-
Telefon
isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu
yang menarik atau sekadar ingin mengatakan 'I Love You'
-
Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
-
Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
-
Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci.
-
Tolong buang sampah tanpa disuruh.
-
Bila
keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon
tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
-
Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan mendidik.
-
Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
-
Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
-
Sokong
pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang
lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan
semuanya...sekiranya pendapat isteri anda salah, betulkannya.
-
Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
-
Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
-
Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
-
Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.
-
Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.
-
Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.
-
Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.
-
Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.
-
Lebihkan isteri anda dari anak-anak.
-
Belikan
hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi, jamu atau
umpamanya, kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih
sayang dengan isteri.