|
Biarkan aku menangis
Oleh : Beego
beego_wdp@yahoo.co.uk
Bagaimana
dapat aku katakan,dapat ku luahkan.pada cinta ku yg pergi..benarlah
'hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan..' Cinta pertama yang memberi kesan
hingga sekarang..Entahlah,aku pun tak tahu bagaimana setabah ini dapat
ku lalui ini,bagaimana lelah dan luka nya aku menahan pedih luka cinta
pertamaku ini.
Syikin,
andainya kau mendengar..
andainya ada kau disisi ku..
saat ini..
apalagi yang ku mahu?
kalau bukan cinta mu
dan
aku tak mungkin sebegini
bila kau pergi
tinggalkan aku sendiri
dalam dunia sepi
hatiku yg telah kau bawa pergi
untuk terus sama bersemadi
Cinta pertamaku adalah pada usiaku 16 tahun.Cinta
pada seorang gadis yang bukan aku cintai mulanya,tapi cinta pada dia
yang sangat-sangat membenci aku.Walaupun sudah hampir 22 tahun kisah
ini berlalu namun ia takkan pudar.
Gadis yang mulanya membenci aku itulah Syikin.Aku pun taktau pasal apa dia benci aku..
aura aku kabur kut masa tu..hehehe..Tapi aku masih ingat,tiap kali aku
parking basikal sebelah basikal dia,dia mula masam muka dan apa aku
kata pada dia,"Ko ingat ini tanah bapak ko yang punye..?"hahaha..egonya
aku!"Mentang2 bapak dia CPO kat bandar ni..ingat aku takut.."hahaha...
kawan2 aku pun gelak,aku pun lagilah suka ati..lagi Syikin marah lagi
aku suke hahaha..nakalnya aku.Banyak kenangan aku di sekolah dengan
Syikin tapi biarlah aku .simpan dulu dalam diri.
Sebulan sebelum SPM,itulah kenangan cinta berputik.Tingkatan lima,aku lah Ketua Pengawas (ada power..hahaha)
dan Penolong aku dialah Syikin!Aku rasa cam cikgu2 nak ngenakan aku
lak!Cikgu pun tahu cinta kami..tu lah,betul..gara-gara
benci,marah-marah boleh sayang.Aku masih ingat bila cikgu Azmi kata kat
aku,"Mohd Hxxxxx,awak ni selalu marah-marah dengan Nurul Asyikin
pasal,awak suke dia? " hahaha...satu kelas gelakkan aku dan Syikin pun
aku tengok gelak sama.Aku wat muka selamba...dan aku pun jawab
selamba," Ntah la cikgu, jodoh belum nampak,.."hahahaha..satu kelas
bagai nak runtuh bangunan gelak!Dari mana idea tu datang ntah..!Dari
situ kawan-kawan dah mula gelak-gelakkan aku dan Syikin.Ustaz lak,kalau
wat lawak aku jugak jadi bahannya contohnya,"Kita ni kalau nak cari
teman,cermin dulu muka tu,,pakai minyak rambut,bagi kilat cam Mohd
Hxxxxx tu,perfume jangan lupa.. ye tak Mohd Hxxxxx?jangan jeles,dia
ramai peminat sebab dia wangiiii...biaqpun orang tak tau dia tak
mandi,betul tak Nurul Asyikin?" hahaha..aku pun tergelak apalagi kawan2
sekelas!Kenangan.. itulah kenangan.
Habis SPM,aku mesti balik KB tinggal dengan Mummy dan Daddy,itu satu
perintah yang tak boleh di bagi alasan. Disini,di daerah aku belajar
ini aku tinggal dengan atuk dan nenek.Nak dijadikan cerita,habis je SPM
akujatuh sakit...sakit kayap!Tuhan je tau betapa sakit yang amat sangat
tu..lebih sakit dari segala nya.Dugaan Allah!
Lebih kurang dua minggu terlantar kat katil,satu hari tu kawan2 aku
datang melawat aku termasuk Syikin.Dan hari itulah pertama kalinya aku
terima surat cinta dari Syikin yang aku simpan sampai sekarang.Antara
yang di tulis,'Beego,kalau kau balik KB,jangan lupa aku teman yang akan
sentiasa merindui mu setiap waktu.Ingatilah aku dalam doamu sebagaimana
aku mendoakan mu.Jangan lupa aku,itu yang kupinta..' dan di akhir surat
ini tertulis,'andai aku ucapkan cinta,adakah kau
merasainya?'.Berkali-kaliaku baca surat itu.
Pendekkan cerita semasa aku kat KB,kami berdua sering berutus
surat.Surat yang berbaur cinta dan rindu.Kekadang bila mummy gan daddy
gi keluar,talipon lah jalan mengubat rindu.Orang muda tengah bercinta.
Setahun lebih kurang,daddy hantar aku belajar ke US.Syikin masa itu belum dapat apa-apa tawaran tapi rasanya dia nak jadi cikgu.
3 tahun di US,aku tinggal serumah dengan orang jepun namanya Saiba dan
adik Kyoko(Kyoko model dan pramugari JAL)tak sangka lakhouse mate aku
perempuan..tapi kyoko takselalu ada dirumah.Saiba lak ada gilfren,orang
jepun jugak belajar sama-sama di sana.Aku pulak..merindu Syikin,surat
lah jadi pertalian hubungan ini.Dulu2 mana ada internet.
Di tahun kedua di sana,aku terima surat dari Syikin..surat yang memberi
kesan dan tandatanya padaku.Disini kisah duka ku bermula.Syikin berjaya
ke Maktab perguruan dan yang aku tidak faham,Syikin minta aku lupakan
dia demi untuk masa depan aku.Dan bersama surat itu di serta kan kaset
Alleycats,'kerana mu'..
aku cuba talipon Syikin,jawapannya Syikin tiada dan surat2 ku tak
pernah berbalas.Aku betul-betul frust,Tuhan saja yang tahu hatiku...!
----
Kemanakah hatimu kala aku
menanti kata cinta
mengalir airmata
kala sepi tiba
Syikin,aku tidak tahu saat ini yang kau rasa,meminta aku melupakan mu
bukan lah perkara mudah.Aku di negeri asing ini begitu
tertekan,kesedihan..mencari-cari jawapan yang pasti mengapa tergamak
kau buat aku begini.Rasanya mahu terbang aku menemuimu tika itu jua
tapi apa dayaku.Aku pun banyak berubah kerana ini dan dari sini aku
mula berbaik dengn kyoko(teman serumah ku).Dari tidak merokok aku dah
jadi perokok.Aku banyak habiskan masa bersendiri.
Pendekkan cerita,Aku pulang ke tanahair,pulang dengan jiwa yang
kosong.Aku dah mula bekerja dengan sebuah syarikat besar di
KL.Lebihkurang setahun aku pulang,Atuk meninggal dunia dengan
mengejut..atuk kena serangan jantung!Oh Tuhan,baru semalam aku bercakap
dalam telefon gan atuk.Atuk tanya aku bila nak balik kampung,aku kata
sibuk..memang aku sibuk waktu itu.Atuk aku sebenarnya seorang doktor
dan nenek aku seorang jururawat,
mereka sama-sama bertugas di istana.Atuk bukan melayu tulin.Ayah
atuk(moyang aku) orang Europah kawin gan melayu,atuk jadi mix.Nenek
pulak anak mami dari Penang.Aku cucu yang dibela dari tingkatan satu
hingga lima.
12hb Januari,itu tarikh atuk meninggal dan tarikh itu jua,aku menemui
cintaku yang hilang.Semasa aku sibuk bersalaman dengan tetamu yang
datang mengucap takziah tetiba aku di sape seseorang,"Hai,orang
muda,tabahkan hati!"sambil menepuk-nepuk belakangku.Orang itu adalah
Tuan CPO,bapakSyikin."Dah jumpa Syikin?dia ada kat dalam kut.."kata dia
lagi.Aku terus masuk rumah,duduk disisi nenek.Dengan kacamata hitam
yang cover kesedihan ku ini,mata aku mula meliar mencari wajah yang ku
rindui.Ye! tak jauh dari depan aku,aku nampak Syikin bersama
ibunya.Saat itu,Syikin seperti tahu aku melihatnya,spontan
membuka cermin mata hitamnya dan disangkut kat kepala.Aku tahu
Syikin turut menangis,dengan kulitnya yang keputihan jelas dia menangis
,dengan hidungnya yang kemerahan itu cam orang kena selsema.Mata kami
bertentang,Syikin melemparkan senyum yang tawar kepada ku.Aku
membalasnya dengan senyum yang paling manis biarpun aku sedang berduka.
Saat,jenazah di usung keluar,aku cucu lelaki sulung
mewakili keluarga dan daddy yang tiada di Malaysia (masa itu daddy
bertugas di luarnegara,mummy pun ikut sama)disuruh memberi sedikit
ucapan.Aku bagi pihak arwah mohon di ampunkan segala salah silap arwah
pada semua,tentang hutang dan bla..bla tetiba aku sebak,aku menangis
hingga aku rasa nak rebah sempat dua tiga orang memegang aku.
Malam itu pulak,nenek buat tahlil sekali dengan kenduri menyambut puasa
yang akan tiba seminggu lg.Dan aku nampak Syikin ada sebab bapak dan
emak dia pun ada.Malam itu bila hampir selesai semuanya,aku cari
peluang nak cakap dengan Syikin.Sebetulnya aku dh minta izin bapak
Syikin. Aku tunggu kat gate rumah,aku nampak Syikin keluar,hati aku lak
yg berdebar.. dan dia terus menghampiri aku.
"Beego,i hope u sabar dengan ujian Tuhan ini,Takziah..semua orang akan
melalui situasi ini.."kata Syikin lembut. Ahhh..suara yang aku
rindu..wajah yang aku cintai persis wajah Fazura (biarpun zaman
tu..fazura takde lg)."U apa khabar,cikgu?"aku mula berkata.Aku lihat
Syikin senyum,"I ok,mengajar kat sini,sekolah kita dulu.."Wah bagusnya
dia!!Aku rasa cintaku berbunga kembali..ni yang buat aku akan balik
kampung je pasni...! :)Malam itu aku tak lena tidur..teringat pada
Syikin,teringat pada atuk.Suka dalam duka!!
Pendekkan cerita,dua minggu sebelum puasa aku ambil cuti
panjang.Apalagi alasan nak berpuasa gan nenek di kampung tapi
sebetulnya nak lebih dekat dengan Syikin.Tiap-tiap malam pergi terawih
bersama nenek dan tiap-tiap malam juga berjumpa Syikin di masjid.Sambil
menyelam sambil minum air..nak hidup!hehehe...
Satu hari itu,aku ajak Syikin buka puasa kat luar.Dia tak
menolak..alhamdulillah!Kami keluar awal pergi shopping dulu,Beli baju
raya..dan hari itu Syikin belikan aku sepasang baju melayu dan kain
pelikat.Aku tak minta tp hadiah ikhlas darinya,kata Syikin.Sebagai
membalasnya aku bayarkan apa2 barangan yang Syikin beli termasuk
sepasang kurung warna biru.Sama kaler gan baju melayu aku.Oh bahagia!
Masa berbuka,aku tanya Syikin apakah yang buat dia
minta putus dulu.Syikin tak nak jawab.Dia minta aku lupa kan hal
itu.Aku ingat pada masa itu,aku bagi Syikin kaset lagu
Hattan,'memburu rindu'
Hubungan kami berterusan bahagia tiada gangguan.Aku benar-benar
bahagia..sangat bahagia.Tuhan saja yang tahu!Surat2 bukan lg jadi
penghubung tapi talian telefon.Gaji aku habis bayar bil telefon
jerr..malam2 gayut sampai 3,4jam kalau boleh nak 24 jam hhehe..bahagia
sungguh bahagia dalam cinta ini.
Namun,ku sangka panas hingga ke petang..rupe nya hujan di tengahari..
Sehinggalah pada 3hb februari thn 19xx.Hari jadi aku,aku menerima kad
dari seseorang!Sangka aku itu kad ucapan Hari jadi buat ku tapi aku
silap!!
Dimanakah letaknya diriku ini..
sehingga ku rasa sungguh asing sekali..
semua nya bagai baru saja bermula
Ku cari rindu..
entah hilang..
ku pujuk hati..
tak usah sayu..
-----
Hatiku hancur tatkala membaca kad itu,hancur menjadi
keping-keping yg tak mungkin dapat ku kutip lg.Apa dosaku,apa salahku
ya Allah!Kenape begini...kenape Syikin?!! Aku rebah dengan undangan
yang tak ku minta ini.Hadiah yang mungkin istimewa dari mu tapi
aku...aku?tak fikirkah kau hati aku saat aku menerima kad ini,Syikin?
Undangan ke perkahwinan: Nurul Asyikin Bin Mohd Bxxxxx
dengan Mohd Adam Ian Bin Abdullah
Hari itu,aku terus cuti!Selama ini aku keluar dengan
tunangan orang dan selama ini aku tak kau jelas kan segalanya.Atau
adakah kau membals dendam pd ku?Soalan demi soalan bertalu bermain di
fikiran aku.Rokok dah berapa kotak bertaburan.Aku betul2
tertekan,sedih..kecewa hampa dan segalanya.Aku cuba telefon Syikin tapi
tiada jawapan.Akhirnya,aku telefon nenek,tanya pd nenek.Nenek dapat
kesan aku menangis,suara aku dah tak nak keluar.."Beego,nenek pun tak
tahu tapi dulu ada lah nenek dengar cerita,masa Beego kat US,Syikin
betul-betul frust,dia kawan gan anak cina..bukan org sini"kata
nenek."Nenek,fikirkan dia ok gan Beego..,sabarlah Beego,bukan jodoh
Beego.Beego jangan frust,k" tambah nenek.
Hari bersejarah dan bahagia buat Syikin menjadi Raja sehari bersama Mohd Adam Ian,adalah hari duka buat aku.
Walaupun nenek melarang aku dari pergi kemajlis itu tapi aku tetap
degil.Aku hadir,biar Syikin nampak aku,biar Syikin ingat aku..biar dia
tahu aku hanya cinta kan dia!Hari itu aku pakai baju melayu biru dengan
kain pelikat
yang Syikin beli.Biar dia nampak semua ini..cuma bezanya aku sudah
bermisai!Frust..tanda frust!Bapak Syikin tak kata apa..dia hanya
tepuk-tepuk belakang aku selepas aku dengan muka tak malu dan muka yg
berharga lima sen ini menepung tawar buah hatiku kekasih orang!!!
Dan sebenar sehari sebelum hari perkawinan Syikin aku dengan berani
meminta izin berjumpa Syikin dari mak ayahnya.Malam itu aku jumpa
Syikin sekejap bawah khemah org kawin."Sayang,i hope u will be hepi gan
apa yg u buat,i takkan lupakan u but i harap u boleh lupa i camne
semudah ini u buat kat i.."Kata aku tegas biarpun sebenarnya aku tipu
diri aku,kalau boleh aku nak Syikin sentiasa rindu dan ingat aku
walaupun dia dia dalam dakapan orang lain dan kalau boleh aku nak
Syikin berubah fikiran saat itu dan kembali pada aku tapii..apa daya
ku,aku bukan Tuhan punya kuasa untuk mengubah segala ini.Dan dengan
rasa sedih Syikin menjelaskan pada aku sesuatu yang aku tak duga dan
tak terfikir,"Yang,i buat ni untuk u jugak,u jangan salahkan i,masa u
kat US,daddy u ada kol i,nk tau apa daddy u kata? Dia nak i jangan
ganggu u,u nak belajar..i rasa malu sayang!I frust..!! sebab itu bila
kita jumpa kembali i gunakan masa itu untuk melepaskan rindu pada u.I
memang nak saat indah begitu dengan u.Hidup i sengasara sebelum ini u
tak tau..sampai mak ayah i halau i dari rumah pun ada kalau i tak
berubah,u tau tu..?"Syikin mula menangis tapi dia cuba kontrol sebab
ada beberapa mata yg sibuk bekerja utk kenduri tu menjeling ke arah
kami."Tapi kenapa u tak cakap i yang u dah bertunang,i macam kena
tipu.."kata aku."Beego,i tunggu u,kut-kut u kata yang u nak pinang i ke
tapi takde pun sayang..tapi i tau itu tak mungkin terjadi kalau mak
ayah u tak suka i.."tambah Syikin.Malam itu aku pulang dengan
kecewa,nenek tak kata apa.
Hati ku hancur dengan cinta yang kesampaian ini.Kerja aku dah
mulai merosot,kadang-kadang aku pergi kerja,kadang2 aku tak pergi..dah
malas,jiwa kosong.Balik kerja aku tak tahu kemana..kekadang aku bawa
kereta parking kat taman,aku tengok orang lain bahagia..tapi aku
derita.Derita cinta!Aku tak sangka daddy tergamak buat macam tu pada
Syikin,pada aku.Patut la masa kat US mummy asyik nak kenalkan aku
dengan Zarina.Sikit-sikit suruh aku jumpa Zarina.Zarina pulak
sikit-sikit minta tolong aku.Dan mummy ada sound kat aku..jangan
gatal-gatal nak cari gilfren,abis belajar dulu nanti mummy yang cari.
Kesihatan aku mula terganggu,asyik-asyik MC sampai HR gan boss pun dah
bosan.Akhirnya aku sendiri yang letak jawatan,bosan gan kehidupan
ini.Aku balik tinggal dengan nenek.Berehat di kampung..nenek pun dah
susah hati tengok aku.Aku dah mula kurang bercakap.Aku ingat,suatu hari
tu..budak indon yang kerja dengan nenek tegur aku,"Bapak ni sakit
ye..?""Ye,sakit cinta" jawab aku pendek buat dia terkejut dan dia diam.
Bila mummy tahu hal aku berhenti kerja,mummy balik Malaysia.Aku masih
ingat masa itu,aku sedang berehat kat luar rumah tetiba mummy
datang.Yang aku ingat mummy berleter kat aku dan aku terus belah masuk
bilik dan tahu apa aku buat/!! Aku buat keje bodoh..aku ambil pisau
lipat aku hiris betis aku..memancut darah keluar ke dinding bilik,aku
pengsan.esok paginya budak indon tu masuk bilik menjeri-jerit tengok
darah.Aku sebenarnya dah pengsan 4jam.
Nenek kecewa dengan sikap aku.Mummy lagi lah besar kemarahannya.Pesanan:Korang jangan ikut cara aku yang bodoh ni..berdosa!
Pendekkan lagi cerita,satu pagi di hari raya haji 198X,Hari itu semua
ada kecuali daddy.Aku jumpa mummy[ kat dapur,aku hulur tanganku pada
mummy,tapi mummy membebelkan aku,"Kau anak tak mengenang budi,anak yang
menghancurkan harapan keluarga,tengok apa nak jadi dengan kau,if u dont
want to change..u go out from here.."mummy betul2 melepaskan geramnya
pada aku di pagi raya ini.Aku tak sangka mummy nak kata cam tu kat
aku,aku terus ambil kunci kereta,ambil bag untuk pergi dan aku masih
ingat bagaimana nenek dan kakak2 ku menangis di pintu rumah melihat aku
pergi.Walaupun mereka merayu..aku terus pergi tanpa peduli kan mereka.
*Mummy,kakak..maafkan aku mengungkit kisah lama yg pilu ini.
Harusnya takkan kubiarkan engkau pergi,membuat ku terperuk rasa ingin
mati,derita yang mendera kapankan berakhir,hanya kau yang mampu
taklukkan hati ku..
Aku pergi dengan langkah kecewa,kecewa pada cinta dan segalanya
ini,duniaku gelap untuk memandang ke depan.Aku jual segala yang aku
ada,kereta,rumah,perabut dan aku pergi keluar negara.Dari India ke
Amman, Jordan,Taiwan aku terus ke Jepun.Disana Kyoko ada untuk menemani
aku.Dia begitu kecewa dengan sikap aku. Nanti lah ada masa aku cerita
pasal gadis mata sepet ni,pasal korang.Lama jugak aku disana,nak tau
apa aku buat? Aku buka kelas Bahasa untuk kawan-kawan Kyoko yang
rata-ratanya pramugari.Sambil tu aku juga belajar Bahasa Jepun dan part
time aku cuci kereta.Cari makan!
Hampir tiga tahun aku disana,satu hari itu aku dapat berita daddy
sakit.Mulanya aku buat tak tahu tapi bila Kyoko tahu,dia desak aku
suruh aku balik Malaysia ziarah daddy.Aku pun balik..Daddy juga macam
arwah atuk ada masalah jantung.5jam sempat aku bersama daddy,mummy dan
kakak pun ada.Akhirnya,daddy pergi menemui Illahi tepat jam 2pagi.Mummy
benar-benar sedih,juga kakak dan anak2 daddy yang lain.Nenek dah tiada
siapa. Daddy anak tunggal nenek.Tapi nenek masih ada mummy
menantunya,ada aku cucu tunggal lelakinya yang degil,nenek ada kakak2
aku yang lain.
Pendekkan citer,lepas daddy meninggal aku pergi europe pula,tinggal di
Swistzerland bersama mak cik aku (sebelah mummy).Lepas tu aku ke UK
tinggal dengan sepupu aku.Disini aku campur dengan students Malaysia
dan disinilah aku jumpa seorang kawan yang ku gelar ustaz.Dia banyak
bercakap tentang agama,kehidupan dan keagungan Tuhan pada aku.Disitu
aku berubah..!dia rajin ajak aku buat solat tahajud.Alhamdulillah,aku
mula tenang!Taklama aku di sana aku terasa rindu untuk pulang.Lagipun
nenek perlukan aku.
Di Malaysia,aku buat kerja sukarelawan kat
Hospital.Aku hepi dengan apa yang aku buat.Sehinggalah satu pagi itu
aku jumpa bapak Syikin kat parking hospital."jenguk sape,pak cik?"
tanya aku pada dia.Dia macam terkejut,terus ajak aku pergi
minum.Rupanya,Syikin yang terlantar di hospital,breast cancer!Dan bapak
Syikin ceritakan pada aku,Selepas kawin Syikin dapat anak perempuan
tapi Syikin tak bahagia kerana suaminya nak kawin lagi.Akhirnya mereka
bercerai tahun lepas.Anak buat masa ini suami Syikin yang jaga.Dan bila
aku tanya pada dia bila Syikin sakit,katanya Syikin dan keluar masuk
hospital banyak kali dah.Ya,Allah sekali lagi aku bakal diuji!
Aku amat simpati pada Syikin.Apakah mampu untuk aku menebus segala
kekecewaan hatinya semula? jawapan nya Ya!!aku janji untuk kembali pada
Syikin membawa kebahagian untuknya dengan apa cara sekali pun dan aku
tak mahu melepaskan nya lagi.Setelah minta izin dari mak bapak
Syikin,aku pergi ke wad Syikin.Aku benar-benar terkejut tengok keadaan
Syikin..kurus,pucat..terasa mahu aku dakap tubuh yang aku cintai
ini.Debaran hatiku kian kuat untuk mendekatinya.Syikin sedang
tidur.Takpe lah aku tak nak ganggu dia dan demi untuk menjaga
kesihatanya,aku tak mahu dia terkejut.Aku suruh bapak dia bagitahu
Syikin yang aku ada disitu dan bila aku akn jumpa dia.
Hari itu dalam lebih kurang pukul dua selepas zohor dengan hati yang
berdebar akan reaksi Syikin aku melangkah ke
katilnya."Hai..sayang!"itulah ucapan pertama terkeluar dari mulut
aku.Tiba-tiba Syikin terus menutup mata dengan sebelah tangan
kanannya."Hei..jangan camni,jangan lah nangis..Tuhan dah temukan kita
lagi,please sayang.."lama aku menunggu reaksi dari Syikin.Aku duduk di
sebelah katilnya lalu ku pegang tangan kirinya..sejuk!Aku gosok-gosok
tangan itu utk mengembalikan kehangatannya.Tiba-tiba Syikin bersuara,
"Im sorry Beego, u tak sepatutnya tengok i macam ni.."kata Syikin dan
tangan yang menutup mata di bukanya menatap aku.Sedih aku melihat wajah
mu Syikin,wajah duka penuh kesengsaraan."Its ok,semua kuasa Tuhan,Dia
yang punya kuasa,u sabar ye.."pujuk aku.Lama aku habiskan masa dengan
Syikin tanpa mengungkit cerita lama.Yang aku bualkan ialah tentang
penyakitnya itu.
Esoknya,nak atau tak nak aku tukar Syikin dari wad kelas dua ke kelas
pertama.Semua aku akan tanggung.Syikin sememangnya tak mahu tapi dia
kalah dengan ketegasan aku.Mak ayah Syikin pun tak boleh kata apa,ikut
aje!
Satu bilik satu orang itu yang sebaiknya untuk pesakit seperti
Syikin.Dan sebenarnya aku lebih bebas nak masuk dan berbual dengan
Syikin.Sekarang siang sampai petang aku jaga Syikin.malam emak Syikin
yang jaga.Beban maknya mudah sikit bila aku ada.
Hari-hari dengan Syikin di wad aku rasa hepi dan ada perubahan pada
Syikin.Dia mula nak makan kalau dulu takde selera.Kini keceriaan mula
terpancar di wajahnya.Aku tak banyak mengungkit kisah duka tapi aku
selalu ingatkan Syikin kenangan waktu sekolah dulu.Dia selalu gelakkan
aku 'mamat rambut berkilat' itu gelaran masa sekolah kat aku.
Sebenarnya,walau aku bukan doktor,hanya cucu seorang doktor dan
jururawat,adik kepada seorang doktor,tahu lah aku sedikit sebanyak
tentang keadaan di hospital,dunia aku bersama medical
peoples.Sebenarnya Syikin di tahap maksimum,sebelum ini dah dua kali
operation.Aku dapatkan semua info dari doktor yang merawatnya yang
kebetulan kawan aku.Nenek pun pernah datang melawat Syikin.Nenek pernah
cakap dengan aku,aku perlu tabah dengan apa yang akan terjadi,aku perlu
tahu untuk bersiap sedia..mulanya aku tak faham apa maksud nenek tapi
aku akhirnya mengerti yang nenek tak mahu aku kecewa lagi andainya
hajat ku tak kesampaian.
Suatu hari itu,lebih kurang 4 hari lagi nak hari raya haji,aku mula lihat peubahan kesihatan Syikin makin baik.
"Sayang, nanti kita kawin ye.."kata aku pada Syikin.
Berkerut dahi Syikin tapi dia senyum.
"U doakan i sihat, ok"katanya ceria menambahkan keyakinanku untuk memilikinya.
Tapi bila aku keluarkan cincin yang aku beli semalam,wajah Syikin berubah.
"I dont care, walaupun satu hari jerr u dapat jadi my wife pun i tak
kisah"."I need u in my life,i tak boleh hidup tanpa u sayang.."aku
pulak emosional.
Syikin tak kata apa tapi aku tengok dia menangis..ini yang aku lemah ni..!
"Sayang,i tau u lelaki yang baik,untung siapa yang dapat u,i sayang u
tapi..u tau kan,i sendiri tak mau kecewakan u tapi dalam keadaan i
camni how i nak jaga u dear,,?"jelas Syikin pada aku.
"I tak nak u menangis hari-hari tengok i derita,hari2 buang masa gan i kat hospital.."tambah Syikin.
Aku diam biarlah dia berkata aku mendengar.
"I nak u hepi,ada anak2 u sendiri,u jangan kecil hati..u carilah orang
yang betul-betul boleh jaga u" kata Syikin buat aku tersentak.
"Kenapa u dah benci i..?"aku cam budak kecil pulak.
Aku faham tapi masih buat tak mengerti sebab yang aku mahu adalah dia
dalam apa jua keadaan dia.Syikin diam,airmatanya mengalir lagi.Kami
sama-sama diam sebentar.
"Beego sayang,i nak u bahagia,u faham tak..?"kata Syikin.."walaupun
tanpa i bersama u" sambung Syikin hiba dari nada suaranya yg semakin
slow.
"Yang i cinta hanya u,i tak nak orang lain,u faham tak? yang nak i lamar ni u Syikin"aku rasa tertekan menjelaskan kata2 ini.
"Do u love me,Nurul Asyikin?" tanya aku tegas siap pakai nama betul dia lagi.
Lama baru Syikin jawab,"kerana cintakan u lah i sanggup berkorban,sayang"
Aku lihat Syikin mula mengurut-ngurut dahinya,mungkin pening gan kerenah aku.
Aku pegang tangan kanan Syikin,aku masukkan cincin ke jari manisnya
lalu aku kucup tangan itu dengan deraian airmata aku jatuh disitu.
"Please,sayang..i tak boleh hidup kalau u takde.." aku betul2 sendu.
Syikin gengam tangan yang aku pegang erat,dia pun turut menangis.
"I taktau apa yang Tuhan sedang uji pada i."bisik Syikin dalam sendu.
"Serba salah meletakkan harapan tinggi buat u sedangkan u tau i tak mungkin hidup lama"jelas Syikin.
Aku tunduk tak melepaskan gengaman tangan Syikin di wajahku dan kata2 itu buat aku lagi sebak.
Tiba-tiba pintu terbuka,aku cepat-cepat lepaskan tangan Syikin.Syikin pun begitu..
"Hey u,dont make her stress,k" kata doktor yang masuk tu>kacau daun sungguh!!
" U ok Puan Asyikin..?" tanya doktor itu.
Syikin ku lihat hanya senyum sambil mengangguk.
"She need rest.."kata doktor itu pada aku dan aku faham maknanya aku kena keluar,jangan ganggu Syikin.
Doktor keluar dan aku pun bangun untuk keluar.Tiba-tiba Syikin tarik tangan aku.
"Sayang,i love u and thanks"Syikin kucup tangan aku sambil tersenyum.
"I love u too..forever!" kata aku sebelum keluar.
Dua hari aku tak jenguk Syikin di hospital sebab aku terpaksa hantar nenek balik KL,nak raya kat KL tahun itu.
Hari ketiga aku sampai,aku terkejut Syikin berada dalam keadaan koma di
ICU.Aku marah bapak Syikin kenapa tak bagitahu aku.Rupanya Syikin baru
je beberapa jam koma.Aku rasa nak rebah tengokkekasih aku macam ni..
Malam itu aku tunggu Syikin dengan mak bapak nya di pintu ICU dan bergilir-gilir masuk.Kami baca yasin.
Bila aku tanya doktor,kawan aku tu...Dia hanya kata sabar,Syikin memang kritikal!
Bila aku tanya peluang untuk hidup?50-50 katanya.Oh my God!!!
Aku mula salahkan diri,aku kah yang buat dia stress dengan lamaran aku tu?!! entah lah...!
Esoknya,satu hari sebelum hari raya haji sepatutnya
aku kena balik KL semula untuk menyambut raya dengan family disana tapi
hati aku berat nak balik.Berkali-kali bapak Syikin kata
takpe..baliklah,apa2 erjadi pd Syikin dia akn bagitahu aku.
Aku serba salah,hati berbelah bagi..Aku ke cafe sekejap untuk tenangkan
fikiran.Belum habis air segelas aku minum ada panggilan kecemasan dari
ICU untuk aku.Hati aku dah tak sedap! aku lari bagaikan Superman..dan
setibanya aku di katil Syikin aku tengok..dua doktor dan dua nurse
berada di situ.Dan aku tahu...Syikin beberapa saat yang lalu baru pergi
meninggalkan aku..Aku rebah sekali lagi di dinding wad ICU itu!
----------
KAU PERGI JUA
Sayangku
tahukah kau didalam hatiku ini
tersimpan perasaan cinta padamu
Kau bunga
ingin kusunting mu menjadi milikku
lantas ku abadikan dalam jiwaku
Sayangnya
harapan yang selama ini ku bawa
hancur berkecai musnah jua akhirnya
kau pergi tak kembali......
Aku rebah,rebah yang tak tebangun buat kali ini.Mengapa ini yang
terjadi padaku?Bukan pada orang lain..Tuhan,berat benar ujian Mu buatku
kali ini.Hancur hatiku bukan lagi berkeping-keping tapi terus jadi
debu.Dimana dapat aku cari ganti seperti mu,Syikin?Kau pergi membawa
cintaku,membawa kenangan kita bersama.Terasa ingin aku turut serta,mati
bersamamu..tak terdaya aku untuk hidup tanpa mu di sisiku..tak bererti
cinta ini andai bukan kau yang memujaku.
Sehingga kini berapa lamanya aku menutup pintu hatiku pada orang
lain.Mungkin cinta pertama orang lain tidak seperti cinta yang aku
lalui..kerana cinta aku bahagia,kerana cinta aku jua derita..Buang emak
buang saudara, kerana kasih hamba turutkan..'.
Dan mummy,aku tidak pernah menyuarakan luka hatiku,pedih kesengsraan
jiwaku pada sesiapa jua.Namun untuk kali ini,maafkan mengungkit kisah
lalu.Tiada dendam lagi antara kita.Aku jua tahu kau turut sengsara
mempunyai anak seperti aku seperti yang luahkan padamu di 'Sebatas
kejujuran'.
Dan buat insan2 yang tahu tentang kisah ini dan mengenali aku.Terimalah
aku seadanya aku,seorang insan yang bangun dari luka semalam.Kisah2
semalam yang membuat aku lebih peka dan matang mengharungi kehidupan
ini.
kemaafan aku pinta,andainya jalan kita tak sehaluan,tujuan kita tak sama.
Setiap kali pulang ke Utara,aku tidak pernah lupa
untuk mengunjungi pusara Syikin.Dan yang aku tahu..anak perempuan
Syikin yang aku lihat seusia dua tahun dulu,kini remaja..kabarnya wajah
nya persis Syikin.Aku rasanya tak mampu untuk menatap wajahmu Emylia
Izzati Mohd Adam Ian.Namun,andainya,kau insan yang bernama sebegitu
membaca disini,tahulah kau betapa aku begitu mencintai arwah ibu
mu.Muga kau tabahkan dirimu mengharungi kehidupan ini.
Hidup aku perlu diteruskan,biar payah biar lelah!Namun pintu
kebahagiaan sedia menanti kini,bersama cinta yang baru
insyaallah!Selama mana aku akan hidup lagi,aku tak mahu fikirkan
itu..yang aku tahu,aku ingin bahagiakan setiap insan yang mengenali
aku,yang mendampingi aku termasuk teman-teman yang ada disini.All the
best to u all!
Cintaku tak berdusta
tak mengenal ingkar
tak mengenal nestapa
Cintaku hanya indah hanya bahagia
untuk selamanya
Apa yang kurasa ini
persembahan untuk dirimu
mencintai mu tak mengenal erti
tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintai mu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk diri mu selalu..
|