|
Kuhapuskan air mata
Oleh : Beego
beego_wdp@yahoo.co.uk
Cerita ini cerita duka yg ada luka..harap2 ada yg mula memahami..muga
kisah lama tidak berulang kembali..
Pagi
ini aku ada temujanji gan seorang kawan perempuan.Pagi-pagi lagi dia dh
sms aku,'jadi tak arini..?'.Gan mata yg blurr lagi aku balas.'ON'.'Kul
12,u tunggu,smpai i kol..'balas dia.
Janji kul 12tengahari
tapi,datang ambil aku kul 1pm.Mmm.. biasalah pompuan.. mungkin make up
ke, apa ke, ambil masa lama.aku maafkan!
Terfikir gak aku,makcik kat
sebelah ni..(jiran aku la) mesti kata aku ni lelaki yg jenis spesis
buaya gitu..apa taknya pagi semalam pompuan lain ambil,arini..pompuan
lain.!Tapi apa aku perlu kisah..kisah lah juga sebab makcik tu ada 4
org anak dara.Semuanya keje pramugari..cantik bro!
"Hai,,kemana?" makcik sebelah tegur.Hmm kan aku dah kata!!
"Jumpa kawan.."balas aku.
Makcik
tu pun wat2 angkat jemuran tapi aku rasa dia nak intai pompuan mana lak
gan aku tu..wasangka buruk tul aku ni!!!hehehe.. :shy;Dosa!
Ishh..yg
aku citer hal mak cik ni apahal? yg aku nak cerita skrg kat korang
pasal pompuan yg aku dating hari ni.Biar ku sebut sebagai DIA saja
disini.Kenal lama lah juga.Last aku jumpa DIA masa tahlil malam ke 3
arwah kakak aku.Masa tu aku tengok DIA menangis,menangis yg tak
henti-henti,DIA nampak benar2 sedih..walaupun DIA org yg terakhir
sampai but aku hargai kerana DIA drive jauh sorang2 utk kesini.Thanks
pd DIA!
Aku ikut jerr mana DIA nak bawa aku sekarang.
"Apakata kata gi makan kat summit, boleh..?"tanya DIA pd aku.
"Ikut jerr..i lapar ni,belum breakfast, belum lunch.."balas aku.
"Semuanya belum,mandi dah ke belum?" hihihihi..gelak DIA.
Tempat
jatuh lagi dikenang,inikan pulak tempat bercinta..gitulah ibaratnya
bila DIA memilih makan kat Black Canyon Coffee 'A drink from
Paradise... available on Earth'hehehe..hafal lagiii!!Lepas ambil
order,kami mula membuka bicara.
"U..u tau tak apa jadi kat i bila i di tinggalkan camni..?" DIA memula bicara.
"I tak nak dengar cakap orang,i nak dengar dari mulut u,apa yg u rasa, apa yg u lalui,cakaplah i sudi dengar" balas aku.
"U
tau kan cinta ini di pupuk dari usia i 14 tahun,now im 29yr old,u
know..."DIA mula menangis dan aku tak dapat buat apa kecuali terus cuba
menjadi pendengar yg setia biarpun aku lemah gan airmata wanita di
depan ku ini.
"I suffer dlm cinta ini,but apa yg i
dapat..pengorbanan i ada org lain nampak..?i tak pernah nak citer kat
org lain"sambung DIA tersekat-sekat.
"I derita u know,bila tak jadi
bertunang aritu..i sampai terduduk,tak tau nak kata apa.I ambil
keputusan berhenti keje gak on dat time sebab i dah tak mampu utk terus
melangkah dlm hidup ini,i rasa mati lebih baik.."
"I tak keje dua
bulan,makan minum pun apa yg ada..hidup i gelap" DIA terus meluahkan
kekecewaannya.Ada mata yg memandang ke arah meja kami..sampai budak
waiter tu pn dtg tanya," R u ok,Miss?".DIA mengesat-gesat
airmatanya."Hey,im sori,i tak tau sehebat ini penangan cinta yg u
rasai..,i tak tau nak kata apa but u kena fikir baik-baik,apa punca
semua ini" aku pulak bersuara.
"Ye..i tau,hati ibu perlu
dijaga,i dah kata..kalau mak u tak suka takpe, i taknak kerana i
pulak,ada yg jd anak derhaka..i nak relation yg direstui mak bapak,i
tak tau mana kekurangan i tapi kalau lah orang lain or sedara mara u,
keluarga u kata i nakkan duit..sorilah!I bukan camtu,i harap u faham"
kata DIA tegas.Aku hanya mengeluh dan masih setia menjadi pendengar
luahan hati gadis di depan ku ini.Orangnya cantik walaupun kulit tak
begitu cerah,mata yg cerah walaupn sekarang merah,rambut yg ada kaler2
sikit melepasi bahu dengan jeans dan blause hitam yg dipakai tika ini
dia kelihatan sempurna dari segi fizikal pada aku dengan ketinggiannya
dlm 4kaki 8inchi.Berbanding gan ketinggian aku 5' 6", nampak lah dia
kecil sikit.
"Well,i cuma dapat kata..u masih ada harapan but u
kena sanggup berkorban,u kena pandai ambil hati org tua terutamanya,u
pun tau i ni camne,i tak pernah dan takkan desak u but u kena
fikir..kalau orang yg kita cinta dan sayang tu berada jauh nanti,u akan
ada banyak tanggung jawab.. u yg jaga anak,u jaga rumah tangga dan u
kena jg orang tuanya kecuali jangan tinggal sebumbung gan mereka" aku
lak bersuara.
"Apa lagi yg u nak i korbankan?I dengar cakap2 family
u tentang i,i ni..muka tak malu jerr!!kenduri ke apa function i pergi
jugak tolong2, entahlah..!! i dah cuba.. bukan tak cuba..syurga anak di
tapak kaki ibu,
i rasa dah takde harapan..walaupun i cuba lupa tapi
tak boleh..bukan takde orang nak kat i,adaa.. tapi i sajerr tak de
hati!Memang..i ada kawan gan dua tiga orang yg i jumpa kat
site,engineer ada,arkitek ada tapi i yg cakap terus terang kat diorang
yg i takde hati..kawan jerr ok.Sampai ada yg kata i bodoh mengharapkan
orang yg tak pasti,pd lelaki yg tak tau buat keputusan tegas,lelaki yg
takut bersuara gan mak ayah dia.. bodohkan i ni..!!?" soalnya semula
pada aku.Airmatanya terus mengalir lagi dan aku rasa bersalah...!!
Cinta..apa erti cinta pd org yg cinta nya tak kesampaian?
Cinta..apa erti cinta andai ianya di restui? maniskan cinta ini..? Tapi..
Cinta
orang yg kecewa bagaimana?yg ada halangan..jodoh pertemuan, ajal maut
di tangan Tuhan tapi kita mesti berusaha samada mahu beralah atau kalah
sebelum mencuba..biarpun tidak meletakkan harapan yg tinggi tapi aku
amat sedih andai ada yg buat tindakan ikut hati..seperti aku...
-------
Tiba nya saat kita saling bicara
tentang perasaan yg kian menyiksa
tentang rindu yang menggunung
tentang cinta yang tak terungkap..
Adakah kisah lama akan berulang kembali?Aku harap-harap tidak!Cukuplah
dengan apa yg sudah-sudah dulu..aku sudah rasainya derita cinta pertama
yg berkecai bagai kaca yg terhempas kerana halangan dari orang tua.Tapi
adilkah hidup ini..andai cinta yg dulunya berbunga mekar..jadi layu
hilang harum wangiannya kerana ada tangan yg menghancurkannya..?Aku
tiada jawapan...Tuhan lebih mengetahui,dia mengaturkan segalanya jalan
cerita manusia tapi kita tak perlu ada rasa putus asa,berdoalah mohon
yg terbaik. Tuhan itu tidak tidak bersifat kejam,hanya manusia yg kejam
sesama manusia!! Jodoh pertemuan Dia yg tentukan,ajal maut di tangannya
jua!Pasti Ada hikmah di sebalik apa yg di uji,,bersabarlah hati kerna
engkau yg menanggung segala derita ini!!!
"U jangan siksa diri u dengan hal yg kecik-kecik ni..dalam cinta mesti ada give and take,tolak ansur lah.."kata aku pada DIA.
"Kecik
u kata...??" DIA seperti marah."U all lelaki memang tak memahami dan
tak mau memahami hati perempuan..,u memang tak tau apa i rasa.."tambah
DIA lg,Lepas geram nampakkk!!!
Aku dah licin makan sepinggan
nasi goreng tanpa tinggalkan sebutir nasi di pinggan bukan kerana lapar
tapi itu didikan dari kecil lagi,makanan mesti habis dlm pinggan,kalau
rasa tak habis jgn ambil banyak!Hmm bgus gak mak aku didik aku
camtu,kalau ada anak,aku pun nak didik camtu!hehehe..kesitu lak
aku!blurrr jap..
"Takpe lah..i rasa cinta ini mesti diakhiri,dah
tak boleh disambung lagi.Takpelah i.."belum habis DIA berkata aku
hentikan.."No..no,U tak boleh beri apa2 keputusan waktu u sedang
marah,sedih,kecewa begini..
i tak mau emosi mempengaruhi keputusan u,i faham u frust.."tingkah aku.
"U..i
tau camne rasa kecewa cinta,i pun kecewa..u ada masa lagi utk
mencuba,ada peluang..jgn u tutup jalan kebahgiaan itu,yg mana u rasa
boleh u capai,yg sukar itulah selalunya ada jalan..insyallah!disamping
usaha kita mesti rajin berdoa.."kata aku pada DIA seakan memujuk.
"But
u jangan letakkn harapan terlalu tinggi takut nanti terhempas
berderai..cuma i nak u bagi keputusan dalam keadaan u tenang,tidak di
pengaruhi emosi,k!"kata aku tegas.
"U masih ada masa sampai December
so,take your time and dlm masa yg sama u cuba lah berbaik semula gan
mereka,ok?"aku seakan memujuk lak!
" I rasa ok,sikit bila u cakap camni..Thanks so much,U know thats why i love uu.."Balas DIA,baru ada keceriaan sikit.
------
Sampai bila...
harus ku tunggu
sampai bila..
menanggung pilu
sampai bila...
aku menjadi begitu sayu
Tak perlu lagi bertemu
tak perlu lagi bermesra
ku redhai seandainya jodoh kita tiada..
Sampai bila..?aku pun tak tahu.. yg pasti kalau rasa ada jalan ke arah
kebahagiaan,teruskan lah.Jangan berhenti mengharap tapi pasti kan
keputusan yg dibuat itu dgn berani..apa jua dugaan yg datang tempuhi
lah tapi andainya kekekecewaan yg ditakdir kan di akhir episod
cinta..redhai la kerana ada sebab Tuhan tidak mengizinkan kita bersatu.
DIA
aku harap kau tabah.Apa yg kau luahkan kerana aku pernah lalui dan aku
pernah tersilap langkah jadi aku tak mahu ini terjadi lagi dlm keluarga
aku..membuat sesuatu tanpa mempedulikan hati org lain tapi betul gak
kata DIA,"Habis tu hati kita sape nk jaga??!!".Tahap kronikk ni...!
DIA
dari kata-kata aku tahu DIA semakin matang,kau pun akui itu.."Dulu i
tak matang lg,nak hepi jerr..i pikir cinta ini takkan ada halangan
sebab i kenal semua family u dan diorang terima i macam keluarga
sendiri, walaupun kekadang..ada gak kata2 yg menghiris but takpe
la..."kata DIA.
Benar kata DIA,lelaki ni..ambil mudah jer dlm
hal2 camni."I pompuan takkan i yg kena ajar lelaki,camne nk lamar
i,camne nak bertangungjwb or mestikah pompuan tu tanya kat kekasih dia,
bila nak pinang nii... hey,pompuan pun ada maruah tau..!" kena
lagi..!Tapi takpe lah benda betull..kan Bro?.
"Kekadang i
pelik,kenape lelaki ni tak boleh tegas dlm hal camni, tak berani nak
ckp kat family yg kita dh ambil keputusan nak kawin,bg diorang
fahamm..,lama2 diorg akan mengalah gak but..apa jenis lelaki i jumpa
ni..tak tau la..mcm i lak i yg tergile-gile anak dia.."luah DIA.
Aku
masih mendengar dan berfikir apa yg DIA cuba katakan itu..Takde yg tak
betul.."Tapi lelaki ni..diam sebab nak menyelamatkan keadaan,pompuan
kena lah faham..kecoh-kecoh pn tak guna,ambil masa la sikit" kata aku
lak."Masa..? Hey!berape banyak masa i terbuang,i pompuan tau..bila org
tanya bile nak kawin,boyfren dh ada tunggu apalagi..tp orang tak tau
apa yg terjadi,takkan i nak heboh satu dunia..Cinta i
dihalanggg....come on la!"DIA meluahkan kekecewaan nya.Ye..benar DIA
dah matang pandai berkata..Inilah penangan yg positif bila DIA kecewa.
Lelaki
mesti tegas,mesti berani buat keputusan,tau apa yg dia nak..tau
berhujah gan mak ayah tanpa perlu kurang ajar..kalau dia benar-benar
nakkan seseorang.Tapi..dulu aku pun ikutkan hati..silap nya aku tak
bersuara tapi aku bertindak gan perbuatan..walaupun aku tak cederakan
sesiapa tapi ada hati yg pernah terluka..(Sori,mummyy~i love U.. )
Aku
harap masa yg DIA ada ini,dia akan fikir panjang samada untuk untuk
teruskan atau sebaliknya.Aku terima apa jua keputusan DIA.. tapi
walaupun akan ada rasa kecewa kalau DIA mengalah,aku tetap akan
meneruskan persahabatan ini kerana antara kami tiada siapa yg bersalah..
Habis siapa yg salah?..Yang salah boyfren DIA...!!!!
Siapa boyfren DIA?..Tu..anak buah aku,Kim..tu lah buah hati DIA!
Kim
seorang kapten kapal.Keje dia tak macam kita,masa keje DIA 6bln di laut
6 bln didarat.Kapten kapal tapi camne nak jd kapten dlm famili kalau
hal camni tak tau nak settle.Ye la..aku cakap senang!Tapi aku faham
sangat situasi ini..Kim mcm aku,tp rasanya dia lebih bagus dari
aku..untung sgt sape dpt suami cam dia.pertama,dia sgt hormat pd org
tua,muka selalu trsenyum tp dlm hati sape tau.Emak Kim kakak aku(satu
bapa emak lain2).Yang aku tau kakak aku tak terima DIA kerana kakak
rasa DIA mcm nak kontrol Kim.Dulu Kim akan mendulukan apa jua kehendak
mak ayahnya tapi bila ada DIA dah lain,masa Kim gan family selalu di
curi oleh DIA.Tapi tu lah aku kata pd my sis..Diorg berdua ni tak macam
pasangan yg lain,hari2 boleh jumpa atau melepaskan rindu by phone.Bila
Kim ada di darat inilah kesempatan yg diorg ada.Kakak kena faham tapi
kakak aku buat2 tak faham.Lagi alasannya,DIA ni seksi sikit, tak tau
nak pakai sopan2..,alahai..kakak,kalau itu citerasa kim..nak wat
camne..lelaki ni ada tastenya,pompuan pun sama ada yg suka lelaki
bermisai cam Datuk K,berjanggut sejemput cam aku or manis cam bro!Ala..
hal kecik-kecik takyah la di besarkan!Tapi sebenarnya aku tau,kakak
bimbang kim dapat isteri yg queen control so,kakak payah nak
control..hehehe..jahatnya aku! (sorry mummy ternakal skit..!)
Kim
dah kenalkan DIA dengan family aku lama dah,aku anggap DIA cam anak
buah aku gak.Gilfren or boyfren anak2 buah aku semua boleh ngam gan
aku..nak bawa balik kekasih..tanya aku dulu,tp ada gak tanya mummy aku
dulu.Mummy sporting gan cucu2 tapi gan anak2 wow.. Tuhan jer
tau!(jangan marah,citer betul).dan DIA adalah dgn sahnya gilfren Kim
satu-satunya kerana Kim tak pernah bawa org lain lagi.
Sebelum
belayar baru-baru ni,mummy aku tanya pd Kim macamana hubungan kim dan
DIA.Kim akui dia pernah cuba putus gan DIA tapi tak boleh,dia tak boleh
tipu perasaan..Kim silap juga buat keputusan yg tak kukuh..cam biskut
jap ada.. jap takde,jap gini.. jap gitu..tak konfiden camne Kim jd
kapten kapal yerr!!hahaha..kutuk lagi!!
Diorang kawan dari umur 14thn..first love..dan bila Kim kata pd mummy,
"Tu
sebab sy belayar..sebab sy bawa diri yg luka tp setiap kali sy
pergi..rindu pd DIA tak pernah padam..tak bolehh!!Cuba tackle pompuan
lain pun tak bolehhh..dah try bukan tak try!"jarang Kim nak ckp camni.
Cam aku gak tak cakap banyak, bezanya..Kim berani cakap gan neneknya tp
gan maknya sndiri bukan tak berani tapi tak nak maknya terluka.
"Apa
lagi yg family nak,semua Kim ikut,ni..mama suruh wat rumah,Kim
ikut..tapi bila pasal DIA mama tak boleh tolak ansur"..aku faham
perasaan Kim tapi dia mesti ada pendirian.Apa mummy cakap pd Kim aku
tak tau but im sure..mummy pun belajar dari kesilapan.
Pendekkan
citer,aku dapat tahu mummy cakapkan apa yg Kim luahkan pd kakak aku.Dan
aku dapat tahu juga kakak aku dah slow talk gan Kim sebelum Kim
belayar.Kakak aku boleh terima DIA dgn hati yg berat kalau dah itu
jodoh Kim tapi kalau boleh, kakak nak Kim cari orang lain.Buat Kim lg
tertekan pd aku..Dan apa Kim jwb..?"Give me time,balik dari belayar
ni..Kim akan bg jawapan.."jawab Kim dan aku pun harap Kim boleh beri
keputusan yg baik.
Sekarang Kim sedang buat rumah besar,means ada
rumah pastu Kim mesti cari isteri..tapi ada syaratnya, siapa jd bakal
isteri Kim mesti tinggal dengan mak Kim.Sebab Kim buat umah tu ats
saranan mak dn arwah ayah dia pun!Itu yg buat DIA fikir 2,3 kali..!!
aku faham DIA.Sebenarnya DIA pun dh imagine hal ni..Kalau Kim pergi
belayar,DIA punya tggjwb bukan aje jg umahtangga je tp jg mak Kim@kakak
aku.
Selagi DIA belum kawin gan Kim,DIA masih kawan aku belum isytihar 'anak buah' dan sebenarnya KIM yg suruh DIA jumpa aku.
Satu
rahsia aku pegang,walaupun kakak ada tanya DIA ada contact aku tak,aku
kata tak..maknanya kakak aku ada terfikir tentang DIA.
Ini
adalah salah satu masalah cinta timbul kerana family,kalau fikir2kan
kecik nya hal ni but tu la..bila bab nak jaga hati orang ni..payah!!
'Di Luah mati mak,ditelan mati bapak..'
cam
aku ada kata'memang kita tak boleh nak puaskan hati semua orang tapi
kita boleh puas hati org yg berakal dan boleh berfikir..'
Harap korang tiada salah faham lagiii pd aku..memang susah nak mnjd baik,selalu sgt org salah anggap..
Apapun..Aku tetap Cinta Pada Mu...
HABIS!!Renung2 kan...
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|