|
Cinta "Makeover"
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com
Chapter 1
Apabila berkali-kali Fazlin bertembung dengan tunangnya bersama
beberapa gadis-gadis sekolej dengannya, dia bagaikan sudah serik untuk
meneruskan pertunangannya. Hari Azman ditangkap khalwat, adalah hari
dia mahu memutuskan pertunangannya itu. Namun, ibunya yang begitu
menyanjung keluarga Azman, amat keberatan membenarkan dia berbuat
demikian. Lalu,
“Kita tak boleh nak sewenang-wenangnya memutuskan
pertunangan ini Lin, mama takut nanti mama dibenci bapa Azman, dia tu
Dekan mama!”
“Maaa, Lin tak tahan dengan perangai Azman…you know kan?”
“Ya laa…mama pun menyesal dan malu menerima si Azman…emm, apa kita nak buat Lin?”
“The only way to do this ma…ialah dengan
membuatkan si Azman itu sendiri memutuskan pertunangan ni!!
Eee…geramlah ma!”
“Err…tapi nak buat camana?”
“Alaaa…Lin buat macamana dia buatlah, bagi
kena tangkap khalwat dengan lelaki lain…haaa, senang je
tu!”
“Issshhh…gila?! Mamaa tanya betul-betul ni, bukan main-main…”
“Betul lah ma…”
“Habis, lepas kau kena tangkap, mana mama nak sorok
muka mama ni? Malu satu kolej, satu keluarga kita malu, semua sedara
mara tanya apa nak jawab?! Huuu…NO! NO! NO!!”
“Ok then…mama bagilah idea…”
“Okey…emm, apa kata…”
Chapter 2
Wajahnya, masam mencuka. Rambutnya panjang mencacak-cacak… kusut
masai. Memakai Tshirt putih yang sudah kelabu, jeans levis koyak
merata! Sambil matanya kuyu, dia hampir lentok terlena duduk di kerusi
depan Pensyarah Mariam…
“Farain!!...pay attention!”
“Hah?!Hah?...ya..ya puan…” Terkejut mat
rock itu dari lenanya. Farain adalah salah seorang pelajar kolej yang
selalu ponteng kelas, malas belajar dan menjadi pelajar favourite Puan
Mariam…untuk diceramah. Tetapi hari itu…satu tugas besar
menunggunya.
“Maa…eeiuuu…pengotor lah ma dia ni.”
“Well, dia aje yang ada…yang lain-lain semua tak berminat!”
“Emm Mama, are you serious?...is this the guy? Biar betul…”
“Well…you got better idea?”
“Hahhhh….oklah! oklah!...so apa nak buat seterusnya?”
“Hehe…extreem makeover!”
Terbeliak mata Farain yang mulai kuyu semula. Dia mulai
menggaru-garu kepala dan dadanya. “Errr…apa maksud puan
tu?...dan..err..dan ..tuju kat saya ke tu?”
“Awak diam Farain!...ikut saja apa saya suruh,
memang sudah lama saya nak cuci awak ni, dah lah selekeh,
pengotor…busuk pulak tu. Kalau bagus belajar tak apa jugak, ini
pemalas!...awak nak saya beri F untuk semua mata pelajaran awak?”
“Ya…ya puan….MAAF!...err…tidak puan, saya nak A hehe...”
“Ok Lin..take him…dan do the makeover!”
“Huuuhh my God!”
Chapter 3
Sungguh tidak disangka sekali apabila mamanya telah mencari helah untuk
Fazlin dengan mencari lelaki yang sanggup menyamar dan berlakon
bermesra dan bercinta dengannya agar boleh membuatkan Azman bertukar
benci kepada Fazlin, lantas Azman sendiri yang akan memutuskan
pertunangan mereka. Tetapi helah mereka tersekat seketika apabila
beberapa lelaki tampan dan segak tidak mahu bekerjasama. Sehinggalah
Farain lelaki terakhir yang bersetuju, semuanya kerana tidak mahu gagal
di dalam final examnya.
“Eee… ngapa awak renung saya aje?
…seramlah!” Kesah Fazlin pada Farain yang baru selesai
dimandikan dan dilulur pembantu Spa Puteri di Shah Alam.
“Emm…awak cantik!” perlahan nada suara Farain menjawab.
“YA! Saya tahu…awak tu yang hodoh, comot, dah berapa bulan tak mandi?”
Farain hanya tersenyum dengan wajahnya yang selamba dengan
rambutnya yang panjang jatuh menutupi hampir kesemua mukanya. Dua orang
pembantu Spa itu tiba-tiba muncul dengan persalinan baru, “Encik
Farain…masa untuk berendam air bunga dan mandi
susu…”
Farain mengangguk dan mulai melangkah mengikut
pembantu-pembantu spa itu, duduk di penjuru, Fazlin sempat berkata,
“There you go…pergi cepat!!...abang, tolong berus seluruh
badan dia ya, buang semua daki-daki dan karat-karat kat celah-celah
tu…hehehe…”
Geram juga rasa di hati Farain, tapi apa nak
buat…dia sememangnya sudah berbulan-bulan tidak mandi dan
hidupnya sudah tidak terurus dan seperti orang terbuang kerana
menggilai seseorang tetapi tidak pernah dilayan sebelum ini.
“Ya lah Cik
Fazlin…haa…abang-abang semua, dengar tak Tuan Puteri kita
bertitah tu? JOM…do me a makeover, ubahkan saya menjadi seperti
raja, so bolehlah saya menjadi pasangan si puteri sombong tu hehehe!
“Ooh..perli saya…”
“Hehe..well, cik Fazlin…bagi saya, you boleh
buat makeover macamana sekalipun kat saya, nak jadikan saya charming
macamana pun, tetapi dalam diri saya, saya tetap berjiwa rock! Selamba
dan santai…”
“Well, Encik Rain…seperti mama saya
cakap…JANGAN CAKAP BANYAK! Pergi buat apa yang sepatutnya awak
buat! Hehehe…”
“Baiklah sayang…yang cantik…yang manja…abang pergi dulu ya…”
“Eeuui…mat rock gatal…pengotor…go now!”
“…ya lah, ya lah!...gurau sikit pun tak leh. Boring!”
“Hihihi..” Mengeleng-geleng kepada Fazlin dan
tergelak sendirian dengan aksi Farain, ...CUTE, yang secara am nya,
hodoh tapi menarik!
“Hmmm…entahlah, apa akan jadi seterusnya dengan mamat ni…”
Chapter 4
Persetujuan Farain sebenarnya amat menggembiran Puan Mariam yang cukup
kenal sangat dengan pelajar kolej itu yang sudah lama memerhatikan
anaknya. Malah dia agak benci dengan sikap Farain yang selalu
mempermain-mainkannya di bilik kuliah sebelum ini. Tetapi Perubahan
mendadak yang dilakukan secara Extreem Makeover terhadap Farain
benar-benar mengubah lelaki itu.
Dari seorang yang sangat selekeh, sekarang dia kelihatan
sungguh segak walaupun dia bukanlah lelaki tampan. Dari seorang yang
selamba dan suka bermain-main dan tidak serius dalam apa jua hal, dia
memaksa dirinya menjadi sopan, beradab dan sangat menarik
ketrampilannya. Yang berbau dan berdaki, kulit yang agak gelap, kini
dia wangi, bersih dan berseri kulitnya. Sehingga kawan-kawan
sekuliahnya hampir tidak mengenalinya lagi. Masing-masing mulai
bersorak...
“Farain ke ni???...wow! WOW! WOW! WOWW!!”
Begitulah riuh suara ramai pelajar-pelajar kolej lain yang
amat terkejut melihat lelaki itu muncul bersama Fazlin menuju ke bilik
Puan Mariam. Namun, Farain sangat tidak selesa dengan perubahan itu,
kadang-kadang perangai lamanya masih terikut-ikut.
Cuma perkara yang senang untuk dia lakonkan ialah
mencintai Fazlin kerana itu sebenarnya sudah sebati dalam dirinya
sehingga Puan Mariam dan Fazlin terpaksa berulang kali mengingatkannya
yang mereka hanya berlakon. Farain mengangguk lemah, tetapi di dalam
hatinya, dia berazam untuk cuba memikat gadis itu supaya benar-benar
jatuh cinta kepadanya.
Chapter 5
Sudah hampir 2 minggu, panggilan telefon dari Azman tidak dilayan
Fazlin, dia benar-benar berusaha untuk membuatkan lelaki itu memutuskan
pertunangan mereka. Keletah Farain pula yang selamba rock dan pandai
berjenaka, selalu membuatkan Fazlin tertawa riang. Walaupun dia tidak
setampan mana, tetapi gurauan Farain selalu menggelikan hati Fazlin
sehinggakan Farain dan Fazlin semakin mesra dan amat rapat. Malah,
pasangan yang menyamar ini begitu terkenal hampir ke seluruh kolej,
sebagai couple yang paling romantik dan happy go lucky! Sehinggalah
terdengar ke telinga Azman yang mulai cemburu dan rasa tercabar,
lantas, lelaki itu telah membuat lawatan ke kolej…
“Lin…Man dengar, you ada boyfriend kat kolej
ni? Apa…you sudah lupa ke you tunang I?...walau apa pun yang
telah berlaku kat I..itu semua dusta, orang nak fitnah I…Lin, I
sayang you tau…”
“Oh really? Patutlah you tidur dengan macam-macam perempuan…”
“Look…itu semua karut, I tak sayang dia orang okey…I sayang you saja…”
“Sudahlah…I got to go.”
“Nanti sayang…”
Puan Mariam yang nampak akan si Azman dan Fazlin berbual,
cepat-cepat memanggil Farain dan menyuruh lelaki itu pergi melakukan
tugasnya, dengan membuatkan Azman cepat membenci Fazlin.
“Hai sayang…” tegur Farain, terasa geli di kerongkongnya...tapi terpaksa.
“Hei Rain…dah lama I tunggu you tau”
“Ya?...eh jomlah, kita gi makan…I lapar lah.”
“JOM!” Sambil menjeling kepada Azman yang
mencuka rautnya, Fazlin terus saja mencapai lengan Farain dan berkepit
rapat, berdua-duaan meninggalkan Azman yang terus terpinga-pinga di
situ dan mendengus-dengus kemarahan. Fazlin amat gembira sekali kerana
telah dapat membuatkan lelaki itu marah. Dia amat berharap, Azman
memutuskan pertunangannya secepat mungkin.
“Tengok tu Rain, Azman dah marah tu…nampaknya kita berjaya.”
“Ya lah, hehehe…baguslah…cepat-cepat
dia belah, cepatlah kita boleh mula bercinta, kasi real punya la
sikit…”
“Apa you cakap?”
"Tak ada apa..."
"Tadi you cakap kita bercinta apa dah tadi..."
“Huh?..taakkk..hmm..I cakap...bestlah you ada
seorang ibu yang sanggup merancangkan kebahagiaan anaknya…I tak
ada siapa …yatim piatu.”
“Oh? sorry…hmmm…you tak ada keluarga lain?”
“Ada…bapa sedara I, tapi jauh…kat
Australia. Kat sanalah I mula minat Lenny Kravits, Steven
tyler…then mula jadi
rockers…yeaaaahhhhhh…hahahaha…”
“Hehehe..you ni memang funny guy lah…”
Keesokan harinya, dan hari-hari seterusnya…
Hampir setiap hari Azman datang ke kolej itu untuk berjumpa dengan
Fazlin, dia langsung tidak putus asa, dan tidak menunjukkan tanda-tanda
dia akan memutuskan pertunangannya dengan Fazlin. Malah, Azman juga
turut mulai melakukan ‘Makeover’ dengan dirinya sendiri.
Azman berubah menjadi seorang lelaki yang benar-benar baik terhadap
Fazlin dan langsung tidak cemburu dengan perhubungan Fazlin dan Farain.
Sehingga membingungkan mereka berdua…
“Isshh…geram aku dengan si Azman ni. Apahal dia tak give up ah?”
“Ya lah…hmm…apa lagi kita nak buat?”
“Tu lah pasal…gua dah tak tahu nak buat apa
dah beb!..err...maksud saya, ...saya sudah tidak tahu...”
"Nevermind Rain!"
"Heh?...hehe okey...tapi mamat ni kacau arrr.."
Farain amat tidak berpuas hati kerana lakonan mereka hanya membuat
Azman berubah menjadi lebih baik, bukan sebaliknya. Makin rapat Fazlin
dan Farain ‘bercinta olok-olok’, Azman semakin baik pada
Fazlin dan telah berubah menjadi seorang lelaki yang amat setia kepada
tunangnya, malah begitu understanding terhadap perhubungan Fazlin
dengan Farain, sehinggakan semua pelajar-pelajar kolej memuji-muji pula
sikap Azman...apa sudah jadi?!
Hari berganti hari… sikap Fazlin pula mulai berubah ghairah
dengan perubahan Azman. Dia yang begitu teruja mahu membuat Azman marah
dan benci kepadanya dulu, kini beralih arah. Malah dia begitu gembira
sekali melihat Azman kembali tergila-gilakannya. Perasaan ingin
memutuskan tali pertunangan dengan Azman, semakin pudar di ingatannya.
Hampir setiap masa dia meluahkan rasa gembira dan terujanya dengan
perubahan Azman sehinggakan membosankan Farain yang berpura-pura suka
dengan apa yang telah terjadi.
“Lin happy nyaaa…Rain, At first Azman amat
cemburu kan Rain, dia marah sangat, tapi sekarang dia dah berubah jadi
baik sangat tau Rain. Bayanglah…dia sendiri yang buat TOTAL
MAKEOVER dengan tingkah lakunya!”
“Humhhh...lawaklah mamat tu…nanti gua mandikan dan lulurkan dia kasi cuci!”
“Hahaha…ya..ya..nanti you buat tu. But…Lin rasa happy tau Rain…HAPPY! HAPPY!”
“Ya, I know…I can see, tapi…”
“Masa Lin duk bercinta dengan dia dulu tak macam ni
tau…hahaha, I’m so greatful!!! …sekarang baru dia
tahu. Itulah, masa I duk gila dan cinta dia sangat dulu, dia buat tak
tahu aje, sekarang baru dia nak terhegeh-hegeh. Hahaha…padan
muka dia kan, Rain.”
“Emm..well, good for you, okeylah tu humhhh…” keluh Farain. Semakin bosan dengan luahan Fazlin.
“Dia gentleman sangat tau sekarang…dia boleh
relax je tentang perhubungan kita. So understanding…dan dia
setia kat I, hari-hari datang tuuu, you nampak tak Rain?”
"Macam tu setia you kata?..."
"Aii...kalau tidak, dia takkan datang jumpa I hari-hari ni tau..."
“Yaaa…”
“Yeah! I berjaya! …I berjaya Rain…”
“Berjaya?...bukan ke you nak putus tunang ngan dia?
Siap guna I lagi untuk buat dia benci kat you. Sekarang ni you all
semakin rapat…apa yang you kata berjaya nya ni?”
Fazlin terdiam seketika, teringat tujuan lamanya yang tak
kesampaian tetapi wajahnya berubah ceria bila mengingatkan Azman yang
begitu menggembirakannya sekarang! “Hehe…betul jugak
kan…tapi I’m happy with him now.”
“Yaa…mungkin makeover dia lagi
power…” jawab Farain. Tersimpan perasaan kecewa di hatinya
kerana Fazlin tidak nampak yang dia sebenarnya telah lama menyimpan
perasaan kepada gadis itu dan jauh di lubuk hatinya, dia benar-benar
mencintainya.
"Ya mungkin...hihihi..." jawab Fazlin, tergelak-gelak
kecil melangkah kaki meninggalkan Farain, bagai khayal dalam cinta yang
semakin indah baginya...Farain mencebik sedih...kecil terasa di
hatinya, bengkak jiwanya mengenangkan perhubungannya yang bagai kabus
berlalu, tebal tetapi kosong semata-mata...
Chapter 7
Akhirnya..., rahsia penyamaran Farain terbocor sudah setelah Azman
terdengar perbualannya dengan Fazlin sewaktu dia diberitahu yang helah
pembohongan dan penyamaran itu sudah tidak diperlukan lagi...
Farain terdiam seribu bahasa…hilang sudah peluangnya untuk
bersatu dengan Fazlin. Lenyap kini cinta yang diidamkannya…tiada
lagi harapan kepada cinta yang seumpama cahaya mentari hampir hilang di
balik awan mendung...
“FAZLIN!...you buat semua ni untuk I?”
Terkejut mereka berdua tersergah oleh Azman yang muncul tiba-tiba.
“You sanggup berlakon demi untuk membuatkan I cemburu,
Lin?..Wow!”
“Well…yaa…I masih sayangkan you
Man…” jawab Fazlin penuh manja, terus saja Fazlin dipeluk
erat oleh Azman. Farain tertunduk malu dan perlahan-lahan mengundurkan
kakinya, lemah melangkah pergi dan berlalu depan bilik Puan Mariam yang
kelihatan sudah lama berdiri di situ sambil tersenyum sinis ke mukanya.
Sedih di hati Farain, bertambah pilu dengan riak wajah Puan
Mariam…langkahnya terhenti, dia memandang kembali ke arah Fazlin
yang terus berada dalam pelukan Azman…bergenang
matanya…Bapa Azman muncul perlahan-lahan kemudiannya dengan
wajah yang penuh puas dengan apa yang dilihatnya. Sambil berkata,
“Mariam…rancangan you berjaya…Genius!”
“Terimakasih Tuan Ariffin…”
Farain kehairanan...terpinga-pinga dengan kehadiran Dekan
itu yang datang entah dari mana. Apa yang dimaksudkan oleh dia ni?
Rancangan apa? Lalu perbualan mereka dicelah Farain,
“Apa semua ni Puan Mariam?...rancangan apa ni?”
“Farain!...awak boleh pergi sekarang…awak
hanya menyamar di sini dan tugas awak sudah selesai!” tegas Puan
Mariam, memuncung-muncung mulutnya.
“Err..ada apa ni Mariam?..siapa budak ini?”
“Err..err…tak ada apa-apa Tuan.”
“Mariam, you memang hebat, bagaimana you boleh tahu anak you akan kembali kepada Azman sebenarnya?”
“Oh? Hehe…sebenarnya I lebih tahu pasal anak
you Tuan Ariffin, maaf…tapi, Azman cukup terkenal menyukai gadis
yang mempunyai cabaran…jadi bila I ujudkan cabaran untuk
dia…pastinya dia akan kembali mencuba sedaya upaya untuk
memenangi hati Fazlin…dan itulah kelemahan anak saya
pula.” Jelas Puan Mariam sambil menjeling ke muka Farain dan
memberi sedikit lagi senyuman sinis…
“Hahaha…you memang bijak Mariam…BIJAK!”
“Well, berbesan kita Tuan Ariffin?”
“Itu sudah pasti!”
Tersentak seketika minda Farain, bagai terhenyak
jantungnya bila dia terdengar apa yang pensyarahnya berkata kepada
Dekan kolej itu…lantas dia memandang keseluruhan situasi
itu…jelaslah sekarang yang dia hanya dipergunakan oleh Puan
Mariam bukan untuk memutuskan pertunangan mereka tetapi semata-mata
untuk merapatkan kembali Fazlin dan Azman! Walau dia sedar, segala-gala
hanyalah lakonan dia dan Fazlin, tetapi jika untuk membuatkan Fazlin
kembali kepada Azman...tidak mungkin dia bersetuju melakukan helah
itu... Tambahan kini dia tahu perkara sebenar...Puan Mariam
membohonginya, membuatkan Farain terasa begitu terhina dipermainkan
sedemikian rupa…
Chapter 8
FAZLIN : Sekembalinya Fazlin kerumahnya, semalaman dia terkenang kepada
kedua-dua lelaki di dalam hidupnya. Azman, anak Dekan, lelaki kaya dan
tampan. Farain pula…lelaki selamba, kutu rock, tidak hensem
tetapi selalu membuatkan dia ketawa. Pelik…sepanjang dia berada
di dalam dakapan Azman, sedikit perasaan teruja tidak dirasainya, malah
tiada perasaan ‘MAGIC’ antara dia dan Azman.
“Aku confused!...bingung sangat!!! Segala kenangan
suka duka bersama Farain yang aku anggap langsung tidak bermakna itu
pula, yang mulai mengusutkan kepalaku. Ahhh...apa aku nak buat nihhh??!
Segala lakonan selama ini, benar-benar buat aku rasa begitu
bererti...oh GOD!!. Semua gelak ketawa dan gurau senda bersama Farain
ahhh...menusuk kalbu ku... walaupun ianya hanyalah lakonan tetapi bagi
ku ia AMAT REAL!...tapi bagaimana pula kasih Azman pada ku??”
FARAIN : Sepanjang minggu, Farain mengurungkan dirinya di kamar asrama
lelaki, dia tersangat kecewa dengan apa yang telah terjadi, apatah lagi
bila mendapat berita yang Fazlin dan Azman akan diijab kabul dalam
minggu ini juga…
“..aku sedar yang aku bukanlah lelaki pilihan
Fazlin, aku tak berharta, tak memiliki paras rupa setampan Azman, malah
sememangnya aku tidak layak untuk memiliki gadis itu! Ohhh...aku kecewa
lagi kali nihh…terluka lagi kerana cinta yang sudah terpendam
sekian lama…aku...aku...aku harus pergi dari dunia ini, pergi
jauh dari kekecewaan ini...AARRGGHHH!!!”
Jeritan Farain nyata benar menyampai maksud yang dia tidak
dapat menerima hakikat yang Fazlin bakal menjadi isteri
orang...akhirnya, kerana sudah terlalu kecewa, Farain mengambil
keputusan nekad untuk berhenti dari meneruskan pembelajarannya dan
pergi ke Perth Australia, pulang kepada bapa saudaranya yang pernah
menjaganya dulu. Farain lebih rela tinggal bersama pakcik dan makciknya
di Fremantle, menjadi nelayan laut luas daripada melihat cinta hanyut
dibawa arus deras…
Chapter 9
Di hari pernikahan Fazlin, Farain akan berangkat ke Australia dan
sepanjang perjalanannya ke lapangan terbang segala kenangan manis
bersama Fazlin mulai bermain-main diingatannya. Sekilas, bercahaya pula
setiap detik dan saat bersama gadis itu menerpa terus ke kanta matanya
seolah-olah sebuah wayang gambar bermain di depannya…sebak dada
tak terkira, senak terasa..dan perlahan-perlahan…air matanya itu
gugur juga akhirnya… “Lin…”
Semasa upacara akad nikah Fazlin, gadis itu menangis tidak henti-henti
dibiliknya. Entah apa yang bermain di mindanya, dia sendiri bingung!
Apabila mengintai di balik daun pintu, memandang ke wajah Azman, dia
langsung tidak merasakan keselesaan sebagaimana dia dengan Farain. Dia
seolah-olah baru tersedar akan kehilangan Farain, tersedar akan lelaki
itulah yang benar-benar menyintainya.
Puan Mariam agak sugul melihatkan perubahan Fazlin sepanjang minggu.
Dia kerisauan, kerana dia juga menyedari keadaan Fazlin, jauh di sudut
hati perempuan tua itu, dia tahu yang Fazlin teringatkan
seseorang…
“Lin…sudah beberapa hari mama tengok, Lin
muram saja…I thought you’re going to be happy bila Azman
nak kahwin dengan Lin…”
“Yaa…I’m happy mama…jomlah kita
jalankan upacara akad nikah ni. Orang pun dah ramai kat luar
tu…”
“Happy?...so tangisan Lin ni…tangisan gembira?”
“Yes mama…yes…”
“Lin, you cannot lie to me, I’m your
mother…mama mungkin sudah tersilap… mama ingat Lin
mahukan Azman...”
“Mama, stop talking about this okey!” airmata
yang berjurai di sapu dari matanya yang sembab. “Orang semua
menunggu, upacara akad nikah akan dilangsungkan sekejap
lagi...er..Lin..Lin mahukan perkahwinan ni…mama pun akan happy
sama kan ma?”
Berderai airmata Puan Mariam bila soalan itu
diajukan…seperti satu bebanan yang tersangat berat terhempap ke
kepalanya…dia merasa begitu menyesal. Melihat ibunya pula yang
menangis, cepat-cepat Fazlin memeluknya erat dan Puan Mariam juga
memeluk anak gadisnya itu dengan sepenuh kasih sayang…
“Lin…maafkan mama...Lin..err, Lin pergilah
kepadanya…pergilah Lin…Rain akan berangkat ke Australia
sekejap lagi.” Kata Puan Mariam dalam sebak dan penuh
penyesalan…rupa-rupanya dia juga merasakan apa yang Fazlin
rasa…naluri ibu yang melahirkan anaknya tidak akan terpisah dari
sebuah kepiluan yang menyelubungi.
“APA?!!...apa yang mama cakap ni?...dan Rain akan ke Australia?!”
Di ruang tamu, semua orang mulai resah gelisah menanti kebenaran dari
Puan Mariam untuk melangsungkan upacara akad nikah itu. Azman
berpeluh-peluh menanti dan terus menanti…tiba-tiba, Fazlin
keluar bersama dengan mamanya dari kamar tidur sambil terus menangis
teresak-esak. Puan Mariam mulai berkata…
“…Saya ingin meminta maaf kerana membiar anda
semua lama menunggu. Tetapi, anak saya ada sesuatu yang hendak
dikatakannya.”
Bapa Azman dan lain-lain yang hadir bertambah gelisah.
Wajah Imam juga agak terkejut. Azman tiba-tiba bangun berdiri…
“Mengapa Lin?..mengapa you menangis?”
“Maafkan I Azman…sebenarnya..I tak dapat…”
“STOP!!...jangan teruskan...please tell me, you bukan nak tarik diri Lin...I love you!…”
“Maafkan I Man…I don't...I don't...”
“APA?!!...You don't apa??...ishhh, ini mesti pasal budak RAIN TU KAN?!!” bentak Azman tiba-tiba.
“Tak…tak...”
“Habis tu…pasal apa you nak hentikan pernikahan kita dan menangis macam ni sekali?!”
“I…I don't love you anymore Azman…I don't feel the love...”
“WHAT??!!!...you jangan nak malukan I dengan
keluarga I okey!...dah lama I bersabar dengan you, dah lama I berlembut
dengan you, ingat senang ke I nak buat semua tu kat siapa-siapa saja.
Tolong sikit okey!”
“Azman...please understand!”
“Ahh…you jangan nak berlakon lagi lah!”
“Azman dengarlah tu penerangan anak saya tu.” tambah Puan Mariam cuba memahamkan Azman.
“Mariam…apa semua ni?!” Dekan pula mulai bersuara.
“So you don't love me anymore??...Hey
Fazlin…you ingat I tak tahu siapa Rain tu sebenarnya?..takkan
you jatuh cinta dengan kutu rock tu pulak? …are you serious?
Huh, who’s he? NOBODY!!”
“AZMAN!...”
“Huh… you nak tinggalkan I untuk lelaki yang
tak guna tu?...tak ada pelajaran, merempat! Please lah…
“Sampai hati you Azman…I ingat you sudah berubah selama ni…”
“Sudahlah tu Lin…” pujuk Puan Mariam
melihat tangisan Fazlin yang semakin menjadi-jadi dan terus
teresak-esak.
“Mariam…you dan anak you telah memalukan kami
sekeluarga hari ni. You tahu apa akibatnya, kan. Sudahlah Azman, Tok
Imam…mari semua, KITA BALIK!”
“TIDAK AYAH!...Man takkan balik, mereka ni takkan memalukan Man, ayah!”
“Sudahlah Fazlin…pergilah kejar Farain
sebelum kapal terbang berangkat pergi.” kata Puan Mariam yang
sudah malas hendak dengar kata-kata Dekan lagi maupun Azman sendiri.
“Baik mama.”
“Hei, hei..mana kau nak pergi tu
Fazlin?...FAZLIN!” jerit Azman melihat gadis itu yang terus
bergegas untuk ke Airport tanpa menghiraukan siapa-siapa lagi.
“Fazlin!...Fazlin...FAZLINNNN!!”
FINALE
Fazlin tercari-cari Farain di airport. Keberangkatan Pesawat ke
Australia hanya tinggal 15minit sahaja lagi. Fazlin tahu, Farain
pastinya sudah pun masuk ke ruang boarding pesawat. Lalu dia terus
berlari dan berlari sehingga merempuh sekuriti di muka depan pintu
departure. Fazlin terus berlari ke gate 28, dan kelihatan pesawat
Quantas Airways masih di parking bay. Dia melonjak kegembiraan sedang
beberapa sekuriti masih mengejarnya pula di belakang. Sampai di luar
boarding area gate 28…Farain kelihatan sedang melangkah longlai
memasuki aerobridge untuk masuk ke pesawat.
“RAIN!!...RAIN!!...TUNGGU!!” jerit Fazlin dari
luar dinding kaca yang tebal itu, namun tiada siapa yang dapat
mendengar jeritannya. Fazlin memukul-mukul dinding kaca itu pula,
“RAINNN!!!!”
Malangnya, Farain terus berjalan masuk ke pesawat dan
belum pun sempat Fazlin mengejar Farain ke dalam boarding area, dia
telah ditangkap sekuriti.
“RAIN!!...Hu! Hu!
Hu!...Rain…Rain…” rintih Fazlin semakin lemah
memanggil Farain dan dia hanya sempat melihat lelaki itu melangkah
masuk ke dalam kapal terbang yang kini sedia untuk bertolak. Fazlin
terduduk di lantai tersangat kecewa dan dia tertunduk, kecundang di
situ dengan hatinya yang teramat-amat sedih sekali menangisi
kehilangannya…“Huhu..huhu...Rain...Hu!Hu!Hu!...Rain…Rain…”
Tiba-tiba, naluri Farain bagai terasa…
“Uhh??...seperti ada orang memangil nama ku?” Farain
berpatah balik dan berjalan keluar dari aerobridge lantas menjenguk di
luar seketika. Dia menoleh sekeliling tetapi tidak nampak sesiapa.
“Huh..khayalan aku barangkali…” terus saja dia
berpatah masuk ke pesawat balik dan tidak perasan yang Fazlin masih
terduduk di lantai, dalam tangkapan sekuriti.
Di dalam pesawat, airmata Farain menitis-nitis di pipinya.
Kekecewaannya itu sangat menghiris hatinya. Tetapi apakan
daya… “Lin…walau ku masih mencintai mu, aku
harus meninggalkan mu dan harus melupakan mu…walau nurani ku
masih menginginkan mu dan hatiku masih mencintai mu…aku harus
merelakan kau pergi…”
Itulah pengorbanannya, walau dia teramat menyintai Fazlin, tetapi dia
merelakan gadis itu pergi bersama orang yang dia lebih cintai...tetapi
sesuatu yang teramat sedih sekali, Farain tidak menyedari yang
sebenarnya cinta Fazlin hanyalah kepadanya…
– THE END –
“Kita tidak akan merasa kehilangan orang yang kita sayangi kecuali setelah kita kehilangannya...”
Story by :
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|