Razzi Rahman @ Brother love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
home @ Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com ebook cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Blog Cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Forum Cinta Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com Karya Cinta @ Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Brother Love @ Razzi Rahman.com


Hati keliru
Oleh : Akish

airaixora@yahoo.co.uk


Tiada ku mengenalimu sehingga hari itu,
Kau berada di situ memandang ku,
Aku di sini berdiam tanpa kata-kata,
Tiada pasti rasa di hati,

Degupan jantung kian pantas berlalu,
Kala dirimu menyapa daku,
Kata-kata tak terluah memandangmu,
Diri membeku kaku menatap renungan,

Rasa hati semakin keliru,
Setiap kali kau berada di situ,
Memandang dan terus merenung,
Tanpa kata dan bicara yang pasti,


Rahsia hatimu tiada ku tahu,
Terus mengejar memburu hatiku,
Ingin ku lari menyembunyi rasa hati,
Yang masih keliru dengan renunganmu,

Benarkah apa yang kau rasa,
Seperti jua yang ku inginkan,
Benarkah apa yang ku rasa,
Seperti jua yang kau harapkan,


Aku masih menunggu kepastianmu,
Mengungkap kata bicara hatimu,
Jika benar apa yang kau rasa,
Akan lerailah segala keliru...



-Nukilan Akish-



Untuk ke blog cinta sila
klik di bawah :
tanya brother love

*Anda  dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali  tanpa kebenaran pemilik www.razzirahman.com

Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman Sdn.Bhd.