Be the best friend FIRST!
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com
Anda mungkin tidak bersetuju dengan Tip Cinta bro
kali ini. Ramai yang merasa agak sukar atau kekok apabila memulakan sebuah
perhubungan itu atas dasar sahabat dulu, kemudian barulah memulakan perhubungan
cinta. Kebanyakan yang bro jumpa, mereka akan berkelahi, bertekak, really mad at each other. Semuanya gara-gara, apabila sudah lama berkawan, segala-gala
perihal masing-masing sudah tahu, faham dan dah tak boleh nak kelentong! hehehe...kelakar kan.
Tapi, bukankah itu yang paling penting?
Mengetahui dan memahami hati dan perasaan pasangan kita? Sebelum anda mengatakan tip ini agak
kurang berkesan, apa kata anda try dulu hehe…anda cuba terlebih dahulu beb.
Pada asasnya, sesiapa sahaja yang 'looking for love', atau menginginkan
sesebuah perhubungan cinta, perkara yang selalu menjadi masalah mereka ialah,
tiada kawan yang dari opposite sex untuk menjadi tempat mengadu! Kalau wanita
dengan wanita…memang bolehlah bercerita, lelaki dengan lelaki pun boleh jugak. TETAPI…wanita akan lebih selesa
bercerita dengan kawan lelaki kerana mereka lebih memahami perasaan wanita itu.
Begitulah juga sebaliknya!
Nahh…itulah yang bro cakap, “Be
the best friend FIRST!”
Apabila anda sudah memecahkan benteng
pertahanan si dia, dengan menjadi best friend dia…anda cukup mudah untuk berada
dekat dengannya. Malah kemungkinan besar, dia yang tercari-cari kan anda! Kerana,
mereka ini sebenarnya memerlukan seseorang yang boleh berada bersama mereka all
the time, untuk mendengar masalah mereka, keluhan dan luahan hati yang bersedih
kerana tidak dapat cinta yang diidamkan. Then, kalau boleh, best friend dia ni bersetuju
dengan apa sahaja keputusan mereka, memahami apa yang dimahukannya.
Siapa lagi yang boleh jadi begitu jika bukan teman baik? Mestilah seseorang
yang sangat dipercayai, seseorang yang dia tahu, tidak menaruh harapan dan
perasaan cinta kepadanya.
Cuma, ramai yang tersilap langkah dengan
memulakan sesebuah perhubungan dengan menjadi seseorang yang berminat untuk
bercinta terlebih dahulu, kemudian baru nak jadi teman baik...mana nak jalan
beb! Mestilah dia berhati-hati atau sedikit curiga dengan anda, asyik nak cover aje lah!.. Tapi kalau
dengan teman baik…habis cerita dalam kelambu pun diceritakannya!!
Jadi...1st thing 1st!.. be the best friend
dulu, kerana apabila anda sudah
menjadi teman baik, di samping anda menjadi tempat dia
mengadu, kepercayaan dia terhadap anda makin menebal, anda dan dia
pasti makin rapat...jadi, anda pula berpeluang
untuk tampilkan diri anda yang terbaik, malah anda juga berpeluang
melihat
orang yang diminatinya itu bagaimana caranya…justeru itu anda
dapat lakukan jauh lebih
baik darinya! Sehinggakan si dia mulai nampak keistimewaan anda, then
bro rasa,
pasti dia dapat merasakan betapa ruginya dia jika tidak memulakan
percintaan
dengan anda. So, "Be the best friend FIRST!"
Warning!...hehehe, Cuma
cara ni anda kena banyak sabar…dan tahan emosi anda yang akan pasti bergelora
dan mungkin juga mendidih-didih, JEALOUS! Namun, jika anda sabar…ambil
masa lama sikit…dia pasti milik anda!
Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|