|
Sebatas
kejujuran
Oleh : Beego
beego_wdp@yahoo.co.uk
Berkali-kali aku
ingin menulis tentang ini,tentang perasaanku,tentang cinta ku padamu dan setiap
kali itu jua aku terasa sebak yg teramat sangat.
Coretan ini ku
dedikasikan buat my mum 'I love U and hepi bday..'.
Bagaimana untuk nyatakan satu perasaan
indah ku buatmu kerana selama ini aku tak pernah menyuarakannya.Jutaan kemaafan
aku mohon dari mu sekiranya dlm aku meneruskan suara hatiku ini ada yg menyentuh
hatimu,mengembalikan kita pd kisah2 lalu yg rasanya amat melukakan hati
masing2.Apapun niatku bukan menyalahkan dirimu tp menyedarkan aku anak yg telah
menghancur impian mu,mungkin.
Buat pertama
kali dlm hidup ku memberi hadiah hari jadi buatmu,membuatkan kau menitiskan
airmata di KLIA pagi semalam. Terukkan aku?.Sengaja aku menunggu saat yg begitu
kerana aku tak mau,kau membukanya depan aku.Kau kelihatan tergamam.."Ape
ni,sayang.." tanya mu.Aku hanya tunduk tak sanggup memandang kearah mu."Just for
u,sorii lambat kasi.."balas aku.Kau peluk aku," U make me cry,Beego.." bisikmu
di telingaku.Aku rasa bersalah pulak.. sentimental nya pagi itu.Aku tak peduli
pd mata sekeliling yg memandang,buat pertama kali aku hulurkan saputangan utk
mengelap airmata mu.Seorang perempuan muda melepaskan kesedihan di
bahuku..biarlah kalau org nk kata apa. Look, mummy..u still young ok.Forever
young.. for me!!!
Mummy,hadiah yg
ku berikan pdmu tak ternilai dengan kasihmu.Mungkin itu yg pertama dan terakhir
dariku,mana tahu!!Aku tahu kau akan sedih bila aku kata begini.Setahun yg lalu
kau pernah kehilangan anak perempuan sulung mu dan terbaru kau kehilangan
seorang anak perempuan lg biarpun itu anak tirimu tp pd aku yg menjaganya di
hospital tiada perbezaan kasih disitu.Dan aku tahu kau jua begitu...disebalik
semua dugaan dari Allah ini,kita sama2 sedar apa erti menghargai kasih syg
insan2 yg dekat dengan kita.Itulah hikmah nya..
Aku mahu kau tau mummy, bahawa aku sgt2 bersyukur
pd Tuhan yg memberikan waktu dan kesempatan untuk aku menyatakan kasihku
pdmu.Benar sungguh,Tuhan itu menyusun perjalanan kehidupan kita dengan cantik
sekali.Inilah hikmah dan rahmat yg kita perolehi dari kelukaan masa2
lalu..biarpun aku terasa terlambat namun masih tak terlewat menyatakan suara
hatiku pdmu merasai cinta mu pdku.Indahnya mummy andai dari dulu lagi aku dapat
membahagiakan mu,membalas budi mu yang mengandungkan aku 9bulan 9 hari.. mungkin
antara kau dan aku takkan terpisah jauh kiranya aku tidak menurut kata hati yg
terluka ini.
Mummy,aku tahu
kau terluka dengan tingkah ku dan aku jua terasa dengan sikap tegas mu tanpa
mahu memberi peluang pdku bersuara hingga aku menjauhkan diri dari mu dari daddy
dan semua.Dua tahun ini baru aku cuba dekat dengan mu,berbaik sangka pdmu dan
Allah itu lebih mengetahui niat suci hatiku ini, diberinya kita sedikit ujian
diambilnya org yg kita sayang..dan kita mula buka mata..buka hati...dan
fikiran!Dan mulai menghargai apa erti kasih syg.
Mummy, 'M' banyak memberi aku kesedaran juga kawan2
yg lain tentang erti tanggungjwb seorang anak pd ibubapanya,tentang dosa dan
hukuman yg bakal aku terima.Tetapi sesungguhnya aku telah sedar dan sgt2
insaf..kesukaran yg aku lalui selama ini adalah hukuman dari Allah buat ku yg
derhaka pd mu,mungkin!
Bila cinta
pertama ku dihalang..diduga dgn pelbagai rasa,aku rasa itu tak adil buatku.Apa
saja yg mummy dan daddy mahukan aku turut.Daddy hantar aku belajar jauh dari
sinipun aku ikut tapi kenapa cintaku pd Shikin di halang??!! aku kecewa
mummy..dan baru saat2 akhir ini aku mendpt jawapannya, itupun arwah kakak yg
memberitahu biarpun tak panjang tp aku mulai mengerti.Takpe lah..semua dah
berlalu,tak perlu di kesal tapi bila aku ingat2kan apa yg aku dah buat pada mu
pada daddy..'Ya Allah! Hanya kau yg tahu bagaimana kejinya sikap hamba mu ini
melukakan hati ibubapanya..'. maafkan aku mummy.....
Mummy,hari ini kau tidak lagi bertanya jg mendesak
kerana aku tahu itu tidak penting lagi buatmu walaupun dulu kau malu bila aku
tak kawin2.Kawan2 mu asyik bertanya,ngape ank bujang sorang ni tak kawin2.aku
faham kau tiada alasan nak menjawabnya waktu itu.Kau kata kau malu pd sanak
saudara yg lain but mummy..mulanya memang aku tak kawin sebab aku marah,jiwa aku
memberontak, aku nak kau faham apa yg aku nak,sape yg aku cinta,untuk siapa
cinta ku ini..memang aku turut kata hati,tak pernah sikit pun aku fikir
perasaanmu perasaan daddy.
Sehingga daddy jatuh sakit gan perangai aku tapi
aku sempat bersama daddy selama 5 jam sebelum daddy meninggal.Daddy sempat pesan
kat aku,"Beego,jaga mummy baik2,u mesti buat baik gan kakak2 yg lain,jaga
adik.Daddy tau u frust but she's your mum,the only one..".Tapi pastu tetap juga
aku pergi jauh..degilnya aku,kan mummy..??!
Tuhan itu lebih mengerti dengan apa yg diberi.Aku
tahu,aku telah membuat kau menangis lagi mummy.Tapi katamu kau mengerti apa yg
aku lalui dan rasai.'Jangan ada rahsia lagi antara kita..'kata mu td.
Thanks mummy kerana memahami.Sesungguhnya semua ini
membawa erti pada aku, pada kita sekeluarga.Tuhan lebih mengetahui dengan apa yg
aku lalui biarpun terpaksa memijak duri.Aku terfikir,andainya kini aku sudah
punya isteri,punya anak pasti aku tidak dapat memberi perhatian yg sebegini
padamu,mummy.Apalagi mengorbankan masa utk menjaga 2 orang arwah kakak di
hospital sepanjang hari.Itu lah hikmah di sebalik perjalanan kita.Benar sungguh
kata Allah,'orang yg sabar akan mendapat kemenangan'Bukan menang dlm kekuatan
tetapi menang dlm kebahagian jiwa.
Usia kita makin
hari makin pendek biarpun pd angka nya meningkat,aku tidak tahu sejauh mana lagi
aku mampu bertahan.Biarpun aku kelihatan gagah dan tiada cacat cela nya di mata
orang lain tapi engkau mulai mengerti apa yg aku tanggung.Biar pun tongkat ini
hanya peneman di kala emergency namun aku rasa seperti aku tidak memerlukannya
lagi mummy,kerana engkau telah memberi aku kekuatan untuk ingin hidup lama lg
dan kaulah sandaranku.
Mummy,Andainya Tuhan memberi pilihan ingin aku
hidup seribu tahun lagi bersamamu..memberi dan menerima kasih suci seorang ibu
yg selama ini aku sia-siakan.Kalau dulu aku amat cemburu pd teman2 ku yg bahagia
dengan keluarga mereka tapi sekarang mereka lebih cemburu melihat keakraban
kita.Cemburu kerana mummy cantik kata mereka..!
Memang bertuah punya mummy sepertimu,walaupun
usiamu baru mencecah ke 59 tapi kau sentiasa menjaga makan minum mu, kecergasan
juga penampilanmu.Tak salah kalau selama ini ramai yg nak tackle 'Aida
Rahim'ku.Aku tahu kau akan senyum bila aku kata begitu.. but mum,its true..u r
so sweet!!
Mummy,Terima
kasih kerana telah melahirkan aku dlm waktu muda mu seusia 22thun.Dgn
serendah-rendahnya diri ini aku memohon ampun maaf darimu kerana telah melukakn
hatimu dan meleraikan impianmu utk menjodohkan aku dgn seseorang.Ampunkan aku
mummy,halalkan air susu yg kau beri sewaktu aku merah lagi..ampunkan aku yg tak
henti menangis menganggu waktu tidurmu di waktu aku baby dulu. Sesungguhnya aku
mengerti syurgaku di tapak kakimu.I Love u Mum!
Dengan sebatas
kejujuran yg ku lontarkan ini aku harap kau mengerti, mummy betapa beretinya
dirimu pdku!
Pada teman
disini,aku bukanlah anak yg baik yg boleh di jdkan contoh..Cerita kita mungkin
jauh berbeza.Kalian mungkin lebih bertuah dari aku tapi apapun anugerah Allah yg
memberi kesempatan pd kita utk merasai kasih seorang ibu itu jgn lah
persiakan.Yang baik ambillah jdkan pelajaran,dan yg buruk jauhkan lah!-iktibar
dari luahanku.
|