Cinta, jodoh dan petemuan
Oleh : Achikz
achikz2004@yahoo.com
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun
rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang
usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam
doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang
diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian
nanti.
Memang kita mudah ter silap mentafsir kehidupan
ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya,
apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya
org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita
ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun
sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli
durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa
membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan
raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun
mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu
dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin
sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya
mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik
buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah
Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina
sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin
hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda
gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak
usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu
ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn
kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya
ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, jatuh
terjerumus, tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin
itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk
mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda
demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut
kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang
menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang.
Seorang teman pernah berpesan.. "Kadang2
Allah sembunyikan matahari…dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan
tertanya-tanya, kemana hilangnya sinar..Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita
pelangi.."
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|