Aku cerita pd kak long aku (kini arwah) apa yg terjadi pd aku dan segalanya tentang makwe aku.

Malam terakhir nak meninggalkan Msia, makwe aku kol dia sakit dan nak jumpa aku. Pendekkan cerita lagi,dia nak pinjam duit aku.Kami dinner sama-sama..masa itu dia kata takleh lupa aku,merayu aku but aku bagi reason yg baik.aku terpaksa mungkir pada kebahagiaan yg di janji kerana sebenarnya ngan aku tahu dia bermuka-muka dengan aku(yg ni aku tak cakap la!)dan dia juga mungkir pada apa yg dia ingin berikan bersama aku pada sat bahagia.Bye2 halal kan makan minum aku waktu bersama dan kita masih kawan!Ending??..aku pun fikir habis kat sini tapi...

bersambung....

======================================

Besar kesilapanku,besar lagi kesilapanmu..
hampa yang kau rasakan, hampa lagi perasaanku..
kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan..
yang tak mungkin kau maafkan lagi..
(sambung sendiri..)
                           
Malam itu aku berlepas ke UK jam 11.55pm dari KLIA.Aku tekad dengan langkah baruku ini, keputusan aku so aku kena berani untuk terus kedepan.Seat sebelah aku kosong(sebab bertongkat..)layananpun lain dari org lain.Bestnya tiada gangguan tapi nun kat hujung sebelah kanan aku ada sorang perempuan cantik,muka macam familiar,manis lak tu..semanis Fazura(opppsss) tapi aahh lantak lah.Aku bukan nak ngorat dia.
 

Aku tertidur Zzzzzzz...aku mimpi ke tak aku tak ingat..tapi bila aku tertoleh ke kanan aku tahu aku bukan bermimpi bila perempuan cantik tu tadi senyum kat aku.Feeling aku terganggu sedikit...Nak tau dialah M (yang kini telah menjadi  teman tapi mesra aku).ini bab lain,di lain title aku cerita(kalau ada masa) camne dia boleh baik gan aku dan dialah yg banyak mengubah segalanya.Dan Inilah rahmat pertama yg Allah berikan dlm langkah baru ku ini.Alhamdulillah!

Pendekkan cerita,sampai ke destinasi dah petang.Cuaca betul2 sejuk.Sampai rumah Kak Ngah,abang ipar aku yg sambut bersama 2org anak2nya kakak aku,mummy aku tak ada.Bila aku tanya,abg ipar aku kata berehatlah dulu besok kita cerita.Aku tak syak apa2..yg aku tahu perut aku lapar nasi.Lepas makan aku terus berehat.

Esoknya,baru aku nampak Kak ngah tapi aku tak nampak my mum,aku tanya kak ngah dimana mummy.Kak Ngah duduk sebelah aku,sebelum dia cakap, awal2 lagi dah minta maaf kat aku.Heran gak aku.. tapi rupanya dia tahu hal aku gan makwe aku,bukan dia nak masuk campur tapi nampaknya sebelum aku sampai makwe aku dah report pada mummy hal hubungan kami yg terputus.Semuanya sebab aku,aku yg tak elok,aku yg bersalah.Sampai mak aku terkejut dan masuk hospital.

Satu ujian baru untuk aku disini tapi takpe aku tahu aku difitnah..cerita makwe aku satupun tak betul pd aku,adakah patut makwe aku kata aku yg pinjam duit dia untuk bisnes dan aku takut aku lari tinggalkan dia...Oh Tuhan,takpe lah aku terima dugaan Mu ini.. kerana aku tahu apa tujuan dia nak mengianayai aku.Its Ok!Sabar.Keburukan dan kesalahan dia sendiri disembunyikan.Dan aku juga diam tak cuba membetulkan apa yg tak betul malas aku nak cakp pasal ex-makwe aku.Bila kak ngah
tanya aku kenapa bertongkat,aku kata jatuh.Rupanya Kak ngah dah tahu segalanya dari kak Long aku di Msia.

Kak ngah suruh aku cerita sendiri dengan Mummy apa sebenarnya terjadi.Aku kata aku tak boleh sebab aku tak suka cakap hal yg aku cuba lupakan dan aku tak suka cakap hal kekurangan atau keburukan orang yg aku pernah sayang.Biar org buat aku tapi aku takkan balas dengan tak elok.Aku bukan lah baik sangat tapi itu biarlah Tuhan yg membalasnya..'Lahaulawala quwatabillah aliyull azim..'Tiada Daya Dan Kekuatan BagiKu Kecuali Dengan Pertolongan Allah.Terang2 dah tahu itu fitnah dan dia nak aniayai aku..Tugas aku berdoa yg terbaik dan mohon Allah tenangkan jiwaku.Amin!

Antara aku dengan Mummy sebenar hubungan kami amat dingin.Tak mesra kecuali didepan org lain.Apa aku buat ada saja kekurangan nya pada mata mummy.Aku buat bisness pun sikit Mummy tak sokong nasib baik aku ni ada Arwah Nenek yg jadi tempat bermanja dan mengadu.Dah lah tu..aku tak nak cakap hal2 yg tak baik pasal Mummy yg melahirkan aku,Takut berdosa !

Alhamdulillah,kak ngah kata dia dah cerita semua pd mummy dan dia turut nasihatkan mummy..apapun yg org cakap tentang aku dan anak2 mummy yg lain,kami tetap anak mummy jangan terpengaruh dengan kata2 buruk org lain sebelum menyiasat betul-betul.Kata kak ngah lagi,mummy menangis kerana dia tak sangka aku tak cuba mempertahankan diri atau bercerita hal sebenarnya pd dia atau kak ngah.Kini dia sedar yg aku begitu sengsara dijiwa dan menanggung fizikal begini.Takpelah, bagi aku..Syukur pada Tuhan,mujur aku ada cerita pd kak Long pasal ini semua,kalau tak semua percaya cerita Ex-makwe aku tu.Satu bab selesai!

Tapi,Nampaknya ex-makwe aku tak puashati,hari2 dia sms aku dengan maki hamun,kata negatif..yg tak elok di dengar atau dibaca dah tu..panggil aku 'si tempang' lagi! Takpe Alhamdulillah..!!!Yang aku tahu orang kalau dah sakit jiwa,sakit mental,tak ingat Tuhan.. begitulah jdnya!Dan aku,satu sms diapun aku tak balas,biar Tuhan yg balas dengan cara yg sepatutnya.Rupanya fitnah ini dah ketahuan pd kerabat2 aku,habis..mak sedara,pak sedara,sepupu sepipit makwe aku sebarkan cerita beracun tentang keburukan aku.Aku sabar,keluarga aku pun sabar..Apa jua kata hina dia pada aku akan kembali pada dia semula,itu janji Allah!

Camtulah cerita aku,mummy dan aku ok sikit kerana aku tekad dari pembacaan dan nasihat dari M, dan kwn2 baru yg aku temui disini..aku akan merendahkan diri aku,menghormati,memahami pada org yg melahirkan aku,biarpun tak sekata tapi biarlah kami sehaluan dlm mencari keredhaan Allah.

Ramadhan di sambut dengan ketenangan dan ketakwaan, dan syawal aku sambut bersama Mummy dan keluarga kak ngah serta sedara mara disini setelah hampir 8tahun aku tak pernah merayakannya bersama mereka,apatah lagi 8tahun juga aku tidak pernah mencium tangan mummy,ibu yg melahirkan aku.'Teruknya kau,Beego..'itu kata M pada aku. Namun dalam kebahagiaan yg dikecapi,Allah memberi ujian lagi pada aku dan keluarga bila Kak long aku di dapati menghidapi SLE 

HADIS NABIS S.A.W Yang bermaksud;
'Seseorang itu tidak akan merasa nikmatnya beriman,Sehinggalah dia mempercayai dengan qada dan qadar dari Allah samada yang baik atau buruk,begitu jua yang manis ataupun yang pahit..'

Dan aku tekad meneruskan langkah ini seadanya aku dengan semangat baru yang tiba,tanpa mahu mengeluh kerana aku tahu 'Tuhan itu tidak kejam..' Yang aku cari kebahagian dan ketenangan juga keseronokan yg boleh membahagiakan org2 yg disekeliling ku biarpun aku terpaksa meneruskan sisa-sisa hidupku yang waktunya kian hari kian singkat.


Untuk ke blog cinta sila
klik di bawah :
tanya brother love

*Anda  dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali  tanpa kebenaran pemilik www.razzirahman.com

Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman Sdn.Bhd.