|
Mungkinkah ku teman biasa?
Oleh : Beego
beego_wdp@yahoo.co.uk
Maafkan andai nya ku menganggu
Ku bukan membaca fikiran mu
Ku hanya ingin mengenali mu
dan tahu ku menyukai kamu.......
Mungkinkah ku teman biasa
seawalnya kita berjumpa...
(sheila Abdul~Mungkin kah)
Harap-harap,kisah aku kali ini tidak membuat orang menangis lagi.
Awal-awal pagi tadi lagi aku dah dijemput oleh M utk menemaninya
menziarahi pusara arwah tunangnya Azli(bukan nama betul).Kebetulan, aku
pakai baju warna hijau muda dan M pun baju kurung warna yg sama. Apa
tandanya tu..?!!!.
"Aikkk..sama kaler nampak.." senyum M pd aku.Aku gelak jer..
" Dah jodoh.."kata aku.M pun gelak.Hepi nya....!!
Aku
tengok M dah back to normal,Alhamdulillah! lagipn masa kat kubur tadi
kami msg2 tumpu pd bacaan yasin masing2..kalau dia menangis pun aku tak
nampak kerana dia pakai spec.
Lepas gi kubur,kami pergi breakfast.Kat mana lagi kalau bukan kedai mamak.
"U ni tak tidur ke..?" tanya M pd aku.
"Pasal..?"tanya aku balik.
"Mata dah macam org bela antu..merah!!" dia kenakan aku.
Hahaha..kami sama-sama gelak.M betul-betul buat mood aku bertukar dari kesan tsunami 'sebatas kejujuran' ke lawak komedi nya.
Habis makan,M hantar aku balik.
"Tak masuk dulu..?"pelawa aku.
"Taknak nanti gifren u marah.."balas M.
"Gilfren?..sape..?" tanya aku balik.
"Mummy u lahhh..hahaha.." M gelakkan aku.Aku pn tergelak sama.
"C U tonite..ekkk" sambil bye bye kat aku.
Hepi sungguh rasanya bila ada dengan M,harap2 dia pun hepi mcm aku.
M
dah naik title menjadi 'Teman tapi mesra' aku.Tu..dia yg letakkan bukan
aku.Aku masih ingat lagi macam mana aku jumpa dengan M.Bila dia senyum
pada aku kat dlm flight,macam yg aku cerita dlm kisah aku 'Mungkir
Bahagia'dulu.
Aku rasa M pun masih ingat camne dia tegur
aku,biarpun dia tu kekadang lupa sebab dia sgt sibuk,maklumlah
'celebrity' Oooopsss...!!Dun wori M,i takkan dedahkan sape u!Biarlah
rahsia..hahaha
dan aku harap tak ada yg akan bertanya pd aku siapa M,ok!
Masa
kat Amsterdam,flight kami sama2 delay untuk ke destinasi seterus
nya.Ada 5 jam lagi..waktu tu pagi,ramai yg gi breakfast so aku pun sama.
Sampaikan
satu cafe tu,aku cari tempat nak duduk tapi dh penuh. walaupun kerusi
belum penuh diduduki tp setiap meja dh ada org, termasuk yg kat tepi
aku ni.
"Hey,come sit here,join me.." pelawa pompuan yg senyum kat aku dlm flight tadi.
"TQ.." balas aku.Aku pun terus duduk.
Dia
senyum kat aku lagi.Lupa aku pd kisah duka sebelum ini dgn langkah baru
ku ini,berjumpa orang baru.Tuhan itu Maha Kaya!Dan dengan izin Nya jua
disini di bumi asing,ditemukan aku dengan M.
"U ni..Mxxxxxx
kan?,selebriti yg hos program ........,suka aktiviti...., model produk
.......,duta......I tabik la pompuan mcm u,berani dan lasak!"aku mula
teruja berkat-kata.
" Wow..tak sangka,kat sini pun ada orang kenal i.." jawab M trsenyum.
Pendekkan
citer kami pun sembang2 la,kebetulan M satu universiti gan anak buah
aku kat overseas dulu..so,lagi banyak la citer.Last sekali aku bg satu
buku untuk M sign cam autograf la..bukan senang nak jumpa org famous
camni!
Kat UK,masa tu winter gan macam2 dugaan yg aku terima
disana aku pasrah.Banyak masa terluang dan aku benar2 ambil peluang ini
untuk beramal ibadat lagipun bulan puasa dah tiba.Hobi aku memang
mmbaca selain menulis dan melukis.Aku memang plan nak ambil kesempatan
gan masa yg ada utk menulis.Setiap pagi aku mnghadap PC..Firstly,baca
online News dr newspaper Msia.Satu pagi tu..aku ternampak gambar M,
rupanya dia menjd penulis tetamu kat paper tu.Satu persatu topik yg M
tulis aku baca dan kesemuanya hampir sama dengan masalah yg aku sedang
hadapi.Dan setiap topik tu..aku bg komen kat M melalui email. Aku letak
nama samaran jerr!Hingga lah pd satu hari,aku buka email dan M membalas
email aku.
-------
Email
pertama yg diterima,pendek jerr tapi memberi makna.Kata2 yg aku ingat
sampai kini...'Kuatkan hati dlm apa jua kesedihan yg u lalui dgn
memikirkan kesusahan org lain adalah lebih teruk dari kita'.Dan kadang2
ada email dari M yg buat aku nak tergelak. Namun,setiap email yg dia
balas banyak nasihat yg buat aku mula membuka fikiran kepada kesilapan
yg aku lakukan.
Bila M bagi aku phone no.dia,walaupun aku tak pernah minta,Pada aku itu menunjukkan keikhlasan M utk berkawan dengan aku!!
Pendekkan
cerita,aku jumpa M masa dia ada function kat Alamanda. Terkejut dia
tengok aku..!Orang yg dia pernah jumpa dan dari situ kami berkawan.Nak
kata selalu jumpa tak juga,Sms tu..sekali seminggu pun tak tapi
adalah,itu pun just tanya kabar 'Hw r u?,Fine,Tq,Tk cr..' takat
tu..jerr!caring..!!Selalunya aku yg send sms dulu,tu pun dah subuh baru
M jawab.
Seriously,aku suka berkawan dengan M.Dia ada ciri-ciri
sebagai kawan yg baik.Bila,aku ada problem dia buat aku gelak dan
selalu ajar aku camne nak jd anak yg baik,ubahkan pemikiran yg
negatif,motivasi tu dh keje dia tu!Seronok berkawan dgn org camni jenis
'Hepi go lucky'.Aku rasa mana-mana lelaki pun senang gan pompuan mcm
ni,cantik tu mamng lah,tak sensitif,berdikari dah tu pandai wat
kelakar,buat org hepi.,manja tu taklah keterlaluan dan Yang best,M suka
dengar lagu,sekali tu aku naik keta M,dia asyik pasang lagu..'Aku
adalah lelaki,yg tak pernah lelah mencari wanita ku..'ntah berpuluh
kali di ulang-ulang,sampai liriknya aku boleh hafal.."Heii Beego,ni
lagu u.."than dia gelakkan aku.Macam2 lagu dia beri kat aku..termasuk
'kekasih gelap ku'..tapi aku tak ambil serius sebab aku tau itu utk
suka2jerr..dan paling aku nak gelak bila dia kata lagu,'Mahluk Tuhan
paling seksi'tu pun utk aku.Dan nak tau kenapa di awal tulisan ni..aku
letak lagu sheila Abdul?sebab itu lagu favourite M..!!!Kalau
berkaraoke,ni..lagu wajib dia!Dulu aku sekadar dengar tapi akhir2
ni..aku pun hari2 mesti dengar lagu ini,menemani aku sepanjang masa ku
menulis cerita ini.Kalau ada yg salah sangka tu bukan salah aku...dan
kalau ada feeling antara aku gan M,setakat tu jerr..semua under
control.Yg lain tu..gossip
( Kalau M baca mesti dia gelak~sori ekk)
Yang
membezakan aku dengan M ialah dunia kami yg berbeza.Dunia M lain dan
aku lain.Kerjayanya membataskan segalanya biarpun dia juga seperti kita
adakala ketawa tapi dlm hati dia je tau!Aku hormati kerjaya yg M
lakukan namun aku akui..aku rasa tak mampu utk hidup dlm dunia
begitu.Seronok ada peminat,dikenali,glamour..indah tapi menyekatkan
kebebasan!
---------
Sebenarnya,aku
pun rasa ada sekatan masa menulis cerita ni..walaupun, masa jumpa M
tadi dia ada kata,'I nak tengok camne u tulis tentang u gan i,mesti u
payah nak buat org faham'.Benar kata M..sebab aku takut org salah faham
tapi takpe lah..aku cuba kerana aku bukan nak cerita tentang seorang
selebriti tapi tentang seorang kawan,tentang'Teman tapi mesra..,tentang
mahluk Tuhan Paling seksi..,tentang Naluri lelaki..,tentang lelaki
ini..' Dan samada mungkin kah aku teman biasa atau teman luarbiasa, aku
rasa dh ada jawapannya begitu jua M.Apapun kami bahagia bersama sebagai
kawan.. dan persoalan...
Mungkin bila tiba saatnya
kita akan tetap bersama
mungkin kah kita jatuh cinta
Mungkin kah.....
Hanya Tuhan yg tahu...
Dan diatas sebab-sebab tertentu aku terpaksa berhenti stop citer ni.Nanti aku sambung di lain title,insyallah.Soriiiii
------
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|