Tip cinta dalam berpasangan
Oleh : Lovely
lovely_crawler@yahoo.com
go to my site
1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah
mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi
percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih
anda.
Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah
dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia
kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?
2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan
bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab
“tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia.
Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si
Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain?
Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.
3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam
berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah
faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan
menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur
dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan
itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan,
semakin parah jadinya.
4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika
dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah
sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong,
tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada
dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia?
Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan,
anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia.
Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu
semuanya dusta belaka?
5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu
jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda
berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda
dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan
impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|