|
Cara melupakan bekas kekasih dengan segera!
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com
Salam untuk semua...nampak gaya, Biar Bro
ajelah yang mulakan dulu, kategori ini. Mungkin ada yang segan-segan lagi tu ya
hehe Forum kita ni members dah ramai dah, tapi mungkin mereka suka membaca aje
kut atau browzing atau mungkin masih tak ada idea untuk meninggalkan komen or
post. It's okay...no prob, bro sporting punya.
Untuk tip pertama ni, mungkin ramai pernah baca apa yang bro pernah tulis ni,
NAMUN, tidak pernah perbincangkan. Jadi inilah peluang anda untuk
membincangkannya. Jadi...
"Bagaimanakah caranya untuk cepat-cepat melupakan dia
yang curang dengan kita? Bagaimanakah cara-caranya untuk buang bekas kekasih
dari hati kita???"
Pengalaman yang anda lalui bertahun-tahun, berkasih, bercinta...sebenarnya
tidak mungkin dapat kita lupakan. Susah beb!!...Namun, apa yang kita boleh
lakukan ialah membuatkan pengalaman itu sudah tidak bermakna lagi. Memang
susah!, tetapi boleh dilakukan! Cuma, masalahnya...sesetengah dari kita tidak
mahu berubah. Nak juga yang duk menipu kat kita, nak juga pada yang buat kita
sakit hati. Duk ingat juga kat yang buat kita terseksa jiwa. Bro faham, dah
sayang...tapi kan dia dah tinggalkan kita, kan dia dah happy dengan kekasih
barunya. Jadi biarlah dia...Apa kata anda berubah hari ini dan bertindak
sekarang juga!!
"Membuka hati anda pada yang lain adalah satu cara
berkesan untuk melupakan bekas kekasih. Apabila anda asyik dengan yang satu,
pemandangan anda agak tersekat. Bukalah hati dan mata anda pada yang baru,
nescaya anda akan cepat melupakan yang lama."
YES
THAT'S RIGHT! Cari dan kenal dengan teman baru, sahabat yang baru sekarang dan
luangkan sepenuh masa bersama teman baru anda. Insyaallah, pengalaman bersama
bekas kekasih anda, akan tidak bermakna lagi, dengan itu lama kelamaan,
mengingati bekas kekasih seperti sudah tiada di dalam fikiran anda lagi.
INGAT!...Selagi anda masih single dan tiada orang lain untuk anda fikirkan
walau seseorang yang anda minat...selagi itulah anda akan terus hidup di masa
lalu, mengenang segala kenangan manis bersamanya yang sebenarnya sudah tidak
bererti buatnya, walau begitu bermakna bagi anda. Kan itu begitu menyedihkan...
**Berubah hari ini beb!
Listen to your Brother Love...
Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

|
*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|