|
Apa bagusnya bila terkecewa dalam cinta?
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com
Pastinya anda semua akan tertanya-tanya dan menganggap tiada yang
bagusnya apabila terkecewa dalam bercinta, kan? Buat sakit hati je...nak pecah
dada...sebak tak terkira...sampai kering airmata. Bersedih sepanjang waktu...
So, beberapa hari lepas adalah hamba Allah ni yang berkata tentang bro yang
pernah frustrated! YES I DO!...bro pernah
dikecewakan. Bukan sekali, banyak kali! Sebenarnya, dari pengalaman bro
sendiri, setelah kegagalan demi kegagalan di dalam setiap perhubungan cinta
yang telah bro lalui, ianya telah banyak mengajar bro selok-belok dalam
merungkai rahsia hati menjadi lebih tabah dan STRONG!...
Sebenarnya bro pernah merasa berbagai jenis situasi, kekasih curang
pernah...tidak diterima keluarga kekasih dan dihalau pun pernah. Dihina kerana
menjadi seorang penyanyi pun pernah juga. Tidak memiliki kewangan yang stabil
lantas kekasih bertanya, "You nak bagi I makan pasir ke kalau I kahwin
dengan you?" ...pun pernah! Sedih teramat sedih dan malu pada diri
sendiri...
Namun, Alhamdulillah...pada setiap kegagalan dan kekecewaan sesebuah
perhubungan cinta bro itu, dapatlah bro merasakan nikmat kekecewaannya iaitu
setiap perpisahan yang berlaku, dan pada setiap kekecewaan itu bro pasti
menemui satu dunia baru, sebuah kehidupan yang berlainan dari biasa...dan selalunya,
satu percintaan yang baru dengan pasangan baru yang jauh lebih baik dari yang
sebelumnya.
"Seolah-olah ianya satu latihan, apabila bro bertemu dan berpisah
dengan gadis ini, ianya adalah untuk bro belajar kerana bro akan menemui gadis
itu."
Jadi, sudah pastinya bro akan tersenyum... dan hampir setiap kali bro memulakan
sebuah percintaan baru, bro merasakan pengalaman silam dan kekecewaan yang
lepas menjadikan bro seorang kekasih yang lebih baik! Sebab itulah
lama-kelamaan, bro hanya mengambil masa paling lama satu hari sahaja untuk
berduka jika berlakunya perpisahan, kerana bro tahu kegembiraan dan kebahagiaan
pasti hadir tidak lama lagi.
SO, Apa yang bagusnya bila terkecewa dalam cinta???...itulah yang bagusnya! Ia
menjadikan kita lebih hebat dalam bercinta, lebih sabar dan tabah malah jauh
lebih berpengalaman dalam menangani berbagai persoalan cinta. Well seperti yang
bro lakukan sekarang...hehehe..
So,
ingat!...Apabila berlaku perpisahan dan kekecewaan, ianya adalah kerana anda
akan menemui satu dunia baru, sebuah kehidupan yang berlainan dari biasa...dan
selalunya, satu percintaan yang baru dengan pasangan baru yang jauh lebih baik
dari yang sebelumnya! Jadi anda patut bersyukur malah kalau boleh bergembira
kerana anda bakal bertemu orang baru, mesti so exciting! Dan anda juga harus
merasa lega kerana anda telah terlepas dari satu bala dari bersama orang yang
tidak menghargai anda.
Pesanan bro pada you all semua, Insyaallah you akan berjaya jika you percayakan
kepada kebahagiaan dan jangan fikirkan kedukaan. Please, jangan putus asa!
Semakin banyak kita dikecewakan, sebenarnya kita menambah ilmu di dada sehingga
kita menjadi semakin bagus malah kita sebenarnya telah menghampiri jodoh kepada
sebuah cinta yang sejati!
Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|