Razzi Rahman @ Brother love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
home @ Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com ebook cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Blog Cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Forum Cinta Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com Karya Cinta @ Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Brother Love @ Razzi Rahman.com


Pertikaian di hati
Oleh : Akish

airaixora@yahoo.co.uk


Pertikaian di hati
Bagai peniaga mengaut untung
Siapa berwang
Dia lah menang
Siapa berhutang
Dia lah dicari Along
Pokok pangkalnya wang lah raja
Punca dilema hidup ini

Pertikaian di hati
Bagai kekasih mencari cintanya
Ada cinta
Ada lah kasihnya
Tiada cinta
Sayang, kasih entah ke mana
Pokok pangkalnya cinta lah raja
Punca kecewa jiwa belia jua remaja

Pertikaian di hati
Bagai sahabat dan musuh
Saat bantuan diberi
Dia lah kawan
Saat kata menjadi duri
Dia lah musuh tak dicari
Pokok pangkalnya persahabatan dan permusuhan lah raja
Punca keamanan mahupun kemusnahan manusia

Pertikaian di hati
Bagai raga dan jiwa
Kala raga berasa dahaga
Nafsu penghilang hausnya
Kala jiwa kelaparan
Ibadah dan iman memberi kekenyangan
Pokok pangkalnya raga dan jiwa lah raja
Pembentuk insan berupa fauna
Pembentuk ummah soleh dan solehah

Pertikaian di hati
Gelodak
Percaturan
Perjalanan pentas duniawi
Singgahan sementara jika diamati
Singgahan terakhir memori...

 
- Nukilan Akish -
26 may 2008 ~ 6:15 p.m

--------------------------------------------------------------------

Untuk ke blog cinta sila
klik di bawah :
tanya brother love

*Anda  dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali  tanpa kebenaran pemilik www.razzirahman.com

Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman Sdn.Bhd.