Razzi Rahman @ Brother love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
Razzi Rahman @ Brother Love
home @ Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com ebook cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Blog Cinta Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Forum Cinta Razzi Rahman.com
Brother Love @ Razzi Rahman.com Karya Cinta @ Razzi Rahman Brother Love @ Razzi Rahman.com Brother Love @ Razzi Rahman.com


Kiranya...
Oleh : Azwa Safwa

azwa_mzr@yahoo.com
Go to my site


Kiranya masa itu dapat ku putarkan
Ingin ku hapuskan segalanya
Semua tentang kisah semalam
Yang bisa buat mengalir airmata..
Biar lebur berkecai hancur
Agar tiada tanda untuk dikenang kembali..

Kiranya sejarah dapat ku ubah
Ingin ku baiki kesan tinggalan duka terpalit
Retak, hancur sekeping hati
Oleh tangan-tangan yang kejam
Bersifat takwa namun busuk berlumpur
Menghilangkan rasa kepercayaan..
Membunuh semarak rasa cinta
Menghilang mesra kasih saudara
Menanam rasa benci tanpa sedar..

Kiranya api dendam ini dapat ditawar
Ingin aku basuh seluruh jiwa
Dengan sesuci siraman zikir munajat
Memutih kembali rasa kesakitan
Agar aku kembali pulih
Dari hasutan mimpi ngeri yang menyiksa
Yang sering mengejar saban waktu
Langsung terbawa di alam luar sedar..

Kiranya aku berikan rasa cinta tulus ikhlas,
Yang sering ku lakar dalam bicara tinta
Kadang ku sembunyi dalam lipatan kata
Kadang jua ku lindung balik senda gurau
Untuk kau selongkar dalam tersirat
Tanpa mengharap balasan simpati
Hanya untuk kau rasai hasil sentuhan
Mampukah kau genggam tuk setia?
Biar apa jua badai melanda
Walau kencang tiupan ribut
Yang mungkin satu masa
Kau dan aku tak betah untuk duduk bersama?
Kemungkinan apa yang kita idam
Tiada semua yang sempurna dan indah?
Bolehkah kau menerima seadanya?
Atau sudah jemukah kau untuk memandang ku?
Lalu melontar aku jauh dari sudut hati?

Kiranya kau tahu, segala resah ku berlalu
bila wajahmu menjenguk rasa.. mengintai dalam rahsia..


tinta rasa hati : ~ Azwa Safwa ~


Untuk ke blog cinta sila
klik di bawah :
tanya brother love

*Anda  dilarang mengeluar ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali  tanpa kebenaran pemilik www.razzirahman.com

Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman Sdn.Bhd.