Razzi Rahman @ Brother love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
home @ Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com ebook cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Blog Cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Forum Cinta Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com Karya Cinta @ Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Brother Love @ Razzi Rahman.com


Ada apa di sana?
Oleh : Akish

airaixora@yahoo.co.uk


Berjalan di lorong sepi
Gelita bagai dalam mimpi
Mencari kilauan cahaya
Menyuluh dinihari
Memimpin ke arah sana.

Ada apa di sana?
Yang menanti di hujung cahaya
Ada apa di sana?
Yang memimpin aku ke arahnya.
Semakin aku mengejar
Semakin jauh ia pergi
Sehingga aku tersedar
Terkejut dari mimpi.

Berfikir aku kala sendiri
Merenung kembali kehidupan ini.

Ke arah mana hidupku?
Impian ingin ku tuju
Ke mana destinasiku?
Hentian terakhir perjalananku
Adakah ke arah cahaya itu?

Ada apa di sana?
Yang menanti aku
Yang memburu fikiranku
Ada apa di sana?
Yang membuat ku ragu
Yang meragut ketenanganku.

Persoalan yang tiada hentian
Masih meluru ke arah minda
Setiap kali ku hilang punca
Mencari jalan pulang menuju impian.

 
- Nukilan Akish -
30 april 2005 ~ 1:54 a.m


--------------------------------------------------------------------

Untuk ke blog cinta sila
klik di bawah :
tanya brother love

*Anda  dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali  tanpa kebenaran pemilik www.razzirahman.com

Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman Sdn.Bhd.