Jangan berhenti bercinta
Oleh : Razzi Rahman
info@razzirahman.com
"Kereta,
Otak & cinta...semuanya sama!"
Kereta ~ Jika
lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu,
rosak dan menjadi usang. Apabila anda hendak menghidupkannya
semula,
enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar
bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta
itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat
dulu. TIDAK SAMA!
Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan
selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan
lama...
Otak ~
Yup!...begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu,
tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk
membuat keputusan, maka 'enjin' untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak
akan menjadi lembab dan beku!...
Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan
berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk
berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita,
malah kita akan
berubah menjadi seorang yang lebih bijak!
CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, "Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh...adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan"
..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan
berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi...Jangan sesekali
berhenti dari bercinta!
Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang,
lalu...hanya menyerah pada yang Esa. Hey....Tuhan juga menyuruh kita
berusaha, kan?!. Gagal sekali
dua, bukan bererti gagal selamanya! Bro lagi banyak kali gagal beb!!...
Sekiranya anda berhenti dari bercinta,
lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan
lupa
cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani
masalah
cinta...SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah...enjin mati, otak
beku!...CINTA??...samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan
lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang... akhirnya
anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda
bukan?
Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus
bercinta, anda akan bertambah
mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya
dan anda semakin faham tentang percintaan, bila anda semakin
berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang
baik untuk anda, lalu anda akan lebih
bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak
dengan
cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan
melihat
diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah
ramai yang meminati anda!... kan itu yang anda mahu?...jika itu
keinginan anda, jawapannya simple je, "JANGAN BERHENTI BERCINTA!"
Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
|
Untuk ke
blog cinta sila
klik
di bawah :

*Anda dilarang mengeluar
ulang atau menggunakan mana-mana kandungan laman ini dalam apa jua bentuk dan
apa jua cara sama ada elektronik, cetak, mekanik, fotokopi, rakaman atau
pengstoran maklumat termasuk sistem dapat kembali tanpa kebenaran
pemilik www.razzirahman.com
Hakcipta Terpelihara 2008 ©. Razzi Rahman
Sdn.Bhd.
|
|