Pantun luah rasa
Oleh : Azwa Safwa
azwa_mzr@yahoo.com
Go to my site
Ku intai diri mu dalam renungan,
Ku tilik wajah mu dalam hayalan,
Ku damba kasih mu dalam sentuhan,
Tersimpul rindu ku dalam lipatan.
Senyuman manis terukir indah,
Dalam bicara sopan terserlah,
Siapakah agaknya yang bertuah,
Menawan hati mu dengan mudah.
Langkah teratur gagah perkasa,
Tampil sempurna di mata semua,
Ramai menghulur janji setia,
Hati mu agaknya untuk siapa?
Dalam banyak pilihan yang ada
Di mana agaknya harga cinta mu,
Adakah turuti tuntutan agama,
Atau sekadar mengikut nafsu.
Dari jauh dikau ku tatap
Dalam sembunyi dikau ku duga,
Dikau lulus dalam setiap,
Idaman kalbu sudah ku cita.
Salam bersambut mesra terjalin,
Dalam akrab terukir impian,
Ibarat permata dengan cincin,
Kasih terjalin jodoh sepadan.
Dalam syukur senyum berbunga,
Doa ku panjat penuh setia,
Tapi mengapa hati tak tega,
Semacam ada satu rahsia.
Semarak rindu selumbar kasih,
Kemarau hadir musnah segala,
Rupanya dirimu punya kekasih,
Dalam diam kau tak suara.
Entah kenapa hatiku sendu,
Kasih terikat terlerai perlahan,
Untuk bertahan aku tak mampu,
Tak rela diri jadi cemuhan.
Ku intai diri ku dalam renungan,
Ku tilik wajah ku dekat pandangan,
Ku buang hayalan jauh fikiran,
Memiliki diri mu hanya igauan..
tinta rasa hati : ~ Azwa Safwa ~
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|